Assalamualaikum kekawan..
Salam Jumaat yg barokah , semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya :)
Menarik post adik saya di wall FB nya.. jadi saya kongsikan disini..
Itulah sunatullah yg perlu setiap makhluk ciptaan Nya perlu berusaha untuk mencari rezeki seawal pagi..
Tengok bila kita keluar pagi untuk pergi kerja mencari rezeki.. burung-burung pun sama berterbangan mencari rezeki.. dengan kicauan merdunya.. bergembira... walaupun belum tahu apa rezekinya sehingga petang hari nanti..
Teringat pula adik saya , cakap arwah mak " Zah, Rezeki ko dah dipatuk dek burung"..
Adik saya # masa tu tak faham lagi.. sambil menggaru kepala :)
Selepas tu saya komen.. "tu lah lambat lagi keluar rumah.. siapa yg dulu dia yg dapat"
Adik saya tu sebelum pergi kerja dia akan singgah dulu di rumah arwah mak untuk menyembang dahulu dan melihat mak.. adik saya ni kerja sendiri.. buka syarikat printing.. arwah mak selalu melahirkan kerisauan .. kesian uda tu.. kerja sendiri.. kena usaha lebih..
"Tak apa mak.. kata saya, Nabi s.a.w bersabda 9/10 rezeki adalah orang yang berniaga.. InsyaAllah.. Allah jua yg Maha Pemberi Rezeki.." Kata saya
sumber : Google |
Teks penuh post adik saya seperti di bawah..
Allah SWT memberi rezeki kepada burung,
tetapi Dia tidak melemparkannya ke dalam
sarang burung.
...
Dia menetapkan bahawa burung itu mesti
berusaha mencari rezekinya. Sebab itulah
setiap burung terbang keluar pada waktu
pagi untuk berikhtiar mencari rezekinya
dan pulang pada waktu petang dalam
keadaan perut kenyang. Inilah Sunnatullah.
...
Kita sebagai manusia juga tidak akan terlepas
dari sunnatullah ini. Jika kita ingin memperoleh
rezeki yang banyak, kita harus gigih berusaha.
Kita mesti bergerak aktif menjemput rezeki kita.
...
Teringat dekat arwah emak..
"Zah rezeki ko dah dipatuk dek burung"..
Masa tu tak faham lagi.. sambil garu2 pale..
:) :)😊😊
Mak SA pun pernah ckp macam tu..now dah tau maksudnya
BalasPadamOrg tua-tua bercakap biasanya ada maksud disebaliknya. Kita dulu tak banyak tanya sekadar angguk aje Yati. Tapi kalau anak kita mesti dia akan tanya maksud disebalik yg kita cakap.
BalasPadamBenarlah rezeki ada di mana-mana tapi kita kenalah gali/cari dgn kudrat yg Allah dah bagi ini.
cakap org tua2 selalu berkias tp dalam maksudnya...
BalasPadamsbb tu org tua suruh kita kuar awal pg nk cari rezeki, bkn time matahari dh tinggi
Hihi baca habis baru faham...kite ni x reti sgt lapik lapik...ekeke
BalasPadamdalam maksudnya... yang ada keja tetap pun belum tentu kadang2 rezekinya..
BalasPadamTak pernah tahu tapi nasihat yang sangat bagus.
BalasPadamooo macam tu..rezeki di patuk burung...hihi
BalasPadamperkongsian yang bagus kak
Alhamdulillah..nice sharing...thanks kak :)
BalasPadamSangat menusuk kalbu nasihat ni... TQ TQ
BalasPadamKalau lambat bangun pun, perbandingan dengan burung digunakan.
BalasPadamItulah yang biasa emak bebelkan waktu kecik2 dulu.
Ok. Dah baca.
BalasPadamFrom:
http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com
X pe kak yari kerja apa pun semua itu rezeki dtg nya dari allah paling penting sentiasa bersyukur Allah akan tambah rezeki tu
BalasPadamTak ada rezeki yang datang bergolek ye Tie, semuanya kena berusaha mencari. Mak ni menumpang rezeki Pak Jilapahlah nampaknya haha...
BalasPadamsemoga murah rezeki adik akak dan akak sekeluarga..amin
BalasPadam