JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Ahad, 29 Mac 2015

PUDING ICE CREAM OREO

Assalamualaikum kekawan ...

Selamat berhujung minggu, jom kita cuba puding yg sedap ni , sedap makan masa musim panas ni kan.. tapi saya tak cuba lagi ehe .. simpan dulu kat sini ye.. terima kasih pada penyumbang resepi.. saya ambil dari wall FB saya ni :)



Puding Ice Cream Oreo ..sedapnya 

Bahan2:

25g agar2 bertali ( dipotong kecil2)
1250ml air
1 Tin susu cair
1 cup Gula
1 Sudu teh esen Vanila
1 Biji telur
1 Bungkus Biskut Oreo ( dikisar halus)
1 cup Ice Cream ( 5/6 scoop ice cream) ** apa2 perasa ice cream pun boleh**

Cara membuat:

Masak Agar2 bertali dengan 1250ml air tadi hingga larut...
kemudian masukkan gula...kacau sebati. Blendkan Telur, susu cair , Ice Cream, & Esen Vanila Kemudian satukan dengan adunan agar2 yang dimasak tadi....

Kacau rata , & akhir sekali masukkan Biskut Oreo yang telah dikisar...kacau lagi biar sebati ye...dah sebati, tutup api...

Sediakan Loyang...Tuangkan adunan & sejukkan dalam Freezer...dah siap! 

4 ulasan:

  1. Macam senang.. tapi.. errrr..
    Vit M banyak sangat..

    BalasPadam
  2. Hari tu baru buat agar agar milo oreo. Anak anak nak makan. Yang cenggini belum try lagi. Sure agi lemak kan....

    BalasPadam
  3. saya pon baru amik kat FB semalam, tp tak try lagi...nak try jugok nanti...

    BalasPadam
  4. Oh, my.... Ini memang buat saya terliur. Dah, dah. Saya saved yang ini dulu. Memang nak buatlah nampaknya gayanya. Mana tahu boleh tarik minat superheroes dok join makan sama!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)