Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 11 September 2014

CEKODOK SOSEJ ... emmm dapnyaaaa :)

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kekawan semua sihat dan ceria selalu :)

Buat cekodok sosej ni dah lama , baru nak tempek kat sini hehe..
Ini gara-gara kak Nabilah dapat cekodok ni di tadika dia transit tu.. masa tu dia nak ambil baju petang nak balik.. jadi cikgu tadi tu hulurlah cekodok ni.. dia pun segan ambil lah satu.. sedangkan ada adik 2 orang dalam kereta ni.. berebut lah merasa mereka bertiga ini.. 

Jadi petang tu jugak saya singgah Mydin beli sosej ni utk buat sarapan esok paginya.. puas hati mereka semua.. siap bawa bekal kesekolah lagi.. Memang sedap kekawan cekodok ni.. en suami pun suka sama.. boleh aje dia menyakat Nabil untuk makan semua cekodok sosej ni..
Jom intai resepi yg mudah ini kekawan :)

RESEPI CEKODOK SOSEJ

Bahannya :-
  • 3 cawan tepung gandum
  • 5 sosej ayam dipotong bulat
  • 21/2 cawan air biasa
  • 1/4 cawan air mendidih
  • 1 biji bawang merah dan putih ditumbuk lumat
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh garam halus
  • 2 biji cili merah dipotong dadu
Caranya :-
  1. Campurkan tepung dan garam dalam satu bekas, gaulkan mesra.
  2. Kemudian bancuh bersama air biasa sedikit-sedkit, gaulkan sehingga tidak berketul.
  3. Lepas tu masukan telur, kacau hingga mesra bersama tepung kemudian masukan bawang tumbuk bersama sosej ayam.
  4. Akhir sekali baru dituanf air panas, kacau rata, masukan cili hiris , kacau lagi.
  5. Kemudian jemput bahan untuk digoreng didlam kuali
  6. Masakn hingga kekuningan dan angkat.
  7. Siap dimakan bersama sos atau sambal tumis

14 ulasan:

  1. first time dengar kak yati.. nak cuba la.. :)

    BalasPadam
  2. idea yg bagus ni ....kakak nk buatkan lah utk Iman yg jadi pegemar sosej tu.

    BalasPadam
  3. wahh...mcam sedap je kak..tak pernah cuba lagi ni.. teringin plak...nanti nak buat utk si tumpis... hehe

    BalasPadam
  4. Betul tu 1st time dengar cekodok sosej...Memang lah jadi kegemaran budak2...boleh cuba buat nanti...

    BalasPadam
  5. Menarik dan nampak sedap. boleh di cuba resipi nie.. TQ share.. :)

    BalasPadam
  6. Kakak pun selalu buat cekodok sosej ini Yati.
    Bila ketandusan idea nak bawa bekal anak ke sekolah inilah salah satu yg kakak buat

    BalasPadam
  7. Mcm2 cekodok boleh dibuat yer T..nanti den torai...cam sedappp ni...

    BalasPadam
  8. wahhh.. menarik nih.. boleh cuba untuk bekfes anak sebelom gi sekolah.. mekasih yer kak atas resipi nih.

    BalasPadam
  9. First time cekodok bubuh sosej. Macam-macam ada rupanya. Boleh juga mencuba kat rumah. Manalah tahu anak-anak boleh terima.

    BalasPadam
  10. Wah, sosej pun boleh buat cekodok... mesti kenyang makan sbb ada sumber protein dan karbohidrat.... nak trai jugak nanti

    BalasPadam
  11. Jazaki Allahu Khayran..
    Boleh cuba ni.
    Especially utk anak yg tak makan sayur tu..

    BalasPadam
  12. He he he ... Tak pernah dengar ... Tak pernah tengok & Tak pernah rasa lagi nih ...

    BalasPadam
  13. Bagus jugak idea ni CH.... Tak pernah try buat....

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)