Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Sabtu, 14 Mac 2015

BEBOLA DAGING BEREMPAH

Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi hendaknya...
Apa lagi saya ni... balik sekodeng FB.. tengok sedap pulak yg ditayang oleh kawan saya di wall FB.. so save dulu disini :)




Homemade Spicy Meatballs. Bebola daging berempah. (Resepi Baru) Bon Appetit.
Bahan2nya
1 kg daging cincang
1 biji bawang besar dipotong dadu kecil
5 tangkai daun sup di potong dadu kecil bersama batang nya
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan halus
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk cili
1/2 sudu teh serbuk buah pala
Garam secukup rasa
1 sudu besar madu asli
Minyak zaitun
Untuk sosnya
1/2 mangkuk daun pudina - dicincang halus
Minyak zaitun
Jus lemon
Madu asli
Cara2nya
Letak daging cincang dalam basin besar/luas. Letakan bawang dadu, daun sup garam, serbuk2 yang di sebut atas dan gaulkan bersama tangan supaya sebati. Kemudian buat bebola ikut citarasa besar nya. Sebelum itu, buat bebola kecil sebagai contoh untuk di rasa, goreng di kuali kecil dengan sedikit minyak. In untuk mempastikan daging nya cukup rasa. Sesudah selesai membuat bebola daging nya. Anda ada dua cara untuk memasak letakan di oven atau goreng dikuali. Gaulkan sedikit minyak sebelum digoreng atau dipanggang di oven. Panaskan oven dalam 160C api grill atas yang berkipas. Letakan secukup bebola daging anda dalam dulang pembakar dan tutup dengan foil. Ambil garfu atau toothpick dan buat lobang2 kecil. Panggang daging nya dalam 8-10mins, buka foil nya dan panggang dalam 3 - 5mins. Anda pun boleh goreng nya dikuali tanpa minyak untuk mendapatkan tanda2 goreng di bebola daging anda. Siapkan sos anda, dengan mengaulkan minyak zaitun, jus lemon, madu dan daun pudina. Buat secukup untuk hidangan anda. Sejukkan sos nya di peti ais sebelum di sajikan. Selamat mencuba.

4 ulasan:

  1. menarik resepi bebola tu..tk pernh buat

    BalasPadam
  2. yg homemade ni memang Sedap!halalan toyyiban

    BalasPadam
  3. Nampak sedap resepi ni. Blhlah sy cuba nanti. Sy tgh cari resepi mcm mana nak buat sos meatball mcm kat ikea tu. Makan dengan meatball ni mesti terangkat

    BalasPadam
  4. Bab bab ni okje mmg kurang suka buat CH, kalau makan sukalah hihi....
    Dasar M sungguh

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)