JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 19 Mac 2015

ROJAK BANDUNG... eeemmmm dapnyaaa :)

Assalamualaikum kekawan...

Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya..

Tiba-tiba sedap pulak tengok rojak bandung ni.. gara2 sekodeng FB pepagi hari.. sudah 

meleleh air tengok .. Apa lagi kita save dulu kat sini lepas tu kita cuba buat pulak.. ehe bila 

lah masa saya nak buat ye kekawan..




Rojak Bandong - Rozita Hassan
Rojak Bandung bersos kuah petis. Cuttlefish & Kang Kung Rojak with shrimp paste sauce.
Bahan2nya
1 ekor sotong kering yang sudah di kembangkan,dipotong dadu2 diclurkan dalam air panas bergaram
2 keping tauhu digoreng dihiris2
1 paket daun Kang Kung (organic - ikut citarasa) di celurkan
1 cawan kacang goreng di tumbuk tak terlalu halus
1 batang timun di hiris2
Sosnya
3 sudu besar petis
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar jus limau (2 limau kasturi)
6 sudu besar gula melaka dicairkan dulu
2 sudu besar gula pasir
1/2 botol sos tomato ketchup
Air secukup nya
Cara2nya
Semua bahan2 seperti sotong dan kang kung di celurkan dalam air panas bergaram. Dipotong dadu kecil dan ditoskan dan tepikan. Tauhu digoreng dan di hiris2 ikut citarasa. Kacang goreng tak berkulit ditumbuk tak terlalu halus. Boleh gunakan kacang paket dikedai yang sedia ada. Sajikan dipinggang lebar sebelum dituangkan sos petis nya.
Sosnya,
Masak dan cairkan seketul gula melaka dalam periok yang berair sedikit. Letakan gula pasir, jus limau, cili kisar, sos tomato dan petis. Masak sosnya kacau, letakan sedikit air. Sos nya jangan terlalu cair. Rasa sos kuahnya, ia mesti masam manis dan pedas sedikit(ikut citarasa.

6 ulasan:

  1. Kak yati..agak2 bandung2 dekat2 dgn jawa x...hihihi

    BalasPadam
  2. Singgah pagi..
    nieyl mmg x makan rojak :)
    Tapi nampal mcm menyelerakan...

    BalasPadam
  3. Hari tu isteri saya pergi Bandung. Sebelum pergi, saya minta dia cari ais bandung, mee bandung dan macam-macam lagi makanan bandung yang ada kat Malaysia bila sampai di kota Bandung. Tapi bila dia pergi Bandung, katanya orang Bandung sendiri tak pernah dengar mee bandung dan ais bandung, hehehehe...

    BalasPadam
  4. Cik abang ai mmg suka rojak....rojak petis....
    Ni kalau dia tengok mesti meleleh air liur dia hihi

    BalasPadam
  5. ada sotong memang sedap la kan yatie

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)