JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Ahad, 16 Oktober 2016

DUIT BERBISIK KEPADA SAYA 💰💲💵💱😊



DUIT BERBISIK KEPADA SAYA !

Salam perkenalan,

Nama aku : Duit
Nama lain : Wang

Wajahku biasa2 sahaja, fizikalku pula sangat lemah, Namun aku boleh memporak perandakan penghuni dunia ni dgn sekelip mata.

Aku juga "BOLEH" mengubah perilakumu dari baik menjadi jahat, bahkan sifat Manusia, kerana manusia sentiasa mengejar dan mengidolakan aku.

Banyak orang berubah keperibadiannya kerana aku,­­­­ Ada yang mengkhianati temannya, Ada yang sanggup menjual tubuh badannya, Bahkan ada yg sanggup meninggalkan keyakinan imannya, demi mengejar aku. Hebat kan aku ?

Aku tidak memahami perbezaan antara orang yang soleh & jahat, Tetapi manusia menggunakan aku utk mendapatkan darjat, menentukan kaya atau miskin & rasa dihormati atau terhina.

Aku bukan iblis, tapi orang selalu melakukan perkara yg keji demi mengejar aku.

Aku juga bukan org ketiga, tapi banyak suami isteri bercerai gara2 mengejar aku, adik beradik bergaduh dan saling membenci kerana aku. Anak dan orang tuanya berselisih faham gara2 aku.

Sangat jelas aku juga bukan Allah, Tetapi manusia sanggup menyembah aku seperti Allah, bahkan kerap kali hamba2 Allah lebih menghormati aku, Padahal byk ulama sudah pesan jangan jadi hamba DUIT.

Aku tidak pernah mengorbankan diriku untuk sesiapa pun, tapi ramai orang sanggup mati demi aku.

Suka aku ingatkan,
Aku bole ditukar utk menjadi  resit ubat kamu, tapi aku tak mampu untuk memanjangkan umur kamu.

Kalau suatu hari nnt kamu dijemput oleh Allah swt, aku tak boleh menemani kamu. Apalagi utk menjadi penebus dosa2 kamu. Kamu mesti berdepan dgn Allah swt sendirian tanpa aku.

Saat itu, Allah pasti akan mulakan penghitungan dengan kamu, ADAKAH SELAMA HIDUP KAMU MENGGUNAKAN aku kejalan yang baik2, atau sebaliknya MENJADIKAN aku sebagai Tuhan ?

INI AMANAT AKHIRKU :

Aku "TIDAK ADA DI SYURGA",
Jadi jangan cari aku disana.

CADANGAN AKU :

1. Jangan terlalu sayang dgn aku.
2. Jangan lupa gunakan aku utk byr Zakat, Infakkan aku selalu, Sedekah aku selalu supaya aku menjadikan hidupmu lebih "BAROKAH" di dunia dan akhirat.

~ Imbangi Antara Pemburuan Dunia Dan Akhirat ~

#BahagianDakwah-Abcm

SHARING IS CARING

Sumber : whatsApp

6 ulasan:

  1. Wow! bukan main lagi bisikan duit2 ni ya... mmg menggoda dan sentiasa menggoda

    BalasPadam
  2. Carilah aku dengan cara yang halal.
    Gunakanlah aku ke jalan yang bermanfaat
    Jadikan aku saham di akhirat.

    BalasPadam
  3. Duit sentiasa menggoda... jika leka, buruk akibatny...huhu

    BalasPadam
  4. Ciri-ciri duit@wang - memberi kebahagiaan sementara pada umat manusia dan memporak-perandakan hidup manusia kalau tidak diuruskan dengan sebaiknya.

    BalasPadam
  5. duit juga untuk bawa kita ke akhirat, kena berhati2 juga

    BalasPadam
  6. Duit ni memang berhantu tau. Masa kecik menjadi kawan, bila dah banyak menjadi lawan. Eh? Macam peribahasa untuk apilah pulak hihi

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)