Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 1 Mei 2014

SAMBAL HITAM PAHANG.... emmmm dapnya :)

Assalamualaikum kekawan.. moga ceria dan sihat :)



Selamat menyambut hari pekerja bagi semua blogger yg bekerja... yg surirumah tu kira bekerja jugak kan.. kalau tak buat kerja rumah tu mau rumah berselerak... ada yg kelaparan.. bila tak masak kan.. ada baju berlonggok bila tak basuhkan... kalau nak list ni memang banyak kerja surirumah ni kan kekawan Puang Yang Hebak Ni ..

Sebenarnya nak cerita sambal hitam pahang yg teramat sedap ni... saya dapat sambal hitam pahang dari kak lang saya... Kak Sah sebelah rumah kak lang yg buat... kak Sah ni orang Pahang tu yg terer buat sambal hitam pahang ni... ini lah lauk terdesak saya yg sentiasa ada dalam peti ais.. bila nak makan perangatkan dalam microwave... sonang kojo makcik ni kan..
Kata kak sah senang jer nak buat sambal hitam ni ... Jom kita intai resepinya.. 

RESEPI SAMBAL HITAM PAHANG

Bahannya :-
  • 10 biji belimbing buloh (direbus)
  • 1/2 cawan cili padi
  • 2 cawan ikan bilis yg siap dibersihkan (dikupas)
  • 6 biji bawang merah ditumbuk
  • 5 sudu besar kicap
  • 1 cawan minyak masak
  • garam dan gula secukup rasa
Caranya:-
  1. Belimbing buluh,cuci belimbing hingga bersih, masukan kedalam periuk tanpa air dan reneh dengan menggunakan api yg kecil. 
  2. Biarkan sehingga belimbing kecut dan mengeluarkan jusnya sendiri, kacau selalu supaya tidak hangit, rebus sehingga warna belimbing bertukar menjadi coklat.
  3. Tumbuk cili padi sehingga halus, tumbuk bersama bawang merah sehingga lumat. Tumbuk juga belimbing buluh separuh lumat.
  4. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukan bahan-bahan tumbuk sekaligus  dan tumis lah sehingga bahan tersebut menjadi kering dan garing.
  5. Tambahkan kicap, garam dan gula secukup rasa. Biarkan sambal kering seperti serunding, bila dah elok masak, tutup apinya dan angkat toskan minyak. 
  6. Boleh disimpan dalam bekas kedap udara dan boleh simpan dalam petiais.


10 ulasan:

  1. Mula2 tadi ingatkan rendang tok, bila dekat nampak bilis, bila baca rupanya belimbing buloh! Sungguh menyelerakan! Minta sikit...? :D

    BalasPadam
  2. baru lah akak tau resepi sambal hitam ni ....terima kasih yatie share ...
    tapi kan akak musykil juga bunga tu yang terlebih hitam .....

    BalasPadam
  3. Assalam yatie..acik pernah rasa sambal hitam ni..memang sedap

    BalasPadam
  4. Nza pernah order secara on9 sbb tringin sgt nk mkn. Mmg sedap n membuka selera.

    BalasPadam
  5. aritu byk belimbing mmg berangan nak buat...
    last2 belum rezeki nak buat sendiri...
    sedapnya mkn dgn nasi panas

    BalasPadam
  6. Baru tahu sambal hitam ni ada letak belimbing buluh. Kalau tak mahu letak, masih dianggap sambal hitam ke tidak ni? Yang penting ikan bilis kan? Hehehe.

    BalasPadam
  7. ramai kata sedap sambal ni..banyak dah jual on9..tapi saya tak pernah rasa lagi

    BalasPadam
  8. pernah rasa dan memang sedap bila makan ngan nasi panas.
    cuma buat sendiri blom pernah lagi..

    Cara Atasi Masalah Sembelit Kanak- Kanak Tanpa Pil Pelembut Najis Dan Julap

    BalasPadam
  9. Tgh masak...ritu abg bli mmg sedap gile tp yg bli tu die blend...x tumbuk sbb die wat jual kn...jenuh nk tumbuk bnyk kn

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)