Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 31 Mac 2014

KENDURI KAHWIN # RAJA CENDUL # BERJIMBA JIMBA DGN SI MONKEY ^___^

Assalamualaikum kekawan.. Moga sihat dan ceria :)


Pada hari sabtu baru ni kami sekeluarga berjalan ke Sekinchan untuk menghadiri majlis perkahwinan adik biras saya.. seawal pukul 9.30am kami telah bertolak dari rumah kesana.. sampai saya lebih kurang pukul 11.30am.. pukul 12tghr pengantin dah bersanding..

Rumah biras ni terletak di tengah sawah.. Nabil kata macam padang bola mama... asyik nak ketepi sawah tu jer kerjanya.. takut saya dia jatuh kedalam sawah tu jer.. 
Sempat juga nak berposing berdua.. namun bak kata blogger Lia susah nak bergambar berdua mesti ada seorang anak nak enterprem kan hehehe :)

Lepas solat zohor di masjid berdekat kami pun mencuba Raja Cendul yg berdekatan tidak jauh dari perjalanan kami dari masjid tu.. rasa ok ok ajer kata en suami.. saya dan nabil kongsi ABC jer :)
Oh ye.. yg naik kereta kami Maktam dan Paktam dari Kg Chohong Jasin Melaka.. pak cik en suami saya..

Lepas tu sibuk budak-budak tu ajak singgah Bukit Malawati.. dalam pukul 3.30pm kami menaiki bukit tu dengan mengguna train tu..

Berhenti dulu di Muzium Sejerah Kuala Selangor tu..

Macam-macam cerita sejarah yg ada dalam tu.. jenuh juga Kak Nabilah membaca satu persatu ceritanya.. peminat sejarah juga kakak seorang ni..

Ni part yg budak-budak tu tunggu sangat, nak berjimba-jimba dengan monkey diatas tu.. en suami mula mengumpan dengan kacang .. mula naik si monkey mendekati..

Duduk sebelah dengan en suami.. pastu budak-budak tu mula berani nak mendekati, pada mulanya semua takut.. Nabil pun try hulur kacang tu.. elok jer monkey tu ambil.. 

Penyudahnya monkey tu duduk lepak sama.. pastu mengesot ke Maktam.. di gapai-gapainya baju maktam hehehe :)

Tengok tu masih ada yg baby lagi.. erat betul baby monkey tu bergantung kat ibunya tu.. Suka betul Najeeha menengoknya..  Tengok baby tu menggapai kain Maktam hehehe :)

Hahaha nak juga enterprem dua orang mama ni..

Dan akhirnya aksi budak-budak berempat diatas meriam tu.. Nabil lah yg paling teruja...
Pukul 4.30pm kami turun dari situ untuk pulang..

Jumaat, 28 Mac 2014

Kesukaan yg MELETOP .... ;)


Assalamualaikum kekawan ;)
Sekarang ni bersiaran langsung di kolam Akuatik Shah Alam..
Meniru tajuk entri Eye-nee hehehe
Inilah kesukaan anak2 kan berendam di kolam renang..
Program raudah di masjid negeri shah dah habis semalam..
Hari ini menunaikan janji dgn mereka untuk kesini..
Di kolam tertup sebelah tu sedang berlangsung pertandingan renang peringkat sekolah selangor..
Dah semakin ramai yg dtg ni.. membawa anak2..
harga masuk aluatik ni pun dah naik, kanak rm2 dulu rm1.50, dewasa dah jadi rm3.. tak pelah masih murah lagi kan ;)

Berenang kegembiraan nabil...

Kesukaan saya yg MELETOP jugak.. dorang layan kolam.. saya layan buku ;)





Bersedia untuk terjun meluncur..

Khamis, 27 Mac 2014

KAILAN HONGKONG IKAN MASIN.... emm enaknya :)

Assalamualaikum kekawan... :)

Dinner malam tadi kami ni... Kailan Hong Kong Ikan masin... jauh datang kailan ni kan kekawan ehe :)
Mahal pulak tu sekilo RM15, saya beli dua  ikat tu.. tak sampai sekilo RM7, patutlah mahal sebab tak pahit macam kailan biasa tu.. lembut dan manis daunnya..
Memenuhi permintaan kakak Nabilah suruh masak dengan ikan masin.. tak menyabar nak makan malam tu.. asyik kedapur je menanya... dah masak ke mama.. malam tu pulak regu dengan goreng kerapu masak tiga rasa... lagi suka dorang tu..

