JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 26 September 2014

OPOR PUYUH.... emmm dapnyaa :)

Assalamualaikum kekawan..
Salam Jumaat yg barakah.. semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi hendaknya..

Baru sekarang dapat mencuba rempah opor yg di beri oleh blogger Gee.. pada hal masa ramadhan itu hari dah terima.. jadi masa hari ahad tempohari saya pun cuba buatnya.. Gee buat guna ayam.. tetapi dalam peti ais saya ada burung puyuh.. saya cubalah buat menggunakan burung puyuh tu.. Memang sedap kekawan , anak-anak saya pun suka..



Saya regukan dengan nasi impit ni kekawan.. feeling ala-ala hari raya pulak gitu .. tak kan hainomokje saje yg nak feeling raya dengan kuah kacang ayam dengan nasi impit yg ditayang tempoharikan... ehe :)
 tak lama lagi kita akan menyambut aidiladha kan kekawan .. boleh lah kekawan mencuba pulak..

Dengan menggunakan rempah ni memang mudah kekawan.. tapi sayang rempah ni ada di Pahang saja.. Alhamdulillah Gee ada kirim 3 bungkus masa hari tu.. boleh lah pulak saya membuatnya pada hari raya haji nanti.. terima kasih banyak-banyak Gee :)

Jom intai resepi yg diberi oleh Gee tu kekawan tetapi saya ganti dengan burung puyuh..


RESEPI OPOR PUYUH 


Bahannya :-
  • 10 ekor burung puyuh (boleh juga ganti dgn 1 ekor ayam)
  • 1 peket rempah opor 'Ubai Saji' (bancuh dgn secawan air)
  • 1 sudu kerisik
  • 1 mangkuk santan
  • 1 keping asam keping
  • sedikit minyak menumis
  • garam
  • daun limau purut
  • 1 btg serai di ketuk
Carannya :-
  1. Bersihkan burung puyuh, toskan dan ketepikan.
  2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tumiskan rempah opor yg dibancuh dengan secawan air tadi sehingga wangi.
  3. Masukan puyuh dan gaul rata, biarkan sehingga puyuh kecut.
  4. Kemudian masukan daun limau dan serai.
  5. Tambahkan sedikit air dan biarkan puyuh mesra dengan rempah opor seketika.
  6. Lepas itu masukan santan, garam dan asam keping.
  7. Biarkan sehingga mendidih dan tambah pula kerisik jika suka.
  8. Masak sehingga kuahnya pekat.
  9. Sedia dimakan dengan nasi, pulut, ketupat atau apa saja yg digemari..

Pemberitahuan.. pesanan Gee..
* p/s : untuk makluman, rempah opor yg k.gee guna ini sudah lengkap dengan bahan-bahan bumbu dan rempah ratusnya, jadi tidak perlu lagi bubuh bawang dll.  k.gee guna jenama Ubai Saji... terkenal di Kuantan dan Pekan.


24 ulasan:

  1. Sedapnya kak..belum pernah cuba lg ni

    BalasPadam
  2. wahhh...sedapnya Kak.. sy jarang dpt makan opor ni... memang kena belajar sndiri lah nak masak klu nak makan kat sini... hihi..TQ kak..

    BalasPadam
  3. saya teringat adik saya..dia panggil masak opor ni oppo..dah macam hp pulak...hehehe

    BalasPadam
  4. kat kedai je la saya makan puyuh ni kakak..kikiki

    BalasPadam
  5. sedap nyer kak... sy pernah makan opor ayam jer, kalau puyuh pon mesti sedap sbb puyuh tu sendiri da sedap...

    BalasPadam
  6. Tambah 5 brg jer lagi yer T dah siap...senang jer nampaknya..Tapi bahan utama tu nun jauhhhhh di Pahang.

    BalasPadam
  7. Sedapnye... Mesti mkn sekor sorg ni kan... Huhu

    BalasPadam
  8. Rempah segera ni yg saya gemar! Tapi tak dpt bayang rasa dia camne opor tu. Mcm x penah makan.

    BalasPadam
  9. Salam jumaat yer ! tq share mmg best ni

    BalasPadam
  10. Kalau rempah ratus yang dah siap memang mudah untuk memasak. Rasanya pula sedap.

    BalasPadam
  11. Tak pernah cuba lagi ni tapi kalau saya pun boleh lalu dengan ayam sahaja. Puyuh ni saya tak makan. Nama rempah tu pun memang tak pernah dengar. Terkenal di belah Pahang sajalah ya...

    BalasPadam
  12. tak pernah buat opor ni boleh try nanti

    BalasPadam
  13. Salam kak... saya tag akk kat sini http://blog-wafee.blogspot.com/2014/09/the-versatile-blogger-award.html

    :) :)

    BalasPadam
  14. Opor ni mcm rendang la kan...lama da gak tak mkn puyuh...satu lg sambal belimbing hitam pun tersohor gak di Kuantan ni...sedap!

    BalasPadam
  15. biasa makan puyuh goreng..itu pun beli kat pasar malam. sesuai sangat mkn dgn nasi impit tuu..

    BalasPadam
  16. Sedapnya.. malangnya di rumah saya, cuma saya seorang yang makan puyuh!!

    BalasPadam
  17. kak Yati masak apa pun mesti SEDAP!!!

    BalasPadam
  18. sekarang ni nk msk apa pun sng sbb dh ada rempah instant..nmpk gambar je dh sedap

    BalasPadam
  19. sekarang ni nk msk apa pun sng sbb dh ada rempah instant..nmpk gambar je dh sedap

    BalasPadam
  20. tgk gambar pn dh nmpk seleradan sedap.....lagi2 burung puyuh yg manis isinya......

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)