Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 4 Mac 2015

RESEPI AYAM GORENG HALIA .... emmmm dapnya ^__^

Assalamualaikum kekawan...

Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberi kesihatan yg baik.. serta ceria selalu :)


Sedap rupanya ayam goreng halia ni kekawan... satu keluarga saya suka kan.. lepas tu nak masak punya lah senang dan mudah pulak tu.. saya buat pun atas permintaan Nabil yg suka sangat ayam .. asyik masak resepi yg sama pun boring jugakkan kekawan.. bila tukar selera yg macam ni bertambah-tambah pulak makannya kami sekeluarga pulak.. sampai en suami tanya "masak nasi berapa pot?" hahaha jadi saya lah yg tak bertambah makan nasi  :)



Kalau ikut resepi asal daging goreng halia, saya tukar kepada ayam ehe :) 
Sebabnya saya ikut apa bahan ada dalam petiais saya lah kan kekawan.. 
Jom intai resepi yg mudah ini yg saya ambil dari buku resepi masakan china ni.. banyak lagi resepi dari buku ni yg belum saya cuba lagi ni.. :)

RESEPI AYAM GORENG HALIA

Bahannya:-
  • 300 gram isi ayam
  • 2 1/2inci halia dipotong nipis
  • 5 ulas bawang putih dihiris nipis
  • 10 tangkai daun bawang dipotong seinci seinci
  • 1/2 biji lada banggala hijau
  • 1/2 biji lada banggala merah dihiris memanjang
  • sedikit daun ketumbar
  • 2 sudu makan sos tiram
  • sedikit serbuk lada hitam (saya tambah)
  • 1 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
  • garam dan minyak utk menumis.
Caranya :-
  1. Tumiskan halia dan bawang putih hingga naik bau wangi.
  2. Masukan ayam , goreng hingga separuh masuk
  3. Masuk kan sos tiram dan sedikit serbuk lada hitam, gaul sebati.
  4. Masukan bancuhan tepung jagung  kacau sebati
  5. Kemudian masukan lada banggala, daun ketumbar, daun bawang gaul sebati. Serta masukan garam secukup rasa.
  6. Siap utk dihidang.


10 ulasan:

  1. kaknoor dtg awal hari ni sbb dah terhidu ayam goreng halia ni yatie mesti sedap dan wangi..

    BalasPadam
  2. anak2 saya jugak sukakan ayan goreng halia ni Yati...nak masak pun senang ja,kan...

    BalasPadam
  3. Memanglah sedap apa pun kalau digoreng halia Yati.
    Family kakak pun suka juga.

    BalasPadam
  4. Goreng bagi kering sikit pon sedap nih...

    BalasPadam
  5. mudah....dan tak pedas camni lah yang febret Iman.terimakasih yatie share resepi yg mudah2 camni ....resepi koew tiau sup yatie sampai ni kakak selalu buat ,anak2 suka .

    BalasPadam
  6. Sedapkan T...aku pun suka ni..tapi minang2 kat rumah tu kurengggg suka sbb tak pedas kan....kalau sambal jering...laju jer dorang....

    BalasPadam
  7. Sedapnya..
    Apakhabar yati.. sihat ker? dah lama benor tak berkunjung kesini

    BalasPadam
  8. ohh sedap...ayam kalau masak versi goreng2 takda kuah camni memang mengancam!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)