Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..
sumber : google |
*_CUBALAH SEMAK DOA DUDUK DIANTARA DUA SUJUD BILA KITA HAYATI MAKNANYA_*:
*_√ رب اغفرلي
*_√ وارحمني
*_√ واجبرني
*_√ وارفعني
*_√ وارزقني
*_√ واهدني
*_√ وعافني
*_√ واعف عني
Ketika orang ditanya, “do’a apakah yang paling sering dibaca oleh seorang muslim ?”,
Banyak yang menjawabnya dengan salah. Begitu seringnya do’a itu dibaca, sehingga ketika sedang membaca do’a banyak yang tidak merasa berdo’a.
Padahal do’a itu sangat dahsyat, mencakup keperluan kita di dunia dan akhirat. Dan dibaca minima 17 kali setiap hari.
Do’a itu adalah *_DO’A DIANTARA DUA SUJUD_*, marilah kita renungi maknanya :
*_√ رب اغفرلي
Wahai Tuhan ampunilah dosaku.
Dosa adalah beban, yang menyebabkan kita berat melangkah menuju ke redho اللّهُ Dosa adalah kotoran hati yang membuat hati kelam sehingga hati kita merasa berat untuk melakukan kebaikan.
*_√ وارحمني
Sayangilah diriku.
Kalau kita disayangi اللّهُ hidup kita akan terasa bahagia, kerana dengan kasih Sayang akan dapat dicapai semua cita2. Dengan kasih Sayang اللّهُ, nafsu kita akan terbimbing.
*_√ واجبرني
Tutuplah segala kekuranganku.
Banyak sekali kekurangan kita, kurang syukur, kurang sabar, susah menerima kenyataan, mudah marah, pendendam dll. Kalau kekurangan kita ditutup/diperbaiki اللّهُ, maka kita akan menjadi manusia sebenarnya.
*_√ وارفعني
Tinggikanlah darjatku.
Kalau اللّهُ sudah meninggikan darjat kita, maka pasti tidak ada manusia yang ingin menghina kita.
*_√ وارزقني
Berikanlah aku rizki,
Sebagai hamba اللّهُ kita memerlukan rizki, اللّهُ mampu mendatangkan rizki dari arah yang tak terduga dan tanpa perhitungan.
*_√ واهدني
Berikanlah aku petunjuk/bimbinglah aku ke jalan kebahagiaan.
Kita tidak hanya minta petunjuk/hidayah yang berkaitan dengan akhirat, tetapi kita juga minta petunjuk agar terhindar dari mengambil keputusan yang salah utk kebahagiaan di dunia.
* _√وعافني
Berikanlah aku kesihatan.
Apabila kita sihat, kita mampu menambah kebaikan dan manfaat, serta tidak menjadi beban kepada orang lain.
* _√واعف عني
Aku mohon agar kesalahanku dihapuskan dari catatan.
Dari do'a tersebut diawali do’a dengan mohon ampun, dan kita akhiri dengan permohonan keampunan utk menghapus dosa. Sehingga kita berharap benar-benar bersih dari dosa.
*_PERSOALAN: DI MANA HATI DAN FIKIRAN KITA KETIKA KITA MEMBACA DO’A ITU ?_*
*_DAN BANYAK DIANTARA KITA TIDAK MENGERTI MAKNANNYA_*.
Padahal dahsyat doa tersebut, . Seharusnya menghayati, dan benar2 meminta kepada ALLAH SWT.
Sumber : WhatsApp
Betul tu Tie.....padahal setiap perkataan dalam solat tu doakan.... Tp biasalah, namanya pun manusia ada kalanya solat pun terkocoh kocoh, entah apa yg dikejar agaknya. Malunya dengan Allah
BalasPadamSetuju dgn kak Hainom.. ini antara doa yg sering kita baca..
BalasPadamThanks atas perkongsian kak.. :)
Sejak akak mengetahui makna ,akak betul2 menghayati doa ni yatie...sebelum tu tau baca je .Terimakasih juga tambah mengingatkan lagi.
BalasPadamdoa yg kita baca hari²...tp syg kan x paham maksud lajuuu je baca...thx for sharing kak :)
BalasPadamWkmsalam.
BalasPadamYe. kalau kita hayati maknanya, ia adalah kesuluruhan keperluan kita kepada Allah.
thanks yatie
BalasPadamkena selalu ingatkan ni
kalau tak selalu ja alpa
waalaupun sebenarnya kita sangat nak menghayati setiap doa yang di lafazkan
Kalau tak tahu makna, memang main baca aje. Fikiran pun entah di mana agaknya masa tu.
BalasPadamThanks CH selalu beri peringatan ^_^