Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 22 Mei 2014

Peringatan :: TUNJUK, HENTI & SAMUN.. berhati-hati ye kekawan.. ::

Assalamualaikum kekawan..
Alhamdulillah.. moga sihat dan ceria :)

"Pencuri tidak pernah cuai tetapi mangsa yg selalu cuai"

Hari ni share dari FB yg saya baca untuk diwar-warkan kepada sahabat semua.. lebih2 lagi kita yg wanita ni memandu.. cepat sangat panik bila berlaku sesuatu perkara... Sumber ni dari Polis Diraja Malaysia..





CRIME ALERT: Tunjuk, Henti & Samun

Baru-baru ini telah dikesan taktik penjenayah yang cuba melakukan rompakan terhadap pemandu kereta yang sedang memandu di jalan raya. 

Taktik yang diguna pakai penjenayah seperti berikut:

• Menunggang sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki dan menunjukkan tanda isyarat tangan ke arah tayar bahagian kiri atau kanan.

• Sekiranya pemandu tidak berhenti pada waktu itu, datang sebuah motosikal lain (kedua) dinaiki dua lelaki menunjukkan perkara yang sama bagi mewujudkan rasa khuatir dalam diri pemandu supaya memberhentikan kenderaan ke bahu jalan.

• Apabila pemandu memberhentikan kenderaan, suspek akan turun dari motosikal dan menuju ke bahagian kiri atau kanan tayar dan meminta pemandu melihat kerosakan yang dialami.

• Pada masa yang sama, motosikal yang dinaiki dua lelaki yang pertama turut memberhentikan motosikal mereka tidak jauh dari kenderaan mangsa.

• Apabila mangsa keluar dari kenderaan atau menurunkan cermin kereta. Suspek dari motosikal pertama akan bertindak melarikan kereta mangsa atau memaksa mangsa untuk keluar dari kenderaan sebelum melarikan kereta.

NASIHAT
1. Sekiranya anda berada dalam keadaan yang dinyatakan terus memandu ke balai polis berdekatan atau kawasan yang ramai orang atau berhenti di kawasan ‘safety point’ antaranya 7-Eleven, Pos Malaysia dan stesen minyak Petron. 

2. Tidak panik dan kenal pasti nombor kenderaan yang dinaiki suspek seperti (jenis motosikal, warna, nombor pendaftaran, bangsa, pakaian dan jantina).

3. Memastikan nombor telefon bilik gerakan mana-mana balai polis berdekatan.

4. Membunyikan hon kereta beberapa kali untuk menarik perhatian penggunakan jalan raya sekiranya berada dalam situasi kecemasan.

5. Jangan menggadai nyawa sekiranya berlaku pergelutan dengan suspek untuk mempertahankan harta benda.

18 ulasan:

  1. Salam Kak..
    makasih berkongsi info ni..mmg kena berhati2 sllu... macam2 teknik penyamun ni skrg... :)

    BalasPadam
  2. macam2 cara penjenayah sekarang ni..penyamun pon kreatif..emmm..
    jenayah semakin menjadi2...lupa halal haram..

    BalasPadam
  3. tq kongsi...mcm2lah penyamun ni..

    BalasPadam
  4. sekarang ni memang macam strategi penjenayah ni... kadang2 kita pn xleh jangka

    BalasPadam
  5. Allahh... takutnya kakak. Kakak pernah org tunjuk tayar pancit tapi dia dari dalam kereta dan memang betul tayar pancit. Tapi kakak tetap terfikir takut jadi kakak pandu pelan-pelan berhenti depan sekolah (ramai org) lepas tu baru tukar tayar. Takut Yati...

    BalasPadam
  6. terima kasih kak sebab kongsi. macam2 hal skang ni

    BalasPadam
  7. perompak ni sentiasa cari idea baru nak merompak. terimakasih sharing..

    BalasPadam
  8. mcm2 cara org nk dptkan duit dgn senangkan....

    BalasPadam
  9. ishhkkk.. memang menakutkan. mcm2 taktik lah skrg nih.
    moga kita lebih berhati2 lepas nih.. InsyaAllah~

    BalasPadam
  10. ya Allah..mcm2 je cara dorg nk buat jenayah ye kak..semoga kita lebih hati2 lepas ni..

    BalasPadam
  11. Macam-mamcam taktik mereka ni..terima kash kak Yati kongsi info ni

    BalasPadam
  12. Pencuri ni tak pernah lalai..Itu kerjaya mereka kan..tak mencuri tak makan..tak mencuri tak ada duit...kita yg kene lebih gandakan hati-hati kita...

    BalasPadam
  13. Dah banyak kali mendengar perkara ni. Ada beberapa orang kawan yang pernah kena. Saya memang selalu cuba alert ketika memandu. Kadang-kadang bila berhenti di lampu isyarat pun jadi risau bila tengok motor disebelah beserta penumpang. Tak pasal-pasal timbul syak wasangka!

    BalasPadam
  14. Memang kena alert yati. Bagi saya ni yang selalu ulangalik sp-ipoh-sp , kena sentiasa ambil langkah2 keselamatan. Tapi yang utama, pergantungan pada Allah kan..

    BalasPadam
  15. tu la..ada baca peringatan ni...memang bahaya...tambah2 perempuan yg drive sorang2 mcm noe ni..kena alert dengan sekeliling...

    BalasPadam
  16. hish menakutkan sungguh.....terima kasih share benda ni CH....mana mana aje ada jenayahkan sekarang ni....

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)