JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 30 Mac 2015

KEK PANDAN KUKUS

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi jua hendaknya..
Hari ni saya ada kursus kualiti selama dua hari.. so ni entri autopublish la.. jom jamu mata dengan kek pandan kukus yg gebusss.. kalau ada masa nak juga mencuba ni ehe.. apa2 hal kita save dulu .. Biasalah hasil sekodeng dari di wall FB :)





RESEPI KEK PANDAN KUKUS

Bahan:

6 biji putih telur 
2 cawan gula halus
6 biji kuning telur
1 cawan pati santan
1 cawan air daun pandan -
perahan 6 helai daun pandan yang besar

Bahan diayak:

4 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bicarbonate soda

Cara membuatnya:

Pukul putih telur bersama gula halus sehingga betul2 kembang, masukkan kuning telur dan pukul lagi.

Masukkan santan dan sari pandan, kacau rata. Masukkan pula tepung yang telah diayak sedikit2 sampai habis sambil dikacau perlahan2 sehingga sebati.

Masukkan dalam loyang yang sesuai yang dilapik dengan kertas minyak terlebih dahulu.

Pastikan air kukusan mendidih dahulu ketika meletakkan adunan kek untuk dikukus.

Kukus menggunakan api sederhana lebih kurang 45 minit atau sehingga betul2 masak.
 —

13 ulasan:

  1. assalamualaikum
    singgah pagi
    sedap kan

    BalasPadam
  2. Bau pandan penuh satu dapur nih...

    BalasPadam
  3. sedapnyeee.menarik sungguh hijaunya

    BalasPadam
  4. Chiffon pandan ni bau dia pun dah sedap Yati
    Anak-anak kakak suka:)

    BalasPadam
  5. suka sangat makanan perisa pandan.. sedapnyaaa

    BalasPadam
  6. hijauuuu nye pasti gebus ni yatie..

    BalasPadam
  7. selamat berkursus.
    sedap kek pandan...wangi

    BalasPadam
  8. Selamat berkursus. Kiranya hari ni pun masih berkursus lagikan CH. Wah, asal nampak perkataan 'pandan' aje dah terbayang-bayang aroma baunya yang sedap. Yang ini rasa macam nak cuba juga walaupun yang makannya kemungkinan besar saya seorang jer.

    BalasPadam
  9. Kuning telur tu kalau kacau dulu sampai jadi tanduk baru masuk kuning telur biasanya mmg gebu gebas... mcm pakar kek sangatlah okje ni hihi.. .

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)