JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Sabtu, 28 Mac 2015

PISANG GORENG RANGUP (RESEPI HOTEL)

Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi hendaknya..
Selamat hari sabtu kekawan.. jom kita breakfast goreng pisang rangup resepi hotel ni.. Ni kawan saya postkan di FB .. nampak rangupkan kekawan.. :)



PISANG GORENG RANGUP (RESEPI HOTEL)

2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
5 sudu besar santan (santan kotak)
1/2 sudu besar baking powder (jenama Royal)
1/2 sudu besar garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit (pewarna)
1 biji telur

air secukupnya
2 sudu besar marjerin - dipanaskan hingga cair dan disejukkan.

CARA PENYEDIAAN
1. Satukan semua bahan kecuali air dan marjerin cair.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga adunan agak pekat - adun guna tangan bkn sudu.
3. Masukkan marjerin cair juga gaul dengan tangan.
4. celup pisang dan goreng dalam minyak yang panas.

*adunan ini sesuai digunakan untuk menggoreng cendawan, keledek, cempedak, roti, tempe dll

*resepi daripada Hairul, dah try dah...memang rangup, mertua memang cukup puji bila dihidangkan cempedak goreng guna adunan resepi ni.

3 ulasan:

  1. wah best ni boleh try nanti yatie macma ranggup je kan

    BalasPadam
  2. Kalau dah katanya ala ala hotel, mesti sedap tu CH....lama tak makan pisang goreng sendiri

    BalasPadam
  3. Resepi dari dapur hotel, mestilah sedap. Kalau tak sedap, tak tahu nak kata apa. Nantilah kalau terjumpa pisang, bolehlah cuba buat. Tapi bab semua pun boleh guna resepi ni yang sedap dengar tu.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)