Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 22 Mei 2014

IKAN TUKA BAKAR SAMBAL.... emmm enaknya. :)

Assalamualaikum kekawan.. petang yg ceria :)

Ini pertama kali saya masak ikan tuka ni kekawan.. dia kecik pada pada pari.. ini pun masa jalan di pasar tadi juga.. tengok cantik dan segar pulak ikan tu.. en suami suruh beli.. "kita bakar cecah air asam" cadangnya.. Oleh kerana saya baru pertama kali nak masak jadi ambil lah dua ekor.. bila timbang harganya RM4.00 ..

Inilah rupa ikan tuka tu kekawan.. macam anak ikan pari jer kan.. Tapi bila sampai rumah nak masak .. udaahh bertukar pulak suruh masak ikan tuka bakar sambal.. saya layan jer.. Saya bakar guna pemanggang ajaib tu je kekawan.. senang kerja kan..
Pergghhh bila dah masak tak cukup pulak 2 ekor tu kekawan.. anak2 berebut-rebut suka.. udahnya mama hanya dapat sambal jer huhuhu.. tak pe lah berkorban demi en suami dan anak2 kan..
Jom intai resepi saya yg mudah ni kekawan.. :)

RESEPI IKAN TUKA BAKAR SAMBAL


Bahannya :-
  • 2 ekor ikan Tuka
  • 3 helai daun limau purut
  • 4 sudu cili kisar
  • 6 biji bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih*
  • 2 batang serai, hiris halus*
  • 3 biji buah keras*
  • 1/2 cm hirisan lengkuas*(* dikisar)
  • 2 sudu besar jus asam jawa
  • garam secukup rasa
  • sebiji limau nipis
  • daun pisang

Caranya :-
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar  hingga wangi. Kemudian masukan cili kisar dan daun limau purut. Masak hingga terbit minyak.
  2. Kemudian masukan jus asam jawa, letakan garam secukup rasa dan masakan sambal hingga pekat. Angkat dan ketepikan.
  3. Ikan tuka di cuci bersih dan toskan. Ambil 2 helai daun pisang, sapukan sedikit sambal atasnya kemudian letakan ikan diatas daun pisang, letakan sedikit sambal diatas ikan.
  4. Kemudian bakar ikan didalam pemanggan ajaib, tutup dan bakar selama 20 minit  atau sehingga ikan masak. ( Boleh juga dibakar didalam oven atau bara api, )
  5. Setelah masak hidangkan dengan perahan limau kasturi.
  6. Siap dihidang bersama nasi putih panas..

21 ulasan:

  1. macam ikan pari la kak yatie..kalo saya memang tak kenal ikan..huhu

    BalasPadam
  2. Sedapnya..memang tak pernah makan ikan tuka ni..selalu mkn ikan pari je..SEDAP lah tu..janji anak2 dan suami suka..kak Yati dapat byk pahala :-)

    BalasPadam
  3. Saya memang tak kenal ikan pun kecuali yang saya biasa makan. Ini first time dengar nama ikan tuka. Memang sebiji macam pari ya!

    BalasPadam
  4. bakar cicah air asam sedap ni kak..
    kat kelate pemes ni..
    time bulan puasa kira ni menu wajib carik la..

    BalasPadam
  5. Oh... resepi kita samalah Yati. Kakak semalam bakar ikan ini juga tapi kakak ingat ini ikan pari - kecik juga. Resepi kita sama cuma kakak tak bubuh buah keras..

    BalasPadam
  6. first time dgr ikan tuka...ingatkan ikan apa tadi. kalau saya panggil ikan pari jugak.
    memang sedap buat bakar..menjilat jari.

    BalasPadam
  7. Ilmu baru ni...1st time saya dengar nama ikan TUKA ni..hihihih

    BalasPadam
  8. ikan tuka ni saya suka buat bakar makan sorang sekor..heheh..

    BalasPadam
  9. festime kak dengar ikan tuka... hihi, mesti sedap akak buat ni

    BalasPadam
  10. Ya Allah sedap ikan Tuka ni kalau tak silap sebab pernah makan dulu kat rumah kawan huhuu.. rasa nyer lah pernak makan hahaha.. apa pun ikan kalau dah buat masak sambal mmg terbaik la :D

    http://timetravelafif.blogspot.com/2014/05/royal-belum-part1-calling-from.html

    BalasPadam
  11. Kadang2 org ingat ikan tuka ni ikan pari, walaupun saiznya berbeza....

    BalasPadam
  12. Kak kalu di klate sy selalu jgk sebut ikan tuka..tp kalu duk negeri phg ni..xtau la nk panggil pe?dgn ikan pari p xtau pe beza..sy tgk sama jea..hihihi

    BalasPadam
  13. yahuuuu...dapat resepi baru.....

    BalasPadam
  14. akak ingat anak pari...tak tau pula ada nama lain....
    seronok anak2 yatie suka makan pedas ya...

    BalasPadam
  15. Ingatkan ikan tuka dan ikan pari spesis yang sama…
    sedapnya ikan tuka bakar…. nyum nyum

    BalasPadam
  16. DAh Tuka ker nama dia..hehe..Aku tak kenal pun nama2 ikan ni T..aku ingat anak ikan pari...berselera anak2 ko mkn yer T..sampai ko cuma dpt sambal dia jer..cam tu lah kita mak2 ni...

    BalasPadam
  17. sah la sedap tu ... anak2 diutamakan kak yatie...

    BalasPadam
  18. OKje jarang beli tuka ni CH...tak suka sebab isi dia tak de hehe..
    Kalau mak dulu dulu suka beno dia buat pecal tuka ni tau...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)