Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan diberikan kesihatahan yang baik jua hendaknya. :)
Buat ayam masak tomato ni pada hari sabtu tempohari.. pada hari tu saya ada perjumpaan kakitangan , townhall katenya.. jadi sebelum meninggalkan anak seharian, kenalah saya fikirkan perut anak2 yang tinggal dirumah tu kan.. tengok dalam petiais ada ayam lagi dua bekas tu..
gambar lama :) |
Sebenarnya saya dah merancang juga untuk membuat nasi arab ni.. senangkan sekali harung, lagipun saya menggunakan pes ajer.. yang saya beli dari rakan sekerja ni pada hari jumaat tu.. nak tengok resepinya disini.. nasi-arab-ayam-mendhi-emmmm-dapnyaaa. Jadi pukul 4.30am saya dah kelantung kelentung didapur kerana saya perlu ada di sana pukul 7.45am.. untuk sarapan pagi saya dah beli nona manis dan roti sosej.. hahahah nampak senang kerja mama korangkan.. lagi pun en suami kerja halfday hari tu.. tinggal lah mereka dengan kak Nabilah..
Apabila saya balik petang tu.. angkat tudung saji tengok ayam masak merah dah habis hahaha.. yang tinggal ayam yang saya rosted tu je 4 ketul saya buat 8 ketul yg bahagian tight tu.. sup ayam banyak lagi.. nasi arab tinggal setengah.. pada hal saya masak 1 kg beras tu.. Najeeha kata dia makan 3 kali mama.. sama juga dengan Nabil.. :D
Nabil makan dengan ayam masak tomato mama tu ajer dengan sup .. sedap lah mama nanti buat ayam masak tomato tu ye..
Resepi ayam masak tomato pagi hari saya ni cukup mudah kekawan..
Jom intai resepinya :)
RESEPI AYAM MASAK TOMATO
Bahannya :-
- 3/4 ekor ayam (potong kecil ikut size yg sesuai)
- 5 sudu besar cili kering kisar (saya memang dah ada kisa
- 3 biji bawang merah*
- 2 ulas bawan putih * (kisar kan bersama cili tadi)
- 2 biji tomato yang dikisar asing dgn 1/2 cawan air
- 1 biji bawang besar Hollang - di hiris kasar
- 2 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar sos tiram
- 4 sudu kecil gula pasir
- 1 batang serai diketuk
-garam secukup rasa
Caranya :-
1. Garam dan kunyit kan ayam, kemudian goreng 3/4 masak.
2. Kurangkan minyak yg menggoreng ayam tu, goreng pulak bawang besar holland separuh masak, lepas tu tumis bahan kisar cili dan bawang tu hingga wangi.
3. Kemudian masukan pula tomato kisar tu sehingga naik minyak, lepas tu masuk sos cili, sos tiram, gula dan garam serta serai. Tambah sedikit air untuk berkuah sedikit.
4. Selepas itu masuk ayam goreng dan bawang besar yg dihiris dan digoreng sebentar tadi . Kacau sehingga kering sedikit kuahnya , selepas itu boleh di tabur daun bawang hiris.
5. Siaplah utk dihidang.
Rupanya sedap juga nasi arab tu diregukan dengan ayam masak tomato ni.. kalau pak arab tahu mahu dia marah ni hahhaha..
suka-suka jer tukar regunya :D
fav ni..1 lauk ni pn dh cukup..mkn ngan nasi panas22 pastu kicap hehe
BalasPadamWahhhh menarik ni..tak pernah buat sebab still tak berani nak buat.
BalasPadamRumah kakak panggil ni ayam masak merah Yati
BalasPadamAnak-anak kakak pun suka bukan aje ayam. Kalau ikan dan daging masak macam ini pun anak-anak suka.
yummy sangat
BalasPadamsedpanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
BalasPadamSEDAPNYA ANAK2 MKN DGN BERSELERA TENTU SUKAHATI YG MASAKNYA.
BalasPadamDah mama nya masak sedap pasti anak2 menambah2 makan.Akak yang tengok gambar ni pun tau kesedapannya ni.
BalasPadamYatie,akak nk tnya tyroid tu ,nk kena makan vitamin selalu ke? Maaf lari tajuk...
Dah mama nya masak sedap pasti anak2 menambah2 makan.Akak yang tengok gambar ni pun tau kesedapannya ni.
BalasPadamYatie,akak nk tnya tyroid tu ,nk kena makan vitamin selalu ke? Maaf lari tajuk...
Hai..mmg berbunyi peryt pepagi ni yati...
BalasPadamKalau lauk macam ni bertambah anak2 ..mkn.
Mmg most fev
kompom sedap tu kak... sebab banyak habis...hehe.. suka anak2 makan
BalasPadamPepagi hari buat ayam masak tomato dan nasi arab! Rajin sungguh CH ni. Kalau saya dah namanya pagi Sabtu, memang saya tak bangun sebelum Subuhlah nak berkelentung-kelentang bagai di dapur tau!
BalasPadamsaya tak pernah masak nasi arab. biasa buat ayam masak merah ni, makan dgn nasi ayam jer..hentam sajalah kan.
BalasPadamsaya pun kalau ada apa2 yg kena tinggal anak, akan masak juga awal2 utk mereka. tp tgk keadaan lah, kalau dtg malasnya, tak menjadi jugak, kdg2 tuh!
wah nasi shape luv-luv gitu...
BalasPadamWah!. Menu 2 benua!. 2 in 1.
BalasPadamGreat idea tu Kak Yati.
Wah!. Menu 2 benua!. 2 in 1.
BalasPadamGreat idea tu Kak Yati.
betul lah kak... mmg ayam msk tomato menu mudah n sedap... bdk2 pun suke sbb tak pds
BalasPadamMama dia kan Chef.... haruslah masak apa pun sedap. Memang nampak menyelerakan Tie ayam masak tomato ko tu.... Berkilat, likat merah menyala....Mak pun terliur tau
BalasPadamaduhhh sedapnyaaa rasa lapa lah pulaaa
BalasPadamfollow here #509
follow back and keep in touch :D