Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 10 Mac 2015

TIGA Sayur Aje NABIL Makan... SALAH Satunya SAYUR POKOK ??????????

Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberi kesihatan yg baik hendaknya :)

Kangkung Goreng Belacan
Apahal pulak tiba-tiba cerita sayur Nabil makan ni ehe :)
Hari tulah saya suruh Nabil makan sayur taugeh tu.. lepas tu Nabil cakap "tiga sayur jer yg Nabil makan.. pertama sayur kangkung " terkiralah sayur kangkung tu masak apa janji sayur kangkung, hari tu saya masak Kangkung goreng belacan .. sedap katanya :)




Sayur Bayam Goreng Tauhu
Kedua sayur bayam katanya.. terkiralah bayam tu masak tumis air ke, goreng dengan tauhu ke, goreng dengan sotong ke ... janji sayur bayam.. aahhhaaaa.. mama dia dah kena sekali..



Dan yg ketiga sayur pokok ?????? semua orang tercengang.. apa sayur tu Nabil.. pastu kakak terangkan, "sayur pokok tu sayur brokoli dan kobis bunga lah mama....".
"Iye betul tu kakak" Nabil membenarkan kata kakaknya.. "jadi kalau mama nak suruh nabil makan sayur mam masuk tu jer utk Nabil "

Ehe... itu lah perihal nabil yg sayur apa jer dia makan.. anak-anak kekawan semua senang tak makan sayur...

RESEPI KANGKUNG GORENG BELACAN

Bahannya :-
  • 1 ikat sayur kangkung (dipotong)
  • 2 biji cili merah*
  • 2 biji cili padi*
  • 2 biji bawang merah* (*ditumbuk/blender)
  • 2 inci belacan bakar
  • sedikit garam
  • segenggam ikan bilis 
  • Minyak utk menumis
Caranya :-
  1. Goreng ikan bilis, angkat ketepikan, lepas tu tumis pula cili blender sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan belacan bakar, hancurkan bersama cili yg digoreng tadi.
  3. Masukkan pula sayur kangkung, dan rasa garamnya.
  4. Bila sudah masak sayur tu,angkat siap utk dihidang.




19 ulasan:

  1. heheheh bdk2 selalu mmg akan panggil kobis bunga ngn brokoli sayur pokok sbb bentuk nyer...

    tp kire ok jgk lah kak dia nk mkn sayur, bdk2 zmn skrg nih pyh nk suh mkn syr

    BalasPadam
  2. sedapnya kakak...ok la tu nabil makan sayur kan

    BalasPadam
  3. anak2 saya masa kecik semua tak sukakakn sayur...dah masuk sekolah menengah baru makan..

    BalasPadam
  4. teringat kakak pada ank saudara sebaya Iman ,masa kecilnya bila makan mee atau meehoon pasti dibuangnya taugeh atau sawi yg ada katanya pokok ...
    bagus betul budak nabil ya ,wlpun pilih sayur tapi makan juga,kalau Iman langsung tak sentuhnya.

    BalasPadam
  5. seronoknya kalau anak2 suka makan sayur kan?

    BalasPadam
  6. Pandai Nabil tukar nama sayur ye:)
    Auntie pun suka sayur 'pokok' ni tau. Buat cekodok pun sedap.

    Brokoli salah satu sayur kegemaran kakak sebenarnya Yati.

    BalasPadam
  7. Ketiga-tiga sayur diatas tu..sayur pokok tu tak boleh aku nak telan T..tapi kobis bunga aku makan...kak long aku ckp..sayur pokok ni sedara kembar kobis bunga..tp aku tak boleh nak telan laaa.....

    BalasPadam
  8. Dulu suka makan kangkung goreng belacan tapi sejak kena eczema kena 'kuburkan' belacan tu..huhu

    BalasPadam
  9. hihihihh..kira ok lah tu, sebab Nabil masih nak makan sayur, dan sayur yg dipilihnya, sayur yang bagus, banyak khasiat..Mmg susah nak jumpa budak suka makan sayur, apatah lagi sayur taugeh!

    BalasPadam
  10. Yg cemerlangnya, sayur pilihan dia semua kaler hijau. Baguusss

    BalasPadam
  11. Banyaklah jugak sayur yg Nabil nak makan....budak budak kat sini pun memilih jugak CH. Maknya pulak malas nak layan selera mereka, selera maknya ajelah diikutkan dah maknya tukang masak hihi....
    Apalah punya mak cenggini yer CH hihi

    BalasPadam
  12. haha... igt sayur pokok apa td..
    bguslah..at least dia makan jugak sayur kan..
    cam Fasya x mkn terus.. susah jugak..

    BalasPadam
  13. Tergelak kak zai ada sayur pokok. Bagus Nabil mahu makan sayur. Bukan senang nak suruh budak2 makan sayur.

    BalasPadam
  14. anak sy masa kecik susah juga nak makan sayur. Dah besar2 ni mau la..ulam pun dia makan.tp kuantiti tak byk la..sayur taugeh tu peberet aiman tau.rugi nabil tak makan.sedap1 bayam semua pun aiman makan,cuma brokoli dia kurang suka

    BalasPadam
  15. Bagus nabil suka makan sayur pokok.. Kata Irfan, brokoli ni rupanya nak sama dgn otak kita... Jadi bagus utk kesihatan otak :)

    BalasPadam
  16. Suka tengok budak suka makan sayur.. pokok ker daun ker.. hehehehe comel jer panggil namanya sayur pokok.

    BalasPadam
  17. Deeja tak mau sayur langsung kecuali,lobak. Betul-betul ikut perangai abahnya..

    BalasPadam
  18. JM pun suka mkn sayur mayur nih...kalau x de sayur seperti x de kicap jalen tuan!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)