Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Sabtu, 13 September 2014

SAYANG KU Telah PERGI MENINGGALKAN aku SENDIRI

Assalamualaikum kekawan..
Selamat berhujung minggu di hari Sabtu.. semoga kekawan berada dalam rahmat Ilahi dan sihat selalu...


Jenazah diusung keluar selepas di solatkan.. sungguh cepat pengurusannya.. pukul  1.45 jenazah sampai
pukul 2.45pm telah dibawa ketanah perkuburan.. sesungguhnya insan yg baik.. urusannya sentiasa disegerakan..
Pada hari selasa 9/9/2014 saya terima WA dari adik saya mengatakan pak cik saya yg kemalangan pada hari Sabtu itu telah meninggal pada pukul 10.30am.. masa tu saya masih menunggu Nabilah di sekolah utk peperiksaan UPSR.. saya tanya adik saya.. masih dihospital ke jenazah .. saya terpaksa tunggu nabilah habis periksa pukul 1.00pm dan terus bergegas ke Kuang.. saya sampai ke rumah mak cik saya iaitu adik mak saya sama sampai jenazah dari hospital, jadi saya berkesempatan melihat jenazahnya.. pada hari isnin tu pak cik dah menjalani pembedahan di kepala kerana ada darah beku.. dan juga tulang rusuknya telah patah dan mengena hatinya.. tu yg pendarahan dalaman.. ingatkan pada hari selasa itu utk pembedahan hati tu tapi pak cik dah lemah kata doktor, jadi pembedahan tidak dijalankan.. sehingga pak cik meninggal..


Penuh dengan ahli kariah solat jenazah arwah.. penuh rumah.. begitu juga dengan anak yatim.. yg mana arwah juga turut menguruskan Asrama Anak Yatim Damai Kuang ini..
Sesungguhnya mak cik tidak menerima kehilangan pak cik.. adik saya kata di hospital banyak kali mak cik pengsan.. begitu juga dirumah.. ye lah pasangan hidup telah pergi meninggalkan mak cik buat selama-lamanya.. inilah ujian yg terbesar buat mak cik kerana mereka loving couple , kemana-mana sentiasa berdua.. mak cik cerita pada petang sabtu pak cik nak pergi beli top up kredit phone nya.. tanya mak cik nak ikut tak.. mak cik kata tak nak.. pergi lah dulu.. babai sayang.. begitu lah mereka berdua.. Bila dapat tahu pak cik kemalangan terus mak cik tak keruan.. kesian mak cik..
Semua kesedihan melihat keadaan mak cik.. bila kereta jenazah pergi meninggal rumah utk ke perkuburan.. mak cik melambai tangan sambil berkata "BABAI SAYANG, BABAI SAYANG" mengalir airmata saya.. mak saya tak sudah mententeramkan adiknya ini.. sabar Ana.. sabar Ana..
Jom aku nak tengok sayang aku kat kubur pulak kata mak cik saya ni.. sibuk suruh anaknya mencari selipar.. pastu dapat selipar arwah pakcik.. eh ni selipar sayang aku.. Aduh sedih sungguh..


Potrait terakhir 
Pak cik saya bilal di Masjid Al Islah di Kuang.. gambar ni saya ambil dari FB masjid.. bertajuk potrait terakhir dengan kata-kata.. "Tugasmu telah selesai disini...Terima kasih wahai sahabat.. kerana menjadi pengingat kami untuk sentasa sujud kepada Nya"

Semoga roh pakcik saya dicucuri rahmat Ilahi dan diletakan dikalangan orang-orang yg beriman.. Aamiin.. Al Fatihah


23 ulasan:

  1. al fatihah .... semoga ditempatkan dikalangan orang beriman..

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Inna lillaahi wainnaa ilaihi rojiuunn

      Padam
  3. Allah..sangat terkesan..Innalilahi wainna ilahi rojiun

    Ini bukan orang baik..tapi orang yang sangat baik. Insyaallah..rehat dia di alam barzakh..Aamiin

    BalasPadam
  4. Inalillahiwainailaihirojiun....semuga rohnya ditempatkan bersama2 orang yg beriman. Al-Fatihah.

    BalasPadam
  5. Innalillahiwainnailaihirajiun... semoga dicucuri rahmat

    BalasPadam
  6. sebak kakak baca coretan yatie....andai diri ditempat makcik yatie,kakak pun tak tau bagaimana nk hadapi
    Al fatehah utk pakcik yatie

    BalasPadam
  7. Salam takziah buat akak sekeluarga. Semoga makcik tabah menghadapi ketentuanNya ini.. Al Fatihah..

    BalasPadam
  8. sebak rasa nya... Al-Fatihah buat arwah.. moga di tempatkn di kalangan org2 yg beriman.. moga keluarga tabah..

    BalasPadam
  9. Inna lillaahi wainnaa ilaihi rojiuunn

    BalasPadam
  10. Al-fatihah, semoga rohnya diletakkan di tempat terbaik sebaik amal jariahnya di muka bumi ini....

    BalasPadam
  11. Innalillahhiwainnailaihirojiun

    sgguh sebak knor baca..

    BalasPadam
  12. As Salam,

    Inalillahiwainailaihirojiun....semuga rohnya ditempatkan bersama2 orang yg beriman. Al-Fatihah.

    BalasPadam
  13. Innalillah wainnailaihirajiun, semoga rohnya dirahmati Allah.
    Sebak saya baca..semoga makcik akak diberi kekuatan utk melalui detik sukar ni.
    ~saya pulak yg nanges ni~

    BalasPadam
  14. Alfatihah. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Terkesan dengan kisah isteri yang ditinggalkan. Teringat pada emak saya yang seakan sama kisahnya di hari kematian apabila ditinggalkan abah 17 tahun yang lalu ....

    BalasPadam
  15. al fatihah . semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan diletakkan dikalangan orang - orang yg beriman ... aaamin .

    BalasPadam
  16. Innalillahi wa inna ilaihirojiun..... sedihnya... meleleh2 air mata saya baca... moga makcik tabah hadapi ujian ini... buat pakcik pula... moga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan bersama org2 yg beriman... amin...

    BalasPadam
  17. ALfatihah ...takziah buat CH dan family
    Manalah tak sedih..... teman sebantal, serumah dan sejiwa telah pergi....huhu

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)