JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 24 Mac 2015

AYAM PERCIK BERKUAH SAMBAL LEMAK

Assalamualikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi hendaknya ...
Salam petang yg ceria :)

Biasalah petang hari ni balik sekodeng di FB , jumpa pulak resepi Ayam Percik Berkuah Sambal Lemak yg mudah dan nampak sedap ni.. tengok kuah perciknya yg pekat tu.. tak sabar pulak nak mencubanya :)





Ayam Percik ala papajoh berkuah sambal lemak. Bon Appetit

Bahan2nya
800gm Ayam Segar yang tak bertulang

Bahan2 rempah perap ayam
2 batang serai dikisar
2 inch halia dikisar
1/2 inch kunyit hidup dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
1 biji bawang besar dikisar
3 sudu besar cili kisar
1 sudu besar biji ketumbar
Garam & gula secukup rasa
100gm krim santan
Gaulkan bahan2 kisar dengan ayam dan perap untuk sejam.

Cara2nya
Panaskan minyak dikuali dan goreng ayam nya sehingga setengah masak semuanya. Toskan dan tepikan. Rempah lebihan yang dikisar tadi, di goreng dikuali yang bersih, letakan cili kisar dan bawang kisar sedikit. Letak 1/2 kuib knorr ikan bilis. Bila sambal nya sudah mula mendidih letakan santan 100gm gaulkan rata, letakan garan dan gula secukup rasa. Ayam yang di toskan tadi diletakan kedalam oven dan di panggang dalam 15mins di suhu 160C. Tinggikan suhu nya ke paras 200C dan panggang di api atas untuk 2mins. Sajikan dengan nasi putih dan lauk2 lain.Tuangkan kuah sambal lemak keatas ayam goreng tadi.

10 ulasan:

  1. fav saya ayam percik tp kuah putih style klate

    BalasPadam
  2. Kita mmg selalu buat cenggini CH....kita masak mcm masak lemak separuh masak pastu panggang ayam dia. Kuah tu masak lama sikit sampai pekat

    BalasPadam
  3. Ayam percik xkira lah kak yati dlm fesyen pe pun...pasti menyelerakan

    BalasPadam
  4. hmmmm..sedap nya..
    selalu makan time bulan Ramadan aja...hihihi, beli kat bazar Ramadan

    BalasPadam
  5. Tengok kuahnya yg pekat itu yg tak boleh tahan tu...

    BalasPadam
  6. peberet saya sama ngan mama tisya....kuah puteh. hehehehe

    BalasPadam
  7. Sejak ketagih makan ayam percik kat makcik jual mahal berhampiran pejabat saya ni, memang tercari-cari juga resepinya. Kira yang ini paling close up and personal gitu dengan yang saya makan. Sama jer warna dan kepekatan kuahnya. Ini pun saya saved juga. Sebabnya seketul ayam percik dah RM4. Kalau 4 ketul saya beli dah RM16. Makanya, lebih baik saya rajinkan diri belajar buat sendiri di rumah. Yeszaaaa!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)