Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 17 Mac 2015

Raikan CINTA :: NORDIANA & IZUDDIN ~ 14 Mac 2015

Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberi kesihatan yg baik hendaknya :)

Pada 14 Mac 2015 hari Sabtu yg baru lalu , kakak andak saya menyambut menantu yg ketiga pulak, buat kenduri rumah mak di Kuang, kami buat sederhana sahaja. Tambahan kami baru kehilangan ayahanda yang tercinta dan suami kakak andak saya ni dua minggu sebelum kenduri di serang penyakit jantung, oleh kerana kenduri telah dirancang jadi terpaksa lah diteruskan, ayah pengantin ni pun minta cuti keluar dari IJN untuk menikahkan anaknya ini.. minggu depan masuk semula ke IJN untuk dibuat Bypass jantung. Semoga diberikan kemudahan pada pembedahannya itu.

Pagi pada pukul 8.30am bermula dengan majlis khatam Al Quran oleh pengantin ni..Diteman oleh Nabilah dan Najeeha utk khatam Al Quran tu, bergilir-gilirlah mereka membaca Al Quran tu..

Pada pukul 11.00am pula majlis pernikahan pula, nikah buat dirumah sahaja, Alhamdulillah sekali lafaz saja, sah mereka bergelar suami isteri.

Pada pukul 1.30pm pula majlis bersanding .. pengantin lelaki bersiap di homestay yg disewa, InsyaAllah, sabtu depan kami ke Klang pula untuk menghantar kesana bagi majlis menyambut menantu pihak lelaki..

Sama cantik sama sepadan ke dua pengantin ni.. warna hijau menjadi pilihan mereka.. entah mengapa tak ada pula gambar sekeluarga lupa diambil bersama pengantin.. gambar ni pun dari kamera handphone cap ayam saya ni jer.. tu lah gambar kurang cantik.

Petang tu sempat juga bagi mereka yg lahir bulan Mac untuk menyambut hari kelahiran mereka, Selamat hari lahir buat kak angah saya , ayah pengantin (tapi tak ada dalam gambar) dan tiga orang anak buah saya Izzat, Khairul dan Dany. Semoga dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yg baik hendaknya.

Kepada Nordiana dan Izuddin semoga Perkahwinan ini kekal hingga ke jannah dan bertabahlah dalam menempuh kehidupan baru sebagai pasangan suami isteri hendaknya.. 

13 ulasan:

  1. Tahniah pada pasangan pengantin semoga berkekalan

    BalasPadam
  2. Tahniah buat pengantin baru..

    BalasPadam
  3. Tahniah buat pengantin baru..

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah tahniah buat pengantin baru dan semoga berbahagia sehingga ke jannah... Amin

    BalasPadam
  5. Tahniah pada pasangan pengantin

    BalasPadam
  6. selamat pengantin baru...;D

    BalasPadam
  7. Tahniah, semoga berkekalan hingga ke jannah...

    BalasPadam
  8. Tahniah... semoga kekal selamanya.

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah...Allah permudahkan segalanya w.pn byk dugaan ygdihadapi.
    Selamat pengantin baru...moga kekal bahagia hingga ke jannah.

    BalasPadam
  10. selamat pengantin baru.
    dulu sy pon tak buat besar majlis, cancel sanding...masa tu arwah ayah warded.
    semoga bahagia hingga akhirnya...

    BalasPadam
  11. Selamat Pengantin Baru buat mereka....moga kekal hingga ke jannah. Wah meriah betul ni bukan sambut menantu jer, sambutan hari jadi pun ada gak

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)