Jom intai resepi yg mudah ni :)

KAILAN HONGKONG GORENG IKAN MASIN

Bahannya :-
  • 1 ikat kailan hong kong - disiang bersih, cuci dan toskan
  • 2 potong ikan masin tinggiri
  • 1 biji bawang merah besar dihiris
  • 2 labu bawang putih dihiris
  • 2 sudu besar sos tiram
  • sedikit garam
  • 1/2 cawan air
Caranya :-
  1. Goreng ikan masin, kemudian asingkan dengan tulang, hancur-hancurkan.
  2. Kemudian tumis bahan hiris dan letak air serta sos tiram, selepas tu baru dimasukan sayur kailan.
  3. Kacau sebati masukan pula ikan masin yg dihancurkan tadi, rasakan masin nya, jika okey tak perlu tambah garam, jika kurang bolehlah ditambah garamnya.
  4. Siap dihidang bersama nasi putih panas ...

SIAPA YA YANG PERTAMA TULIS BISMILLAH ?

Assalamualaikum kekawan... Moga ceria dan sihat :)

Bila membawa post ni di FB.. terasa ingin di kongsi di blog kecil saya ni... Jom tambah ilmu kekawan :)



Orang pertama cipta telefon ? Alexander Graham Bell ..
Orang pertama tulis bismillah ? ????? 
Anak kalau tanya mampus nak jawab..
So simpan nota nih....

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM 
------------------------------
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS. 


2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS. 



3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.



4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.



5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.



6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).



7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.



8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.



9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.



10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.



11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.



12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.



13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.



14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.



15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.



16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.



17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.



18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.



19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.



20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.



21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.



22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.



23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.



24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.



25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.



26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.



27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA. 



28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.



29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.



30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW. 


✔ Rugilah kalau tak SHARE sebab hanya 1 peluang dakwah yang MUDAH. . . Jom share !!! Sebarkan... 

Wallahualam bihaqiqati...
L

Rabu, 26 Mac 2014

ENJOY TERBANG DI UDARA..... emmmm seronoknya ^___^

Assalamualaikum kekawan... Alhamdulillah bersua kita lagi 
Moga ceria dan sihat selalu :)

Sebenarnya kami dah lama teringin nak naik belon udara panas ni... Alhamdulillah hari ahad lalu kami berkesempatan menaiki .. tengok muka gembira Nabilah dan Nabil tu.... Boleh naik dalam tu empat orang jer termasuk adik yg menerbangkan kami tu...

Saya second trip naik sama dengan Najeeha tapi budak Najeeha penakut ,tengok menyorok di belakang saya... Nabil juga yg berani, sampai nak naik dua kali... adik tu layan jer... Jom naik..

Naik semakin tinggi... saya pun berbual dengan adik tu.. berapa harga satu belon udara panas ni... kalau besar ni kak RM150 ribu tu dia ... dapat rumah sebiji ko... kalau besar yg boleh naik sampai 10 orang tu harganya RM650ribu... perghhh dapat banglow sebijik gitew...

Namun begitu kami tak terbang bebas... nampak tak tali tu.. tali tu di ikat pada batang pokok... kami terbang setinggi bangunan tapi boleh nampak  kat dalam stadium bola shah alam tu...

Adik tu kata kat sini tak ada kawasan lapang yg boleh landing belon tu... lagi pun banyak bangunan... lain lah kalau kat Putrajaya tu banyak kawasan lapang...

Bila nak turun adik tu tutup api gas tu perlahan-perlahan... maka mendaratlah kami perlahan-lahan...

Ni masa nak naik... adik tu pasang api gas tu.. bising juga bunyi gas tu.. tapi tetap enjoy..

Melihat permandangan sekeliling yg indah.. Subahanallah
Dengan angin bertiup sepoi sepoi bahasa...
Riang lah kami diatas tu.. 
Nabil yg enjoy sangat ....



