Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Ahad, 8 Mac 2015

SHASHUKA DAGING MASAKAN TIMUR TENGAH

Assalamualaikum kekawan..

Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi..
Hujung minggu ni nak masak apa ye.. tengok Shashuka ni nampak menarik kan kekawan.. terliur tengok gambar dia kan.. ehe :)
Hasil sekodeng di FB lah ni kekawan.. save kat sini nanti dicuba.. bila tak tahu hahahha :P








Shashuka.
'Shashuka' Daging.Masakan Timur Tengah. Bon Appetit
Bahan2nya
500gm daging kambing cinchang (minced meat)
2 lobak merah di potong dadu kechil
2 biji tomato dipotong dadu kechil
2 biji bawang besar dipotong dadu
2 chili hijau dipotong hiris
2 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 batang inch kayu manis
1/2 sudu teh lada hitam
2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1 inch halia - ditumbuk halus
2 helai daun ketumbar dipotong halus.
4 biji telur
2 sudu besar bawang merah goreng
Garam secukup rasa
2 sudu besar minyak sapi gee/mentega
Minyak masak (Canola/Sayur)
Cara2nya
Daging kambing cinchang digoreng dahulu dengan minyak sapi, rempah kayu manis, serbuk ketumbar, jintan manis, kunyit, sedikit garam dan lada hitam, kemudian ditepikan. Keluarkan kayu manisnya.
Panaskan minyak masak di kuali, masukan bawang besar,bahan yang ditumbuk halus dan kayu manis. Bila bawang mula lembut, masuk daging goreng, lobak merah, cili hijau dihiris, daun ketumbar, bawang merah goreng dan tomato dadu. Gaulkan hingga sebati. Letakan garam secukup rasa. Bila masakannya masak, angkat dan tuangkan dimangkuk pembakar (cassarole) buat 4 lubang kechil. tebal inti daging lebih kurang 1 inch, dibahagian itu di masuk telur kedalamnya. Panaskan oven, grilled atas160C dan bakar selama 10 mins hingga telur nya masak. Sajikan panas, dimakan dengan belbagai roti2. Chapati,Roti Peranchis, Roti putih biasa, Roti Naan.

9 ulasan:

  1. aduh sikit lagi kaknoor slah sebut sizuka kawan doremon tu yatie hahaha
    mantop lah hidangan ni...

    BalasPadam
  2. cam best je resepi ni kyati…..ala2 kacang pool ada gak…nak cuba la nanti.tq

    BalasPadam
  3. Nampak macam sedap. Agaknya boleh tak ditukar daging lembu sebab kak zai tak makan kambing.


    BalasPadam
  4. Kalau daging kambing tu diganti dengan daging lembu boleh tak? Anak-anak saya tak suka daging kambing, walau pun dari sudut kesihatan daging kambing lebih baik dari daging lembu...

    BalasPadam
  5. sedapnya kak...dah la tengah lapar ni.

    BalasPadam
  6. adoi nmpk sedap gila..kambing pulak.peberet en suami n Aiman

    BalasPadam
  7. sedapnya..kambing peberet aiman n abahnya ni

    BalasPadam
  8. sedaptu.. daging lembu boleh tak... dulu sepupu akak buat memang sedap.. berulang kalimakan...

    BalasPadam
  9. Pernah dengar resepi ni....mmglah sedap kalau dah daging sokmo tu CH.....

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)