JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 27 Mac 2014

KAILAN HONGKONG IKAN MASIN.... emm enaknya :)

Assalamualaikum kekawan... :)

Dinner malam tadi kami ni... Kailan Hong Kong Ikan masin... jauh datang kailan ni kan kekawan ehe :)
Mahal pulak tu sekilo RM15, saya beli dua  ikat tu.. tak sampai sekilo RM7, patutlah mahal sebab tak pahit macam kailan biasa tu.. lembut dan manis daunnya..
Memenuhi permintaan kakak Nabilah suruh masak dengan ikan masin.. tak menyabar nak makan malam tu.. asyik kedapur je menanya... dah masak ke mama.. malam tu pulak regu dengan goreng kerapu masak tiga rasa... lagi suka dorang tu..

Jom intai resepi yg mudah ni :)

KAILAN HONGKONG GORENG IKAN MASIN

Bahannya :-
  • 1 ikat kailan hong kong - disiang bersih, cuci dan toskan
  • 2 potong ikan masin tinggiri
  • 1 biji bawang merah besar dihiris
  • 2 labu bawang putih dihiris
  • 2 sudu besar sos tiram
  • sedikit garam
  • 1/2 cawan air
Caranya :-
  1. Goreng ikan masin, kemudian asingkan dengan tulang, hancur-hancurkan.
  2. Kemudian tumis bahan hiris dan letak air serta sos tiram, selepas tu baru dimasukan sayur kailan.
  3. Kacau sebati masukan pula ikan masin yg dihancurkan tadi, rasakan masin nya, jika okey tak perlu tambah garam, jika kurang bolehlah ditambah garamnya.
  4. Siap dihidang bersama nasi putih panas ...

12 ulasan:

  1. saya pun pantang jumpa kailan...selain sedap dimasak mcm ni...kailan jugak sedap jika dimasukkan kedalam nasi goreng/mi/bihun goreng...lbh sedap berbanding sawi,kan..

    BalasPadam
  2. kailan hongkong?..hrrmm kalo nama pasar untuk sayur tu apa agaknya ya?tak penah SB dengar..

    BalasPadam
  3. Aku suka gak kailan ikan masin T..mkn panas2 sedap..dah sejuk tak lalu tekak aku nak telan kailan ni...

    BalasPadam
  4. Hidangan kegememaran suami saya ni. Tapi bila dah ada anak dua nj, banyak celur je kailan ni. Tuang sos tiram dan bawang goreng je. Tapi kailan juga kan.. Diorang ni kalau masak sayur kailan ikan masin, kailan soso tiram je memang licin nasi.

    BalasPadam
  5. macam selalu nampak kat pasar..tapi tak pernah beli hehe

    BalasPadam
  6. saya sekeluarga pun suka mkn sayur ni..mmg sedapkan.. :)

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  8. assalam yatie..bagus anak2 yatie suka makan sayur

    BalasPadam
  9. Salam kak.... Saya dah follow balik :)

    Blog kecik akak kata??? Kalau banding dengan akak punya, blog saya laaaagi kecik... Hehe

    BalasPadam
  10. Click inti dan digi kat sini..niesa xmkn sayur..hikhik

    BalasPadam
  11. Lama tak makan kailan ikan masin.. .
    Teringin pulak dah!!

    BalasPadam
  12. sedapnya...baru lepas makan ...tp kt kedai la.. :)

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)