Kami selamat landing ... Alhamdulillah..
Tengok muka Najeeha yg takut tu hahaha..
Mama dia yg terlebih happy :P

Bergambar lah dulu selepas turun tu... enjoy kata Nabilah...
Nak tahu berapa harga naik belon panas ni....
Hanya RM1.00 untuk seorang... jadi kami anak beranak hanya RM5.00... ialah tak terbang bebaskan tetapi sekurang-kurangnya dapat juga pengalaman naik belon udara panas ni...


Selepas tu dia orang enjoy main kat sini pulak...
Budak2 bila jumpa super duper ni memang sukalah...

Semua tempat dia orang explore...

Berkenan pulak en suami dengan van yg penuh rumput ni, antik sangat katanya :)

Namun begitu kami tak dapat nak explore semua pameran kat situ sebab kakak Nabilah nak pergi tuisyen pukul 10am tu...
Konon petang nak mengulang balik bila balik rumah kenduri tu... tengok-tengok dah tutup hahaha

Selasa, 25 Mac 2014

TAKZIAH KEPADA KELUARGA DAN AL FATIHAH .... PESAWAT MH370 BERAKHIR DILAUTAN HINDI :(


Assalamualaikum kekawan semua...

Dah terungkai segala persoalan yg MH370 yg kita cari telah terhempas di Lautan Hindi... Allah Maha Besar dan berkuasa atas sesuatu... marilah kita mendoakan kesejahteraan roh mereka dan semoga ahli keluarga mereka semua tabah dengan ketentuan ini..






KUALA LUMPUR: Pendedahan bahawa pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia adalah berdasarkan analisis baru oleh penyiasat-penyiasat di United Kingdom dan firma satelit Britain, INMARSAT.

Menurut laporan BBC, INMARSAT mengemukakan data baru itu kepada bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) supaya ia boleh diperiksa sebelum disebarkan kepada orang awam.

INMARSAT berkata pengiraan terbarunya melibatkan sejumlah besar data analisis yang memberi tumpuan kepada beberapa faktor termasuk pergerakkan pesawat lain.

Firma itu menambah bahawa ini adalah teknik terbaru dan oleh kerana itu, analisis tersebut memakan masa.

Naib Presiden Kanan INMARSAT, Chris McLaughlin berkata firma itu mengkaji “ping” elektronik yang pesawat itu hantar kepada salah satu satelitnya.

"Kami telah berurusan dengan sesuatu yang baru. Kami telah cuba untuk membantu siasatan berdasarkan hanya satu isyarat yang diterima sekali setiap jam dari sebuah pesawat yang tidak ada sebarang data GPS, masa dan jarak maklumat.

"Mereka berjaya mencari jalan untuk mengatakan hanya satu “ping”  sahaja boleh digunakan untuk mengatakan pesawat itu membuat perjalanan. Kemudian, melalui proses penyingkiran dengan membandingkannya dengan pesawat-pesawat yang lain, diketahui ia terbang ke arah Selatan.

Sementara itu, dalam satu temubual di Sky News, MacLaughlin berkata pesawat yang terbang ke arah selatan itu kehabisan minyak.

Semalam, Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pesawat MH370 yang gagal dikesan sejak 8 Mac lalu,disahkan hilangdi kawasan selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia.

Najib berkata, kedudukan terakhir penerbangan MH370 itu didasarkan kepada maklumat daripada data satelit INMARSAT dan AAIB yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke koridor selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu.

"Ini kawasan yang terpencil, jauh daripada mana-mana tapak pendaratan yang munasabah.

"Oleh itu, dengan rasa penuh dukacita dan kesal, saya memaklumkan bahawa, berdasarkan kepada data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib.

Pesawat itu membawa 239 orang, termasuk 38 penumpang dan 12 anak kapal warga Malaysia.

Operasi mengesan pesawat ini digerakkan sejak ia hilang pada awal pagi 8 Mac lalu dan disertai oleh lebih 20 buah negara.

Siasatan awal mendapati pesawat yang hilang itu telah dilencongkan dengan sengaja oleh seseorang yang memandunya. Bagaimanapun, pelbagai spekulasi dan teori konspirasi timbul kerana sistem komunikasi dengan pesawat itu terputus dan tiada bukti-bukti kukuh atau petunjuk mengenai kehilangan pesawat itu.

