Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Sabtu, 31 Mei 2014

STIEW BROKOLI .... emmm Yummy :)

Assalamualaikum kekawan.. moga sihat dan ceria :)

Hari tu Kak Rose blogger My Kuali ada masak stiew brokoli.. tengok dah tergoda.. so petang tu masak brokoli untuk dinner.. tersangatlah mudah memasaknya kekawan.. anak2 pun suka brokoli ni.. Nabil panggil sayur pokok.. dia makan yg daun tu jer.. yg batang bagi mama dia makan ehe :) 
Bila masak weekdays ni suka cari resepi yg mudah jer kekawan.. cepat dimasak sedap dimakan .. tak gitew ehe :)

Saya mohon izin copy paste resepinya di sini ye Kak Rose.. 

RESEPI STIEW BROKOLI

Bahan-bahan:

500 gm broccoli
5 ulas bawang putih ~ dipotong dadu
3 sudu sos tiram
1 camca teh tepung jagung ~ bancuh dengan sedikit air
1/2 camca lada sulah
Air ais ~ untuk merendam broccoli
Garam


Cara penyediaan:
1. Celur broccoli selama 2-3 minit dalam air mendidih. Kemudian sejatkan dan rendamkan ke dalam air ais, 2-3 minit dan toskan.
3. Tumiskan bawang putih dan goreng sehingga garing dan angkat.
4. Masukkan sos tiram dan air bancuhan tepung jagung ke dalam kuali. Apabila kuah telah mendidih, masukkan broccoli dan kacau seketika. Letaklah lada sulah dan garam secukup rasa.
5. Angkat ke dalam mangkuk dan taburkan dengan bawang putih yang telah digoreng tadi. Sedia dihidang. 


7 ulasan:

  1. Salam kak..mmg nampak sedap stew brokoli ni.. tak pernah masak mcm ni..pasni boleh lah nk cuba. ..

    BalasPadam
  2. Hmm.. sedapnya stew.. :))

    BalasPadam
  3. Suka makan sayur camtu. Bagus kalau anak anak pandai makan sayur.

    BalasPadam
  4. Anak-anak saya tak suka sayur tapi kalau brokoli ni memang patut dicuba untuk suami saya - peminat no.1 katanya.

    BalasPadam
  5. Ohhhh gitu je ke stiewnya.....mcm goreng sayur jugaklah kan CH...ingatkan macamana tadi...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)