Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 22 September 2014

RESEPI DAGING MASAK HITAM

Assalamualaikum kekawan..

Salam petang yg ceria :)

Tadi layan FB pulak.. tengok cerita kekawan di FB, lepas tu

ada pulak yg tayangkan resepi Daging Masak Hitam ni.,

Tengok sedap pulak tu.. jadi saya save dulu resepinya 

disini.. nanti bila nak buat boleh rujuk blog sendiri ehe :)


DAGING MASAK HITAM
Resepi oleh : Chef Ismail Ahmad
Rujukan : Kuisin Warisan Melayu
Terbitan : Marshall Cavendish
100 ml minyak masak
3 labu bawang besar ~ dikupas dan di hiris
500 gm daging batang pinang ~ di potong dadu atau ikut citarasa
* jika tak ada daging batang pinang guna daging biasa pun boleh. Tapi daging perlu di rebus terlebih dahulu hingga empuk.
* jika tak nak guna daging boleh juga guna ayam, kambing, itik atau lain2 yang dirasakan sesuai
2 batang cili merah ~ di belah 2
2 batang cili hijau ~ di belah 2
* jika suka pedas boleh letak cili padi
Bahan Kisar Halus
2 tangkai daun kari
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia
2 sudu besar pes cili kering * Boleh juga ambil 10 - 15 tangkai cili kering, potong, rendam lembut dan kisar sekali dalam bahan kisar
2 sudu besar rempah kari daging
8 cm kulit kayu manis * yang ni ketuk sikit kalau tak nanti blender rosak
Sos
4 sudu besar kicap pekat
* yang ni kalau tak ada kicap pekat boleh campurkan kicap manis dan kicap masin, tapi lebihkan kicap manis berbanding kicap masin. Lepas tu kena hati-hati di dalam penggunaan gula dan garam. Jika rasanya dah ok tak payah letak gula dan garam lagi
125 ml pati santan ~ di perah daripada 1/2 biji kelapa parut * kalau nak guna santan kotak pun boleh
1 sudu teh asam jawa ~ diramas dalam 50 ml air , ambil air asamnya sahaja
Gula dan garam secukup rasa
1 kiub daging
Cara Penyediannya
Pijarkan minyak dalam kuali
Goreng hirisan bawang besar hingga garing dan kuning keemasan.
Angkat, toskan minyaknya dan ketepikan
Dengan lebihan minyak yang sama, tumiskan bahan-bahan yang di kisar halus tadi, sehingga harum
Masukkan daging dan balik-balikkan atas api sederhana hingga daging empuk
Tambahkan bahan-bahan sos dan kiub daging
Kacau rata sehingga kuahnya pekat
Perasakan dengan garam dan gula
Masukkan cili merah , hijau dan bawang besar goreng tadi
Kacau hingga cili layur
Sedia di hidangkan
Apa lagi.. jom kita makan!

15 ulasan:

  1. saya save kan resepi ni pulak nanti, utk wife saya..hihihih

    BalasPadam
  2. memang tepat mama menyinggah... kebetulan tengah carik resepi untuk masak...

    BalasPadam
  3. Hmm..sedapnyaa..tgk daging masak hitam tuh..

    BalasPadam
  4. sedap kalau daging yg benar2 lembut dan empuk,kan...

    BalasPadam
  5. Ini memang menu favorite saya. Resepi saya dah tentu quick and easy. Kalau dah suka tu, maklum sajalah memang seminggu 2-3 kali resepi ni muncul dalam juadah makan-makan kami sekeluarga :)

    BalasPadam
  6. Waduh..sedapnya kak daging masak hitam.. belum pernah cuba masak sendiri..kena beljar ni..hehe

    BalasPadam
  7. Dah save, booking isteri utk masak pada hari Jumaat/Sabtu ni. Terima kasih...

    BalasPadam
  8. hehehe....nak kena suh wife masak la hujung minggu nih

    BalasPadam
  9. noe suka daging masak hitam ... boleh gak cuba resepi ni..

    BalasPadam
  10. Terima kasih kongsi resepi.kak zai pun nak save dulu hehe...

    BalasPadam
  11. Sama jer mcm kikari ni CH.....cuma agak complicated sikitlah ....maklum le tokey chef punya resepi hehe

    BalasPadam
  12. saya mintak resepi ni,..hujung minggu boleh cuba..

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)