JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 19 Oktober 2016

MELENJAN Selepas Habis EXAM UPSR..😆😄

Assalamuakaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..
Pada hari Sabtu 9 Oktober 2016.. berpakatlah pelajar tahun 6 ni utk gi melenjan bersama cikgunya utk meneroka Taman Pertanian Bukit Cerakah Shah Alam ni..Sepatutnya mereka berenam tapi seorang demam pulak.. 
Saya bagi jer mereka keluar bersama sebab tahun depan tak tahu masing2 dapat bersekolah dimana..

Pukul 9.00am baru cikgunya sampai.. jadi mereka bercadang utk menaiki basikal ajer meneroka didalam tu.. seronok kata najeeha.. dah lama tak naik basikal tapi yg tak larat bila jalan tu mendaki bukit.. hihihi..

Jom berhenti kejap kita main buaian dulu hihihi dan panjat tunggul pokok :D


Kuda ku lari gagah berani..Ayuh lariiiiii..
Tak ada mana nye  kuda tu nak berlari.. jom pusing2 udah lerrr..
dapat juga menunggang kuda disini hihihi..

Lepas tu mereka masuk rumah empat musim tu.. sekarang musim autum mama.. dah ada dah daun pokok tu berwarna warni.. kalau nak semua warna warni kekuningan emas atau perang ..mungkin november nanti kot.. Nak juga mama pergi anak oiii.. nak ke Pulau Nami Korea tu jauh pulak macam Lieya Latif tu hihihi

Suka pula saya tengok gambar mereka berlima ini.. cantik berlatar belakang musim luruh tu .. :)


Last sekali mereka naik rumah atas pokok katanya.. eloklah tu memanjat.. dulu masa mama kecik2 buat juga rumah atas pokok rambai.. uikss kemain tinggi rumah mama tau hihihi..

Mereka habis melenjan tu dekat pukul 1.30pm juga.. rupanya banyak juga makanan yg cikgu dia bawa.. siap bawa ayam goreng berempah dengan nasi kukus..
Saya masa tu balik kuang ada kenduri kahwin .. jadi saya suruh dia tinggal sekejap dirumah kawannya.. saya ambil najeeha pukul 3.00pm dan terus balik rumah.. gambar-gambar di saya ambil dari grup wasap tahun 6 .. ada khas grup mereka.. cikgu2 mereka yg post kan.. jadi adalah kenangan buat mereka..

14 ulasan:

  1. Seronoknya Najeeha, siap naik rumah atas pokok ye... betul tu kak, lepas ni belum tau depa semua 1 sekolah kan.. so, habiskan masa bersama mcm ni pasti jadi kenangan..

    BalasPadam
  2. dh lps upsr legaaa dh cuma tgu result je la nanti

    BalasPadam
  3. kemain hepi semua dpt jalan keluar....akak tau kak, bukit cerakah ni antara destinasi yg wajib dan pilihan kalo ade lawatan sekolah...mase lieya sekolah2 dulu pun sempat ke sini utk lawatan sekolah....jakun bile masuk rumah 4 musim tu laa...doa2 laa pergi tu musim salji...dpt rase sejuk...hahahahahaha....

    pasni masing2 dah berpisah...mane yg masuk asrama...mane yg gi sekolah menengah jauh2....facebook/ig/wasap jek laa penyambung silaturahim..so lawatan2 gini mmg akan meninggalkan kenangan manis utk mereka...aishh rindu plak zaman sekolah dulu kak....

    BalasPadam
  4. Cikgu pun dah macam kakak masing-masing
    Nampak cikgu sekarang dgn anak murid dah macam kawan aje.

    BalasPadam
  5. SUKANYA NAJEEHA N KWN2NYA BEREKREASI DI BKT CERAKAH BANYK AKTVTI MENARIK YG MENYERONOKAN MRK LAKUKAN

    BalasPadam
  6. amboi puas melenjan ya. Mentang2 dah merdeka!
    dalam byk2 anak murid cikgu tu, sorang jer ke kumbangnya, kak?

    BalasPadam
  7. Seronok budak2 ,dah lepas pekse minda pun lapang ,jalan2 pun dapat bertambah ceria.Yalah satu hari nanti mereka akan rindu kenangan ini.

    BalasPadam
  8. Seronok budak2 ,dah lepas pekse minda pun lapang ,jalan2 pun dapat bertambah ceria.Yalah satu hari nanti mereka akan rindu kenangan ini.

    BalasPadam
  9. Assalam yati apa khabar..teringat acik kenangan kami kena metintis jalan masa mula2 bukit ceraka nak dibuka..kena bermalam masing2 ketakutan dlm hutan.

    BalasPadam
  10. Assalam yati apa khabar..teringat acik kenangan kami kena metintis jalan masa mula2 bukit ceraka nak dibuka..kena bermalam masing2 ketakutan dlm hutan.

    BalasPadam
  11. seronok semua orang! muka ade sinyummmm..hehehe..

    BalasPadam
  12. seronok jalan2 kat sini. dah lama MaDiHaA tak pegi. belum pernah lagi masuk rumah 4 musim dimusim lain selain musim salji... cantik juga pemandangan autum kan... teringin pulak rasanya nak pegi...

    BalasPadam
  13. Budak budak berenam ni mesti geng baikkan Ti....Seronoklah diaorang cikgu bawak jenjalan. Jalan jalan gini pergi dengan kengkawan baru best. Seronok. Lama tak ke Bukit Cerakah....
    Mesti dah lain sangat agaknya

    BalasPadam
  14. Wah, enjoy sakan Najeeha selepas habis exam! Mesti rasa bebas sangat, kepala pun ringan. Selesai dah exam besar yang pertama yerk. Aunty dulu pun macam tu juga feelingnya ^_^

    Seronok bila dapat keluar dengan kawan-kawan ni. Saya dulu nak keluar dengan BFF pun kena guna 'jalan belakang' kalau tidak, memang tak lepaslah bapak saya tak benarkan. So, sekarang saya akan buat perkara yang sama kat anak-anak lelaki saya. Hahaha!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)