Antara teori yang dikemukakan dalam masa pencarian sepanjang 17 hari lalu oleh pakar dan penganalisis penerbangan termasuk rampasan, sabotaj oleh juruterbang serta kemungkinan pesawat itu mengalami masalah sehingga menyebabkan semua anak kapalnya tidak sedarkan diri dan pesawat itu terbang sendiri sehingga kehabisan minyak.

Pesawat penerbangan MH370 membuat hubungan terakhir dengan pusat kawalan trafik udara semasa berada di Laut China Selatan di sebuah kawasan yang terletak antara sempadan Malaysia dan Vietnam.

Ia kemudian dikesan berpatah balik dari laluan asalnya dan terbang selama beberapa jam.

Usaha mengesan pesawat itu kemudiannya digerakkan di dua jalur di sebelah utara yang menganjur dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan sehingga ke utara Thailand serta dari Indonesia sampai ke selatan Lautan Hindi.

Isnin, 24 Mac 2014

SAMBAL TUMIS UDANG BERKENTANG.. emmm dapnya :)

Assalamualaikum kekawan :)

Kat rumah ni .... kalau sambal tumis ni memang peberet lah kan... tak kiralah ikan bilis ke, sotong ke ... semuanya jalan kat tekak dorang...baik en suami hinggalah ke anak-anaknya... dah sinonim dengan asam pedas gitew merahnya ... memanglah dorang suka... pastu saya regu pulak dengan kentang.. lagi suka dorang anak beranak makan... nasi udah jadi merah-merah belaka hahha :)

Kalau kekawan nak sambal tumis tu pekat.. letaklah kentang .. tu lah petua mak saya.. memang cantik jer pekat sambal tu.. pastu lemak berkrim hehehe.. :)

Jom intai resepi saya yg mudah ni :)

SAMBAL TUMIS UDANG BERKENTANG

Bahannya :-

  • 300 gram udang laut..(baru manis sambal udang tu dari yg ternak sendiri tu)
  • 4 sudu besar cili kering kisar
  • 1 labu bawang besar dipotong bulat
  • 3 biji bawang merah ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk
  • 1 sudu teh asam jawa (saya guna yg adabi tu)
  • 2 biji kentang di potong sedang
  • 1 cawan air ( bancuhkan dengan asam jawa tadi)
  • garam
Caranya :-
  1. Garamkan sedikit udang tersebut, kemudian goreng sebentar, ketepikan.
  2. Goreng sebentar bawang besar, angkat dan ketepikan, lepas tu tumis cili kisar dan bahan tumbuk hingga wangi.
  3. Kemudian masukan air asam jawa dan kentang. Masak hingga kentang empuk. Kemudian masukan garam dan udang serta bawang yg di goreng sebentar tadi. 
  4. Rasakan masinya, jika hendak berkuah sikit boleh ditambah sedikit air lagi.
  5. Siap utk dihidang bersama nasi putih panas... emm dapnya :)

CUTI SEKOLAH KE MANA TU ..... ^___^

Assalamualaikum kekawan... moga sihat dan ceria selalu :)

Bila cuti sekolah ni .. tentu ibu bapa sibuk untuk menguruskan anak-anak bercuti kan... Bagi saya bila cuti sekolah disinilah saya tempatkan mereka iaitu di Program Daurah Masjid Negeri Shah Alam.. Banyak aktiviti yg diadakan seperti praktik solat berkesan... dan juga ada motivasi yg diberikan... untuk program 4 hari ni RM50 seorang dikenakan... program sampai hari khamis jer... hari jumaat tiada sebab masjid digunakan untuk solat jumaat.. jadi hari jumaat ni terpaksalah saya bercuti...

Ini masa sessi pendaftran..bagi pelajar perempuan umur 10-12 tahun di tempat solat wanita.. selepas daftar saya tinggalkan kakak berdua tu situ... lagi pun mereka dah selalu mengikuti program ni..

Selepas tu pergi pulak daftar Nabil ni.. pelajar tahap 1 hingga 3 didlm dewan.." saya kata nabil belajar kat sini ye" pastu sibuk suruh saya tunggu sama.. saya kata "tak boleh lah, mama kena pergi kerja" Alhamdulillah okey.. saya ambil gambar dia cepat2 pastu terus pergi..

Jom jamu mata pulak dengan bunga-bunga yg sedang berkembangan ni disekeling masjid ni... dah macam musim bunga pulak saya rasa... hati pun berbunga riang... :)

Cantikan pokok besar ni berbunga kan.. 

