JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 2 September 2014

PERKAHWINAN MERDEKA.... Disini Lahirnya Sebuah Cinta ^__^

Assalamualaikum kekawan...
Semoga berada dalam rahmat Ilahi dan sihat , ceria selalu... :)


Kesukaan yg meletop Nabil bila dapat topi merdeka ni dan puzzle bendera Malaysia ni.. sebenarnya kakak Nabilah yg dapat di sekolah kebangsaannya.. diberikan hadiah kepada adiknya Nabil.. gembira tak terkatalah anak merdeka ni kan.. segak menyanyi lagu merdeka ni ehe :)

Apa lagi bila cuti ni merdeka ni banyaklah jemputan kenduri kahwin.. saya balik kuang kerana jemputan disana dan en suami menghadiri kenduri kahwin di Shah Alam.. ini kenduri perkahwinan anak Kak Piah..sampai pengantin tengah makan beradat.. disini saya jumpa lauk kampung yg sedap.. gulai nangka dengan ikan masin dan ayam kampung masak kicap.. amik sedang jer sebab lepas ni nak pergi lagi satu kenduri...

Lepas tu pergi ke rumah kedua pulak, anak kawan sekolah jugak.. tapi pangkat adik.. anak sulong dia ni .. cantik orangnya.. ada adik saya ambil separuh jer gambar pengantin lelaki tu.. kesian pulak..

Intan, mak pengantin yg ditengah tu.. suka terima menantu.. umur baru 42tahun dah dapat menantu ... mak saya kata ikut Intan lah anak dia ni kahwin muda.. umur 19 dah kahwin .. dah sampai jodoh kan.. tak kira usia kan kekawan..
Pastu di sini saya jumpa lauk kampung juga.. sambal tempoyak petai dan goreng jering dengan ikan bilis.. perghhh lagi bertambah saya makan .. 

Kemana merdeka kekawan... ? tentu pergi bercuti ada juga kan sebab cuti 3 hari tu.. :)

19 ulasan:

  1. mudanya dia kahwin.. untung mak dia.. muda muda dah dapat menantu.. semoga perkahwinan mereka bahagia sampai ke jannah..

    BalasPadam
  2. acik pun sambut merdeka dengan memenuhi jemputan kenduri yatie.
    tahniah pada mak pengantin..muda lagi dah dapat menantu

    BalasPadam
  3. ni baru betoi kena tema di sini lahirnya sebuh cinta....terbinanya sebuah masjid

    BalasPadam
  4. kakak pun ada 3 jemputan ....tpi x jumpa lauk kg...sedapnya ,tentu menyelerakn kalau ada disediakn.

    BalasPadam
  5. muda2 dh kawen... memang terbaik.. :)

    BalasPadam
  6. pengantin cantik2 belaka, manis sgt muka...

    wahhhh gulai nangka kak... telan air liur d buatnyer he3

    BalasPadam
  7. Mudanyaaa Yati, tapi betul juga kalau dah jodoh sambil belajar pun tak salah kalau nak berkeluarga. Hubby kakak pun masa kahwin dgn kakak masih belajar juga (tapi dia dah bekerja sambil belajar - nak tunggu habis belajar takut dah tua hihi...)

    BalasPadam
  8. kalau dah jodohnya...19 tahun pun takpa..kahwin aja..elok dari lama lama takut buat maksiat...:)

    BalasPadam
  9. bestnyerr....kat belah sini mmg susah nak jumpa lauk kg kat kenduri kahwin...

    BalasPadam
  10. Mudanya dah kawin dan mudanya dah jadi mak mentua. Tapi dlm perkahwinan apa pun yg penting ialah rumahtangga yg dilayari aman bahagia selamanya...

    BalasPadam
  11. Wow untung laa muda2 dah dpt menantu..

    BalasPadam
  12. Tahniah pd pengantin2 .
    elok kawin muda, dh suka kwin jer.elk dr segala mcm maksiat..
    cantik ikut mknya manis

    BalasPadam
  13. terasa mcm nak naik pelamin sekali lg plak...

    BalasPadam
  14. Tak lama lg muda2 dah jadi nenek hehe...tahniah dapat menantu.

    BalasPadam
  15. cantik pengantin tu. semoga perkahwinan diberkati & dpt zuriat yg soleh & solehah.

    BalasPadam
  16. Alahai mudanya 42 tahun dah terima menantu. Anak pun 19 tahun dah kahwin. Baguslah kalau dah sampai jodoh, tunggu apa lagi. Kalau mampu, kahwin je. Habis cerita. Penuh aktiviti perkahwinan merdeka ni nampaknya...

    Anak saya pun ada juga tapak tangan gergasi untuk sambutan merdeka. Bukan main excited lagi. Tapi masa nak kena warnakan tapak tangan tu, emaknya yang semput menolong!

    BalasPadam
  17. Alahai mudanya mak pengantin..... sebaya mak tu hehe....
    Betullah CH kalau jemputan kawen makan lauk lauk kampung mmg sedap dan selera kitakan....jemu kalau asyik mkan ayam ngan daging jer

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)