Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Sabtu, 7 Mac 2015

HOMEMADE CENDOL

Assalamualaikum kekawan..

Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya .
Selamat berhujung minggu kekawan.. tadi tengok FB tiba2 keluar pulak kat wall FB kawan post cara nak buat cendol... perghhh senang rupanya nak buat cendol ni kekawan.. nak cuba juga nanti .. ye sekarang tengah musim panas.. nak sejukan tekak dengan cendol ni, tapi ais tak boleh minum selalu kekawan kan..






HOMEMADE CENDOL
anda hanya perlukan :

2 cawan tepung beras
1 cawan tepung jagung
1 sudu air kapur makan/sireh
2 gelas air daun pandan.
1 besen air batu

caranya:

1. pandan di blender dan airnya digunakan untuk membancuh kedua jenis tepong yang dicampur dengan air kapor.
2. bancuhan itu di jerang atas api yang tidak terlalu besar, sentiasa dikacau sahingga likat.
3. sediakan sebuah besen yang berisi air batu, kalau anda punya peralatan untuk membentuk cndul gunakan, kalau tidak memadai jika masukkan adunan yang dah pekat likat dan kental itu kedalam plastik tahan panas, kemudiamnya gunting hujungnya dan picitkan ke dalam besen air batu tadi.
4. dah pun siap cendul kita- ianya boleh di simpan dalam peti sejuk dan di gunakan ulang berulang selagi ada mengikut bgaimana anda suka..

7 ulasan:

  1. selamat pagi yatie, best ni cendol buat sndiri, kaknoor tkde peralatan apa2 utk cendol boleh try guna palstik jugak ni sedappp cendol di letak gula melaka

    BalasPadam
  2. panas2 ni terlior la pulak tengok cendol!!!! kak rose guna senduk yg berlubang2 untuk acuanl.... tak de rotan akar pun berguna....he he he

    BalasPadam
  3. Kak zai makan cendul buatan sendiri masa pergi rumah kawan kat Terengganu, sedapnya hingga tak terkata.

    BalasPadam
  4. cendol homemade buat puas makan,tp tak datang semangat lagi nk buat walaupun peberet en suami.hehe

    BalasPadam
  5. Adoii...walaupun dah mlm ni ha...tp sebab cuaca panas kan...time ni dapat cendol pun dah sedap dah....

    Nmpk senang juga nk membuatnya kan...bole cuba nnti klau rajin....kalau la....hehe...

    BalasPadam
  6. Baliknkg hari tu baru cerita pasal resepi cendol ni CH. Lebih kurang jugaklah resepinya. Tp rasanya yg tepung beras tu sama banyak...Mvm teringin jugak nak buat

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)