Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 27 Mei 2014

Peringatan :: BERHATI-HATI KEPADA PEMEGANG KAD KREDIT DAN DEBIT ::

Assalamualaikum kekawan.. moga sihat dan ceria :)






SILA BERRHATI-HATI KEPADA SEMUA!!
Awas kepada pemegang kad DEBIT atau kad KREDIT!!
untuk kawan2 fb, just nk share pe yang berlaku pada kawan saya hari ni.

lebih kurang jam 11.30 pagi hari ni, sy dapat kol daripada private number dan antara dialog yang berlaku dengan seorang wanita india yang sgt berbudi bahasa:

Wi: selamat pagi boleh bercakap dgn en. zufri?Mz: ye sy bercakap, ada pe ye?
Wi: saya.....daripada pihak bank ingin membuat pengesahan berkenaan kad bank en.Mz: awk ni dari mana?
Wi: saya daripada pusat panggilan malaysia, ingin membuat pengesahan mengenai kad maybank en.Mz: Oh ok...( sbb penah dapat kol dari maybank sebelum ni ckp perkara yg sme, jadi sy percya kan dia)
Wi: ok en, sy cuma nak buat pengesahan mengenai kad bank yang en gunakan skrang.
boleh saya tau alamt penuh en?
Mz: alamat sya....
Wi: boleh dapatkan no ic..

Mz:90xxxxxxxx
Wi: ok..en masih lagi menggunakan kad ini ye?Mz: ye sy...
Wi: dah brapa lama ia digunakan?Mz: hampir 2 tahun...
Wi: ok sy ingin membuat pengesahan, kad debit en bermula dengan 4283 3210Mz: ye btol...
Wi: boleh en lengkapkan no 8 terakhirMz:16xx xxxx
Wi: terima kasih atas kerjasama diberikan...skrang, en ada tanda tangan dibelakang kad debit en ke?Mz: ye ad...
Wi: disebelah tanda tangan ada no. ahli...boleh bacakan sya no ahli kad en?Mz: xxx...
Wi: ok..skrang sy ingin memberitahu en zufri kad en gunakan adalah mengikut laporan kami. Kami daripada pihak kerajaan ada menyediakan kad i-klnik dimana semua rakyat malaysia berhak mendaptkan kad ini. dia boleh digunakan ketika en..mintak maaf, andai kata kemalangan atau ditimpa musibah, dia akan memberi en potongan 30-70% di klinik2 terlibat.
En juga boleh membawa ibu dan ayah ke klinik dengan percuma dn en juga boleh diberikan diskau pelancongan dengan kad ini. Saya akan menghantar kad ke alamt yg en berikan. jad ini berharagaRM299.00. Saya telah pon membuat penolakan dari kad maybnk en.
Mz: eh.a..awk ckp tdi nk buat pengesahan kad saya, npe plak tibe2 awk nk amek duit sy? ada sy ckp sy nk bli kad awk ni..jgn nk memandai lah.
Wi: en telah berikan sy butiran en dan bermakna en stuju..Mz: awk jgn ingat sy nk sgt dgn kad tu.
Wi: ok xpe..kalau en xnak, sy xkn hantar kad tu..tpi duit cek telah ditolak..bila2 masa en nak kad tu, boleh hubungi kami dan kmi akan hantrkan...en kerja mana?
Mz: sy kerja tnb..sy xperlukan kad awk..sy dapat semua kemudahan perubatan..mak bapak sy pon dapat kemudahan jgk...npe perlu sy nk gunakan kad awk..sy xnk, tolong batalkan...
Wi: (dah mula bengang) skrang ni, sy dah tolak, en xboleh wat pe2 lagi..nk xnk sy dan tolak duit en.Mz: awk kerja mana ni..awk keja dengan spe?
Wi: sy kerja di rawang dan ini adalh dari goverment...ok en, ada pe2 lagi, kalau xde pe2 terima kasih kerna berikan kerjasama...( trus letak phone)
darah dah xtenteram, bukak trus maybank2u...
nasib baik, duit masih ada...apa lagi, cepat2 kol maybnk wat pengesahan...

pegawai bank maklum, ia adalh sendikit yang cuba nk dapatkan butir peribadi kad bank. no 8 digit pertama disebutkan adalah no sama untuk pemegang kad, no 8 dijit terakhir dia akan mintak kepada kita. untuk no ahli kad sebelah tanda tangan tu adalh no. yng penting untuk pengesahan kad. en xperlu risau...dia xberjaya mengambil duit dari akaun en...sy telah batalkan kad dan en perlu membuat kad lain bagi memastikan keselamatn dari pihak kami.......Kan dah jadi masalah besar.........!!!!
Sila share kepada rakan-rakan anda.

