Assalamualaikum kekawan..
Selamat berhujung minggu.. semoga ceria bersama keluarga tersayang :)
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan,
lalu dia bersabar dengan kerenah,
kesusahan dan kesenangan mereka,
nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”
Seorang lelaki bertanya,
“Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”
Sabda baginda,
“Juga untuk dua anak perempuan.”
Seorang lelaki berkata,
“atau untuk seorang wahai Rasulullah?”
Rasulullah s.a.w menjawab,
“Juga untuk seorang.”
(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)
Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka,
melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Daripada Aisyah r.a.,
dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya, “Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik,
nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)
~~
Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa.
Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka.
Daripada hadis-hadis di atas,
dapat kita pelajari bahawa kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud,
“Takutlah kamu kepada Allah s.w.t dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita.”
Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan mereka dan juga isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah s.w.t.
Pernahkah anda mendengar, kata orang tua,?
menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga seorang anak perempuan?
Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja.
Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya.
Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama.
Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.
Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang.
Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar,
tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka,
Allah Taala dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yang amat besar.
Imam Muda Hilal
Alhamdullilah..:)
BalasPadamTerbentang luas peluang bagi mereka yg punyai anak perempuan utk mendapat kebahagiaan & nikmat hakiki di akhirat kelak :)
Alhamdulillah... Didik anak dgn ilmu dunia dan akhirat.
BalasPadamya allah... syukur.. mama baru 2 anak perempuan ni kak...
BalasPadambersyukur dilahirkan sbg seorang perempuan...sweet nya muka anak kak yati...
BalasPadamjom beli kotex :)
comel2 belaka.. :) nice sharing kak.. :)
BalasPadam3 anak perempuan....sy mmg kena byk bersabar....
BalasPadambetul tu kak..bukan mudah untuk menjaga ank perempuan..
BalasPadammakanya , jgn mengeluh bila dapat anak perempuan sahaja .
BalasPadamalhamdulillah..sejuk mata memandang anak2 dara manis menutup aurat...
BalasPadammakin besar anak perempuan..makin ringgan sikit keje2 rumah...
Anak perempuan pengalaman cheq da lbh mudah mendidiknya walaupun baru berusia 4 tahun...mohon kepada Allah agar sentiasa mudah membimbingi
BalasPadamSemoga anak2 perempuan kita jadi anak yg solehah dunia akhirat...
BalasPadamManis sopan bertudung anak2 akak...:D
BalasPadamalhamdulilah dikurniakan 2 anak perempuan....moga dapat menolong ke syurga Nya kelak
BalasPadamassalam
BalasPadamsy jg ada 2 anak perempuan...alhamdulillah
happy belated besday
Alhamdulillah...amat2 bersyukur dikurniakan 4 org ank perempuan dan seorg lelaki.....Didikan sedari kecil yg seimbang mampu melahirkan ank2 cemerlang dunia n akhirat...
BalasPadamPernah dengar ceramah seorang ustaz katanya ramai ibu bapa sekarang bukan memelihara anak, tapi menternak anak. Maksudnya ramai ibu bapa yg cuma memberi makan, minum, hantar ke sekolah dan lain-lain keperluan fizikal tapi anak-anak kurang diisi dengan keperluan bagi menjana mental dan akhlaknya....
BalasPadamKita pun ada 2 anak perempuan CH......
BalasPadamBukan mudah mendidik anak nikan.... moga mereka solehah duniM dan akhirat.
Comey CH 2 orang kawan baik awak ni..........sebijik yek dua dua...
insyaAllah kak. dhiya amani baru 3 tahun. moga membesar menjadi anak yang solehah. yang second ni belum tahu lagi lelaki ke perempuan.
BalasPadamSaya takda anak perempuan tapi tetap juga rasa bersyukur yang tak terhingga sekurang-kurangnya dikurniakan dua anak lelaki sebagai pelengkap hidup suami isteri. Jaga anak perempuan ni nampak macam mudah berbanding menjaga anak lelaki tapi rasanya tidak semudah apa yang kita lihatkan ....
BalasPadamAnak perempuan or anak lelaki masing2 ada kelebihan kan ...
BalasPadam