Cuti sekolah ni kekawan semua hantar anak-anak kemana ye ... :)

Sabtu, 22 Mac 2014

SEKALI SEKALA..... SODAP JUGE

Assalamualaikum kekawan.. selamat bercuti dihujung minggu ;)

Sarapan apa kekawan pagi ni... saya hari ni lemau sungguh nak buat sarapan.. mood rajin tu dah kelaut... jadinya pagi ni saya masak maggi kari jer.. saya jarang pun makan maggi ni.. ni pun stok maggi en suami nak bawa ke ofisnya... ehe saya ambil dua bungkus ;) Jangan marah nooo..
Masyarakat Jepun suka mkn mee segera ni tapi mereka rendam dulu mee tu dgn air panas utk dibuang bahan pengawet tu dan cuci semula dgn air sejuk.. jadi itu yg saya buat.. teringat pulak blogger Asmara di Jepun tu.. skrg As dah pulang ke Malaysia.. dah jarang update blog sebab bz tu kot.. Rindu pulak dgn blog As tu ;)

Jauh pulak melalut saya.. Jom intai macam mana saya masak maggi kari yg simple ni ;)

MAGGI KARI
Bahannya :-
  • 1 bungkus maggi kari
  • 1 biji bawang merah dihiris
  • 1 labu bawang putih dihiris
  • sedikit kobis
  • 1 biji telur
  • 1 biji cili merah dipotong
  • sedikit daun sup dan bawang, dipotong
  • 2 cawan air

Caranya :-
  1. Rendamkan mee didalam bekas air panas, ini utk mengeluarkan bahan pengawet mee tu. Rendam dalam 10 minit. toskan,ketepikan.
  2. Tumis bahan hiris hingga wangi, lepas tu masukan air, sayur kobis dan perencah kari.
  3. Apabila air dah mendidih pecahkan telur, kacau sebentar. Pastu masukan cili merah potong dan daun sup. kemudian sekali baru di masukan mee. Masakan sekejap.
  4. Siap untuk di hidang.

Jumaat, 21 Mac 2014

Pengumuman.... Pengumunan... SIAPA YG BERTUAH GA CH 2014 ^____^

Entry baru di bawah ye kekawan


Assalamualaikum kekawan... Moga Sihat & Ceria :)

Hampir seminggu berlalu GA saya yg pertama ... maka hari ni saya akan mengumumkan nama pemenang yg bertuah....

Mula-mula kena baca dulu the making of "Cabutan Bertuah tu"


Hasil kerjasama kakak berdua tu... tolong gunting nama peserta, kemudian melipatnya dan menyediakan bekas untuk mengisi kertas cabutan ....



Sepatut tiga cahaya mata saya tu yg membuat cabutan ... oleh kerana Nabil tidur awal... pastu kejutkan ... tak nak pulak bangun... penat sangatlah tu.. jadinya hanya kakak Nabilah dan Najeeha jer lah yg membuat cabutan...

Kakak Nabilah telah mencabut undi bagi followers lama saya.... semua dapat tapi hadiah saja yg berbeza... Masa kak Nabilah mencabut undi... Najeeha tukang catat siapa nama pemenang dan hadiahnya...


Najeeha pulak mencabut 5 pemenang bagi followers baru saya... dengan senyum simpul Jeeha yg pemalu ni mencabut undian tu... suka sangat dia... Lepas tu boleh cadangkan buat cabut undi untuk mereka adik beradik.. tergelak saya dibuatnya....

Jom tengok siapa yg bertuah

#
#
#
#
#
#

PEMENANG BAGI FOLLOWERS LAMA SAYA ...... (DRUMER.... SOUND HEHEHE )

1) NOESUHAIMI ~ T-SHIRT BANDUNG
2) ATIE YUSOF ~ JAM MEKAH
3) YAN`S COTTAGE ~ JAM MEKAH
4) MILA @RIMBUN ~ FREEZE MAGNET
5) KAKZAKIE ~ FREEZE MAGNET
6) MASYA ~ FREEZE MAGNET
7) AZATIESAYANG ~ FREEZE MAGNET
8) MAR MANSOR ~ FREEZE MAGNET
9) CHEQ SUE ~ FREEZE MAGNET

PEMENANG BAGI FOLLOWERS BARU SAYA.....

