JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 8 Mei 2014

MASAK LEMAK PUTIH LABU PUCUK MANIS..... emmm dapnyaaaa :)

 Assalamualaikum kekawan.. semoga sihat dan ceria :)

Masak lemak putih labu pucuk manis ni masa hari ahad tempohari.. masa saya tengah memilih ubi kayu tu terpandang pulak labu yg cantik menguning tu.. saya telah dibelah 4, jadi saya ambil 1/4 bahagian tu, pastu tengok kat sayur kampung tu tengok pucuk manis mengamit utk diregukan bersama labu tu... cepat jer tangan saya mencapai pucuk manis tu.. okey juga lunch nanti masak lemak putih labu pucuk manis ni...

Semasa saya memasak buah labu ni.. Nabil terlihat.. "Mama, labu ni makanan kegemaran Nabi kita kan.. makanan sunnah kata ustazah" katanya.. saya tanya" Nabil suka buah labu ni?" "tentulah suka, itu hari mama buat kuih dengan labu ni kan" jawapnya.. tentu Nabil teringat koci labu yg saya buat itu hari.. dah lama tak buat kuih koci labu.. sudah teringin pulak ni.. hahaha ada saja saya ni kan..


MAKANAN KEGEMARAN NABI SAW & KHASIAT BUAH LABU KUNING


Kadang-kandang  Nabi SAW makan roti berkuah dengan daging dan buah labu. Beliau suka kepada buah labu dan mengatakan : "Bahawa labu itu pohon saudaraku Yunus AS".

Aishah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Hai Aishah apabila kau masak gulai,  maka perbanyakkan dalamnya buah labu kerana labu itu menguatkan hati yang duka".



KHASIAT BUAH LABU

1.Vitamin A.               Labu kuning merupakan salah satu bahan yang digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah vitamin A yang memungkinkan kita dijangkiti pelbagai jenis penyakit.

2. Kulit Halus Berseri.   Sekiranya anda mengidamkan kulit yang halus dan berseri, amalan memakan buah labu adalah jawapannya.

3. Antioksida.    Amalan memakan buah labu juga baik kerana ia bertindak sebagai antioksida yang memperlahankan proses penuaan serta memperbaiki sel-sel dalam badan yang telah rosak.

4. Rabun Malam.   Selain masalah kulit kusam dan tidak bermaya, buah labu juga elok bagi anda yang mempunyai masalah rabun terutama rabun malam. Bagi yang mempunyai masalah ketidakseimbangan gula dalam darah juga digalakkan agar memakan labu sekerap yang boleh.

5. Masalah Paru-Paru.   Buah labu baik untuk dimakan sekiranya anda mengalami masalah pembengkakan sendi dan masalah paru-paru. Mudah sahaja, ambil bijinya dan dikisar kemudian dicampur dengan jus lobak merah sebelum diminum.   Rasa kelat biji labu tidak akan terasa malah lebih enak dan memudahkan anda untuk meminumnya.

Wallahu'alam.
Jom intai resepi yg mudah ini kekawan..

RESEPI MASAK LEMAK PUTIH LABU PUCUK MANIS












Bahannya :-

  • 1/4 buah labu (dipotong 4 segi kecil)
  • 1 ikat pucuk manis (bersihkan dan celur sekejap hilangkan pahit)
  • 1 biji bawang merah (dihiris)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • Segengam ikan bilis
  • 1 mangkuk santan (ambil santan yg kedua)
  • Garam secukup rasa
Caranya :-
  1. Masukan labu, bawang hiris, ikan bilis dan santan serta sedikit garam. Masak hingga labu empuk. Kacau selalu supaya tidak pecah santannya.
  2. Kemudian baru masukkan daun pucuk manis yg telah kita celur tadi bersama dengan cili merah yg dihiris. Kacau sebentar dan rasa garamnya.
  3. Setelah semuanya secukup rasa tutup api dan siap untuk dihidang.

29 ulasan:

  1. sedapnye kak gulai lemak labu nie..makan ngan ikan masin nasi panas2..sedapppp..

    falsya suke bile labu nie wat cekodok..sedappp..hehe

    BalasPadam
  2. salam kak...wahh sedap masak lemak putih Labu ni..cantik plak kak potong2 labu tu mcm tu...hihi..klu sy mmg kerat2 segiempat je...hehe..
    Pandai Nabil...:)

    BalasPadam
  3. sedap lauk ni. tapi saya tak makan labu. kalau mak masak, makan kuah je. sedap rasa manis2 labu

    BalasPadam
  4. sedapnya..dh lama x masak cmni...kalau kt kg chek selalu msk..if x de pucuk manis..msk dgn pucuk labu pun sedap ...baru tahu byk khasiat...before x berani nk mkn sgt takut angin..

