JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 23 Mac 2015

Alhamdulillah.. SIAP Dah RUMAH Baru ABAH...

Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah jua hendaknya..

Semoga roh abah dicucuri rahmat Ilahi..
Pada 17 Mac 2015 , Alhamdulillah siap sudah menaikan batu nesan utk arwah abah, pada tarikh itu genap dua bulan arwah abah pergi meninggalkan kami sekeluarga.. jadi semalam, ahad kami adik beradik mengadakan majlis bacaan yassin dan tahlil buat arwah abah.. kami buat pada sebelah pagi bermula pukul 10.30 pagi, sebab petang masing2 nak menghantar anak2 pulang balik ke asrama. 


Pada hari khamis tu, mak pergi menziarahi pusara abah bersama adik saya Itam, mak cerita selepas balik menziarahi pusara abah, malam tu mak mimpi arwah abah, mak kata abah bawa mak pergi berjalan-jalan kesuatu tempat yg sangat cantik, cerita mak lagi dalam mimpi tu wajah abah masa muda , gambar muda macam dalam kad pengenalan dulu, dalam mimpi tu mak sangat manja dengan abah, siap lentuk-lentuk kepala dibahu abah sambil berbual-bual dengan abah, gelak kami adik beradik dengar cerita mak tu.. pastu kakak saya menyampuk mesti mak rindu dengan arwah abah tu.. mak senyum aje.. pastu mak sambung cerita balik, lepas mak jalan2 tu abah hantar mak balik rumah, tiba2 mak terdengar macam abah cakap , "bangun yat dah pukul 4 ni.. " ayat seperti abah bangunkan mak selalu, bila mak tersedar memang mak tengok dah nak pukul 4 pagi,   memang itu lah routin abah selalu bangun awal pukul 3 pagi dah bangun mandi dan buat solat -solat sunat.. bila dah nak dekat subuh abah dah gi masjid.. 

Semakin rindu saya pada arwah abah saya, semoga rohnya ditempatkan bersama-sama para solehin dan dicucuri rahmat Ilahi. Al Fatihah . Aamiin..



18 ulasan:

  1. bergenang air mata baca mimpi mak tu....

    BalasPadam
  2. AlFatihah buat arwah abah yatie

    BalasPadam
  3. Banyak pengajaran dlm mimpi tu..
    Saya berazam nak mencontohi arwah Abah..

    BalasPadam
  4. Al fatehah untuk abah yatie...kakak pun rindu sangat dengan arwah abah kakak yg telah pergi sekian lama....terubat juga jika jumpa dalam mimpi seperti mak yatie.

    BalasPadam
  5. Al-Fatihah...
    Rindu arwah abah juga bila baca catatan akak.. Semoga mereka tenang di sana...

    BalasPadam
  6. AlhamduLILlAH.. rindu saya jugak kat arwah Abah saya..

    BalasPadam
  7. semoga arwah abah ditempatkan bersama mereka yg beriman..amin.

    BalasPadam
  8. alfatihah & salam takziah..sebak saya membacanya

    BalasPadam
  9. Mesti mak rindukan abah ko T...semoga Allah menempatkan roh arwah abah ko bersama para solehin...

    BalasPadam
  10. saya berodoa semoga amal ibadahnya di terima di sisi alloh amin,,,,Obat Jelly Gamat Gold G

    BalasPadam
  11. Biarpun kita bukan golongan ulama' yg mimpinya lebih dipercayai, tetapi moga amal-ibadah kita diterima olehNya. Gambaran mimpi yg indah sekurang-kurangnya sejuk juga hati kan Yati. Allah juga maha mengetahui apa yg kita tak ketahui. Sebagai isteri dan anak-anak teruskan doa buat allahyarham...

    BalasPadam
  12. Semoga arwah tenang di alam yg kekal abadi.
    Al-Fatihah.

    BalasPadam
  13. Alahai sweetnya CH bab kejutkan isteri untuk solat tahajud tu...... moga arwah abah damai di sana

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)