1) KARIMAH ZULKAFALI ~ T-SHIRT BANDUNG
2) NUREEN ~ JAM MEKAH
3) FIRZANAH AZHAR ~ FREEZE MAGNET
4) HUDA ZULKAFALI ~ FREEZE MAGNET
5) ANISYAMIR LEEJO ~ FREEZE MAGNET

Oleh itu sila email kepada saya :-

1) NAMA SEPERTI DI  I/C
2) NOMBOR TELEFON
3) ALAMAT SURAT MENYURAT

Alamat email saya :-

cahaya2569@gmail.com


TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG DAN SAYA AMAT BERTERIMA KASIH ATAS KESUDIAN SAHABAT SEMUA MENYERTAI GA SAYA YG PERTAMA... DENGAN HADIAH YG TAK SEBERAPA TU :)



Khamis, 20 Mac 2014

WAHAI SAHABAT YG KU KASIHI.. KU TAHU KAU GEMBIRA DISANA...

Assalamualaikum kekawan...



"Tahniah Najihah bt Nazri atas kejayaan yg cemerlang dalam SPM mendapat  9A .... Acik yati rasa sangat gembira, sebak, terharu... Wahai sahabat ku Allahyarhamah Sanisah Suja... Moga roh mu damai disana dan berbahagia... Allahummarfirlaha warhamha waafiha wa'fuanha.. amin."

Diatas adalah post saya di FB... mengucap tahniah buat anak sahabat yg kukasihi...
Menitis air mata saya, sewaktu menerima mesej dari suami Allahyarhamah Sanisah
 " Alhamdulillah yatie... Najiha dapat straight 9A... 5A+ dan 4 A... " 
Terbayang saya wajah arwah... dan juga anaknya.. tentu anaknya sedih kerana tidak dapat berkongsi kegembiraan ini bersama...
Kata suami arwah "Aku dah 4 hari menahan sebak Ti..." aduh saya yg disini terasa sungguh kesedihan .... apatah lagi mereka sekeluarga....

Tabahlah wahai insan yg disayangi oleh arwah....

DULU 2.30 JAM.... SEKARANG 1.30 JAM.... PEMBANTU SAYA :)

Assalamualaikum kekawan... Moga sihat dan ceria :)

Dulu yg 2 jam 30 minit tu disini sekali-duduk-2-jam-30-minit
sekarang macam mana boleh jadi 1 jam 30 minit pulak... banyakan saya reduce masa tu 1 jam....

Tadaaaaa.... ini lah pembantu saya yang baru YOJOSHU ... yg reduce banyak masa saya dari menggosok baju... 

Sebenarnya dah lama saya beli penggosok baju yg menggunakan wap air... baru sekarang nak cerita hehehe... memang sekejap jer saya menggosoknya... yg paling bagus tak perlu tanggalkan baju dari hanger tu...

Najeeha pun dah boleh gosok bajunya sendiri... dah tak takut bajunya terkoyak akibat iron yg panas...


Pegang baju tu dan tarik pemegang yg macam vocum tu dan gosok-gosok ajer di baju tu...

Tengok yg bahagian atas dah licin dan yg bahagian bawah yg belum gosok tu masih berkedutkan.. 

Tarik hujung baju tu lurutkan kebawah... siap..

Ni baju saya tengok licinnya ....


Siap saya gosok baju saya sekali... dulu tak termasuk baju saya 2 jam lebih tu.. ni sejam lebih termasuk baju saya untuk lima hari bekerja...
Namun begitu setiap sesuatu tu ada kelebihannya dan kekurangannya .. oleh kerana ianya menggunakan wap air.. jadi tu baju tu agak lembab... kalau kita nak pakai selepas digosok memang terasa lembabnya.... Ada sekali tu gosok baju en suami, pastu dia pakai terasa lembab... tapi tak lah lembab sangat.. pastu en suami kata "kena gosok sehari awal baru selesa pakai"...
Tu saya gosok baju sekolah dan baju saya dan en suami untuk seminggu punya stok....
Bermacam brand sebenarnya penggosok wap air ni... saya beli cap ayam jer .. harga pun RM250.00, kalau brand panasonic tu RM500.00 dah tanya hehehe.... Nampak tak jimat disitu hehhe :)