    BalasPadam
  5. sedap tu kak...makan dengan sambal belacan yg pedas kaw-kaw...saya pun suka labu..buat pengat labu pun sedap..labu tumis pun sedap...

    BalasPadam
  6. sedapnya sayur lemak labu....ada sambal lagi lah mengancam....
    baru tau banyak juga khasiat labu ...yang akak tau biji labu ni boleh merangsang otak..

    BalasPadam
  7. T kemain berseni-seni ko memotong labu tu yer...beza sgt dgn aku yg carca marba ni...janji ado kannn...sedap ker T..aku tak penah masak Labu pun T..tp kalau beli kuih koci labu tu laju jer aku mkn...

    BalasPadam
  8. Senang jer Nee potong dgn cutter tu.. tekan2 dah terpotong macam tu.. pada tekak aku laki bini sedap jer lemak putih pucuk labu tu.. ehe ;)
    Manis labu tu terasa lemaknya.. kuih koci labu lagi sodappp ;)

    BalasPadam
  9. ya Allah sedapnye...dugaan betul ni hehehehe... biase laa puase2 ni semua pun tgk teliur gile2...

    tapi lieya mmg suke masak lemak labu nie....mkn lak ngan ikan goreng2 pastu ade sambal belacan...phewwww mmg dah kene ragu tu....

    btw, cantik pic sis...

    BalasPadam
  10. sedapnyeeee!!
    lawan dengan nasi panas dan ikan gorenggg!
    memang makan bertambah2.
    sedapnyeeee

    BalasPadam
  11. cantiknya presentation labu tu..:)

    selain sedap dimakan, kita dah amalkan salah satu sunnah Baginda SAW juga...jom makan labu selalu :)

    BalasPadam
  12. Makanan sunnah dan sedap pulak tu. Ini kalau makan kena ada ikan goreng dan sambal belacan dan ulam memang terangkatlah Yati..

    BalasPadam
  13. Kalau sayalah potong labu tu untuk dimakan seisi keluarga, memang saya hempuk saja, takdalah secantik ni :) Saya pucuk manis tak makan tapi part labu masak lemak putih ni memang terliur.

    BalasPadam
  14. sedapnya...tapi ramai yg kata makan buah labu ni...nanti angin...
    lepat labu pun sedap...

    BalasPadam
  15. sedapnya....! saya tak pernah masak labu. tp bila tgk akak masak ni rasa teringin plak :)

    BalasPadam
  16. saya suka labu masak lemak..pastu makan dengan sambal tumis dan nasi..umpppp..
    vitamin A..yesss teringat doktor cakap semalam..anak saya kurang vitamin A..huhu

    BalasPadam
  17. Sedapnyer!!! tun suka makan labu masak lemak.. tp husben tun xminat.. huhu

    BalasPadam
  18. OKje suka makan labu ni CH tapi jarang sangat beli labu budak budak tak makan rasanya, apatah lagi buat sayur, kalau pengat tu bolehlah jugak

    BalasPadam
  19. peminat labu datang mengomen.hehe

    sy mmg suka makanan berasaskan labu,cuma syur lemak labu je tak berapa sgt..mmg sy tak suka lauk bersantan agaknya...

    BalasPadam
  20. cantiknya potongan labunya. tq for the info, pasni makin kerap la cari labu juga

    BalasPadam
  21. Makanan sunnah ye Yati, thanks for info. sedap nampak yati masak, keluarga sayang ni :)

    BalasPadam
  22. ok.. semalam ade beli setengah.. t bole cuba resipi.. mintak share ye .. :)

    BalasPadam
  23. Anim memang tak berapa makan labu, tapi bila tengok dish akak ni telio pulak hehe :D

    BalasPadam
  24. salam yati, sedap nya nampak labu tu lama dah tak makan nanti nak beli labu lah nak masak macam ni

    BalasPadam
  25. assalam yatie..acik kalau masak lemak labu acik letak daun kuniyit lepas tu goreng ikan dan buat sambal belacan

    BalasPadam
  26. cara potong labu pun bukan main berseni lagi…. lagi la menggoda bila tgk pic tu..

    BalasPadam
  27. makan dgn sambal belacan & ikan kering... wahhhhhhh sedapnyer....

    BalasPadam
  28. sedapnya.. ada pulak sambal belacan.. sure makan bertambah...

    salam kenal ya :)

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)