Sumber dari FB

21 ulasan:

  1. bahaya sgt sekrng ni macam2 cara nak cari duit mudah

    BalasPadam
  2. DAh byk sgt kejadian seperti ni dikongsikan..hari tu T..aku bukak E-mail Yahoo...RHB bank e-mailkan suruh buat pengesah no acc..aku mana ada acc dgn RHB..nmpak sgt nipunya...kene lebih berhati-hati..jgn layan apa2 through phone...kalau ada mcm ni ckp jer..saya akan pergi BANK tu yg berdekatan tuk pengesahan..abis citer...

    BalasPadam
  3. Macam-macam kes dah sekarang yg melibatkan kes DC atau CC. Takut juga sebab kadang kita dah tak dpt nak bezakan yg mana betul atau menipu..

    BalasPadam
  4. Macam² cara org nak menipu. Kena lebih berhati² dan jangan mudah terpedaya.

    BalasPadam
  5. betul tu, jangan berkongsi apa apa perihal berkaitan kad bank. ini salah satu tipu daya.

    BalasPadam
  6. takut kan...mmg berjaga2 sekarang ni

    BalasPadam
  7. pernah terbaca cerita ni dekat fb
    zaman sekarang macam-macam cara orang nak menipu kan

    BalasPadam
  8. Macam-macam cara orang nak menipu ya! Anak saudara saya pun baru kena. Bila baca entri ni, baru saya teringat. Lupa pulak nak share dengan kawan-kawan. Thanks kerana mengingatkan. Sekarang ni kalau setakat telefon aje, memang tak boleh dipercayai 100%.

    BalasPadam
  9. Macam macam muslihat sungguh diaorang nikan CH... hish geram nengoknya ....nasib tak pernah kena!

    BalasPadam
  10. lg canggih teknologi lagi mudah nak scam gitu..
    tu yg kita suka konventional kadg2

    BalasPadam
  11. erm..mcm2 cara skrg ni org nak menipu... sllu jugak sy kena call ni kak.. tapi bila tgk no pelik2 tu mmg sy tak angkat.. sebab dah sllu sgt kena... geram gak...

    BalasPadam
  12. Pnh baca kat paper, pengakuan org yg kerja call dan tipu mcm ni. Dia kata masa mohon kerja tak tau pun kena menipu org. Tapi kerja tak lama, sbb rasa bersalah tipu sana sini.

    BalasPadam
  13. Acik dapat call..minta pengesahan..terus letak..memang suara perempuan.lepas tu setiap hari no.tu naik.

    BalasPadam
  14. Saya tak pernah percaya panggilan yg datang dari 'bank'. Biasanya jika mereka minta butir2 akaun bank sama ada saya letak saja gagang telefon atau saya beri nombor akaun palsu. Bila mereka telefon balik marah2 saya akan ketawa mereka habis2...

    BalasPadam
  15. Saya suka cara JR tu..hihihih
    Saya pun tak pernah layan panggilan dari bank

    BalasPadam
  16. skrg ni mcm2 cara nk menipu..makin canggih mkin bijak mrk menipu....

    BalasPadam
  17. macam2 cara orang nak senang dapat duit sekarang ni...
    kita perlu lebih berhati2 dengan panggilan2 palsu macam ni...

    BalasPadam
  18. semakin canggih teknologi..semangkin mudah orang menipu..

    BalasPadam
  19. Nasib balik Mz cepat bertindak...bagus indfo ni sebagai pengajaran buat kita semua

    BalasPadam
  20. thanks for the info Kak yatie...macam2 cara sekarang ni orang nak menipu...senang2 je tolak...

    BalasPadam
  21. memang betul...saya pernah kena macam ni jugak..bank maybank tapi dalam bank saya takde duit dah...dia ckp dia akan automatik tolak tp takde duit dalam akaun saya..suka ati je nak tolak bagai..

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)