Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 21 Mei 2014

DAY 3 # Part 1 :: MEDAN ~ Istana Maimun..

Assalamualaikum kekawan... Alhamdulillah semoga sihat dan ceria selalu hendaknya :)

Hari ini saya nak sambung cerita di Medan untuk hari ke tiga.. pepagi lagi lepas sarapan kami dah check out sebab pukul 3pm perlu ada di Airport Kuala Namu Medan.. Jadi tempat pertama yg kami tuju ialah Istana Maimun.. Jom tengok gambar sambil cerita ye..

Istana Maimun ini sempena nama isteri sultan Deli Mahmded El Rasjid Perkasa Alam Sja.. seolah-olah seperti nama Masjid Taj Mahal sempena nama isteri Raj Khan tu kan..


Ia dibina pada 26 Ogos 1888.. dah 126 tahun usianya.. kata penjaga istana ini semasa berlaku gempa bumi di Medan , dia yg berada didalam istana ini tidak merasai pun gegaran dan istana ini tetap utuh ..

Ini kira balai rong  dalam istana tu..


Kerusinya yg pertama yg masih lagi elok kan..

Ini lah sultan Deli (X)  Mahmded El Rasjid Perkasa Alam Sja memerintah dari 1873-1924

Rupanya mereka banyak bersaudara dengan Sultan Selangor dan Raja Perak, tu bila tengok sultan deli yg ke XI ni ada mirip Sultan Hishamudin Selangor

Dan permaisurinya ini tak salah dengar dari penjaga istana itu adalah adik beradik dengan Tengku Ampuan Rahimah ..

Blur pulak gambarnya .. Sultan Deli ini meninggal sewaktu berperang di Aceh.. dia seorang tentera..


Sekarang di ganti dengan anaknya yg berumur 15 tahun, tetapi sekarang menetap di Sulawesi di bawah penjagaan bondanya..
Sayangnya sultan tidak lagi diiktiraf di Indonesia, jadi mereka seperti orang kebanyakan jer..



Jadi bila dah tiada kuasa memerintah sultan.. mereka perlu berdikari mencari keperluan hidup.. setelah habis penerangan mereka tentang ketururnan Sultan Deli ni, kita boleh membuat sumbangan kepada mereka.. Maka banyak diantara kami menjadi sultan sementara disini.. boleh bergambar dengan baju sultan ni.. murah jer sewa baju dan gambar Rp 20ribu lebih kurang RM6 duit kita.. Boleh lah utk mendermakan.. saya tak pakai pula pakaian tu .. malu pulak hehehe..

19 ulasan:

  1. as salam singgah sini pagi ni ke Medan kita

    BalasPadam
  2. hari tu g Medan x masuk pun Istana ni sbb kt jenis takut =(
    hihihi lg pun bwak baby so mmg x masuk pun istana ni....

    BalasPadam
  3. Medan belum akak jejak lagi..termasuk dlm wishlist juga nie..

    BalasPadam
  4. wah kak..banyak la sultan pelsu muncul! sewa baju je..hahaaa

    BalasPadam
  5. cantik betul istana tu...masih utuh wp 126 tahun..tp sultan tidak lagi diikhtiraf..emm..semoga malaysia tetap mempertahankan kedaulatan melayu dan islam..

    BalasPadam
  6. Salam kak..
    wah! boleh bergambar dengan baju2 sultan tu..seronok jugak tu.. masih cantik Istana ni...

    BalasPadam
  7. wahhh menarik.. siap bole posing like sultan lak ;)

    BalasPadam
  8. banyak sejarah yang tersimpan..

    BalasPadam
  9. Yati ni nak malu kenapa? Sayang kalau tak boleh jadi macam permaisuri:)
    Jelas sangat yg hubungan kita dgn mereka erat. Itu salasilah kesultanan mereka yg bersaudara dgn negara kita apa lagi rakyatnya yg berjuta itu kan..

    BalasPadam
  10. Aduhaii pe hal pulak malu T....Merasa jd permaisuri T...hehehe..ko mmg kan dari dulu cam tu..sikit2 malu..kalau aku bukan baju permaisuri tu aku pakai..aku pakai baju SUltan tu..Terasa Macam Sultan Mahmud pulak....hehehe..

    "Ala tajajak kaki ka sinan..ndak mau mancubo jd paduko dirajo".. kan dan bakecek minang awak hah....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha indak pulo waea sauerang cando paduko dirajo Nee.. indak dibawo samo sultan dirajo, tingga Di Malaysia.. ;)

      Padam
  11. kenapalah sultan tidak di iktiraf disana yer~
    maknanye semua tinggal sejarah jer lah kan~

    BalasPadam
  12. waa....murahnya harga...patut akak cuba..nak jugak tengok...

    BalasPadam
  13. saya pernah tiba sini tahun 2010, yati, tapi taklah buat entry sedetail begini. nampaknya ada beberapa fakta yg saya pun baru tahu bila baca entry ni. nampak sangat tengok cuma nak bergambar, hihi

    BalasPadam
  14. wah ramainya sultan2 muncul...he3x....mcm best je kat sini kak.

    BalasPadam
  15. Mana boleh cenggitu ...kedian Sultan Deli tak de permaisuri hehe...

    BalasPadam
  16. Wah, untung tu boleh berangan jadi raja/permaisuri. 5 minit pun jadilah buat ambil gambar.

    BalasPadam
  17. nampak besar n cantik istana tu...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)