Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 14 Mac 2014

SAYUR KUCAI BAWANG (LOKIO) GORENG UDANG ;)

Assalamualaikum....kekawan... Salam petang pula :)



Saya panggil sayur ni kucai bawang... nama sebenar lokio... hari tu jejalan kat pasar tani shah alam ternampaklah sayur ni ... susah nak jumpa sayur ni, jadi bila dah jumpa terus ambil satu cekak dalam 500grm ada kot sebab anak-anak pun suka... saya suka goreng bercili dengan udang... manis sangat ... kekawan pernah ke makan sayur ni... selalunya kekawan buat masak apa ye...



Ini lah rupa sayur lokio ni (google) 

Resepi saya untuk sayur ni memang senang jer kekawan ... Jom kita intai...

RESEPI SAYUR KUCAI GORENG UDANG












Bahannya :-

  • 1 cekak kucai bawang @ lokio, bersihkan, asingkan bebawang dan daunnya, siang berasingan
  • 1 labu bawang besar, dihiris
  • 2 ulas bawang putih, dihiris
  • 6 biji cili api*
  • 3 biji cili merah*(*dikisar)
  • 300 grm udang
  • sedikit air
  • garam
Caranya :-
  1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng udang sebentar kemudian angkat, ketepikan.
  2. Tumis pula hirisan bawang kemudian masukan cili kisar, tumis sampai wangi.
  3. Kemudian masukan dulu bawangnya yg putih tu dulu bersama sedikit air , bila bawang tu dah lembut baru masukan sayur hijaunya itu, masukan garam kemudian rasa kemasinannya. 
  4. Jika dah masak boleh lah dihidang bersama nasi putih..

17 ulasan:

  1. sayur ni mmg sedap,kan..mnais2 gitu..biasanya masak mcm ni jugak la...grg bersama udang..

    BalasPadam
  2. eh, macam pokok bawang, saya tau kucai jer yg buat cucur bawang tu, yg ni tak penah jumpa sayur ni :(

    BalasPadam
  3. Tak pernah beli CH zaman OKje dah tua tua ni hehe.... Selalunya beli kucai yg biasa jer tu nak buh dalam mee

    BalasPadam
  4. SB tahu namanya kucai..lokio tak penah dengar..sedapp wooo!!..lagi goreng tambah telur..

    BalasPadam
  5. 1st time dgr lokio ni. yg saya tahu pun daun bawang & kucai je…menarik gak ni

    BalasPadam
  6. eh tak pernah dengar le nama sayur ni. tak pernah makan rasanya... lokio???

    kat tesco ada jual tak? ko beli kat pasar ke?

    BalasPadam
  7. Bukan Kucai biasa tu kan T..cam tak pernah aku nmpak pun T..abis isi dia tu rasa cam bwg ker....Apa punya soalan aku tanya ni T..hehehe...

    BalasPadam
  8. dulu kat kampung ade tanam sayur ni....nak masak cabut jer. fresh from kebun! sekarang tak pernah nampak lak.... terliur la pulak dah!!!!

    BalasPadam
  9. kucai @ lokio ni x sama dengan kucai biasa ke??? klu kucai biasa...mak mmg selalu tanam...buat cucur kucai...tak pun goreng macam ni... biasanya tambah tauhu dan taugeh

    BalasPadam
  10. Salam Yatie..tak pernah mkn sayur ni..klu jumpa nanti dah beli lar & try resepi yatie ni :D

    BalasPadam
  11. dah 1/2 abad akak tak pernah buat sayur macam ni Yatie, nanti kalau terjumpa boleh gak buat ni

    BalasPadam
  12. Salam kak yatie..eh bila tgk gambar ni, baru saya tahu, oh rupanya ada beberapa jenis juga kucai ni..ingatkan yang selalu buat cucur tu jeee.

    Dan akak, utk acuan silicone tu, akak boleh email saya kat syurie@yahoo.com.

    Thanks

    BalasPadam
  13. Tak pernah jumpa lagi sayur lokio ni...selalu nya goreng dgn daun bwg biasa tu

    BalasPadam
  14. Mmg sedap kan.. suka gak ni...

    BalasPadam
  15. kat kampung aku (kedah) namanya jambak

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)