Assalamualaikum kekawan...
Semoga sihat dan ceria selalu.. anak-anak saya amat suka sangat makan cakoi.. kalau sarapan pagi di Restoran Ceria mesti minta cakoi ni.. sekarang harga cakoi ni dah naik satu keping dah 80sen .. rasa macam nak buat sendiri aje.. patu kebetulan ada kawan post resepi cakoi di FB.. jadi saya simpan dulu resepinya disini.. nanti hujung minggu saya cuba buat pulak.. :)
RESEPI CAKOI MUDAH
BAHAN BAHAN
(15-20 ketul)
400g tepung gandum
1 cawan air
1 sudu besar majerin
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat/susu tepung
1 biji kuning telur – tak letak pon boleh
2 sudu kecil yis
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
minyak untuk menggoreng
CARA CARA
1. Masukkan kesemua bahan kedalam mangkuk kecuali tepung dan minyak. Kacau sebati.
2. Masukkan tepung sikit demi sikit sambil uli. Jika dah tuang semua tepung masih lagi lembik adunan tersebut, boleh la tambah2 sikit tepung sampai menjadi doh. Alter2 lah sikit ye.
3. Uli sehingga doh tak melekat pada mangkuk. Rehatkan selama 30 minit untuk naikkan sikit doh tersebut.
Penyediaan
Ambil doh tadi dan buat step seperti di bawah untuk dijadikan cakoi :
1. Canai doh memanjang bentuk segi empat tepat.
2. Potong doh lebih kurang 1-1.5 inci.
3. Cantumkan dua doh yg dipotong tadi,
4. Ambil lidi dan tekan sikit bahagian yg dicantum tu untuk menampakkan lagi seperti cakoi. Pastikan lidi dicelup air sebelum berbuat sedemikian.
5. Sediakan minyak untuk menggoreng. Bila dah panas, ambil doh cakoi tadi. Sebelum dimasukkan kedalam kuali, tarik doh tadi memanjang. Gunakan api yg kecil sikit ye. Takut dalam tak masak pulak. Buat sehingga habis.
6. Boleh dicicah dengan sos kegemaran.
Selamat mencuba !!

lama sungguh tak makan cakoi ni
BalasPadamTeringat raya tadi dr kl ke batu gajah, otw nak ke penang,call nak dtg dr mlm..sampai pgi di jamu cakoi dgn kari semlm...rezeki
BalasPadamSalah satu kuih yg tak pernah kakak buat Yati
BalasPadamBaca resepi ni teringin pulak nak buat.
falsya suke cakoi...cicah ngan kuah gula pandan...sedapppp...hhehehe
BalasPadamlieya tak pernah buat kuih ni kak yati...selalu beli jek heheeheh...tapi pelik kat sini ari tu jumpe cakoi cecah kaya....selalu lieya mkn cecah sambal jek heheheeh
BalasPadamSama macam cik lieya kita, saya pun tak pernah buat. Main tunjuk, bungkus dan bayar aje. Senang juga rupanya. Tapi saya suka yang bulat ada inti kacang di dalamnya tu. Lama sungguh tak makan.
BalasPadamdh lama tak mkn cakoi..tapi nak buat sendiri malas sbb pernah try buat agar2 santan..ikut sebijik2 resipi yg di beri oleh pembuat tu tapi x menjadi..maybe perlu try byk kali
BalasPadamsaya suka cicah dgn kaya...sedapnyaaa
BalasPadamKuih feberet kak zai cicah dgn sampal tumis atau kari.
BalasPadamSuka jugak makan cakoi nie kadang2.. TQ share resipi.. :)
BalasPadamsedapnya...cicah kuah kacang..tak pernah buat sendiri lagi..dok tapau kat pasar malam ja
BalasPadamtak pernah buat lagi.. tp memang feveret nie.. yummy..
BalasPadamsedap cecah teh panas nih
BalasPadamx tau knpa..
BalasPadamkalu kuih yg kena naik2 kmpbng.. selalu x naik..
nape ek kak?
sy penah try sekali jek. pencicah cakoi ni dah dipelbagaikan...ada sos, kuah kacang, pandan, kaya, durian pun ada.
BalasPadamdirumah acik yang suka sangat makan cakoi ni yatie..anak2 tak sangat
BalasPadamboleh cuba ni
BalasPadamNanti bila dah buat, buat laporan kat blog yer kak..
BalasPadamSaya pun dah lama tak makan cakoi ni...
saya ingat lagi zaman sekolah dulu..jiran saya (makcik) ada jual cakoi & kuahnya pon sedap sangat2
BalasPadamSuka jugak makan cakoi ni .Makan dgn apa yek agaknya sedap Ch...selalunya makan ngan sambalkan.....
BalasPadamSedapnya kak. .dah lama xmkn...rasa mcm nk cuba buat jee... Minta resepi ye kak..hehe
BalasPadamGaram bancuh sekali dgn yis ke ?
BalasPadamCampur semua bahan kecuali tepung dan minyak tu.. kacau mesra semuanya baru masukan tepung sikit2.
PadamCakoi lama tak makan...nak trylah resepi ni....tk berkongsi resepi..
BalasPadamJemput ke blog saya
http://www.mamavitashoppe.wordpress.com