Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya..
Ini juga projek cuti sekolah kak Nabilah.. buat pensil box daripada zips. Masa tu saya pergi kekedai jahitan bersama dia utk jahit tepi tudungnya.. lepas tu dia terpandang zips yg berwarna warni yg cantik tu.. " Mama boleh tak akak beli zip tu" tanya nabilah kepada saya. "Nak buat apa?" Soal saya pula.. "Nak buat pensil box, kawan kakak ada beli kat online RM10.00 satu" jawabnya.. "Berapa pulak zip yg diperlukan dan panjang mana ?" soal saya.. "Kejap akak google" jawapnya..
Saya pun teruja juga tengok gambar2 pensil box tu..
Oleh kerana dikedai tu dah pek siap2 12 keping yg warna sama ajer dan ada juga yg campur2 tapi warnanya tidak menarik mata kak Nabilah.. so dia ambil warna biru teqoise dan purple tu..
Bahan cukup mudah kekawan.
- 12 keping zip 8 inci panjang kira 1 dozenlah ni (RM2.00 jer kat kedai tu jadi 2 dozen baru RM 4.00 cukup murah kosnya kan)
- Benang utk jahit
Caranya :-
1. Silangkan zip tersebut yg mana satu kepala zip diatas dan satu kepala zip dibawah (lihat gambar)
2. Kemudian jahit dari hujung ke hujung sehingga habis (seperti gambar)
3. Begitulah kita jahit sebanyak 12 keping zip tu.
4. Kemudian terbalikan, jahitkan pula di sebelah atasnya, buka satu zipnya supaya nanti senang terbalikkan. Kemudian jahit pula yg dibawahnya sehingga habis ke hujung. ( lihat gambar)
5. Siap pensil box tersebut selepas di terbalikkan.
Yang diatas tu pensil box kak Nabilah.. dia nak selang seli warnanya.
Yang ini pula Najeeha punya , dia nak dwiwarna.. iaitu warna tu sebelah menyebelah.. elok jugak tak lah mereka tertukar nanti..
Pastu semangatlah mengisi alat tulis masing2.. siap buat demo lagi..
"Senang mama, tak payah kita terkeruk-keruk cari, kalau gunting tu dibawah , kita buka zip belah bawah ni, pastu nak pen hitam ke yg kat atas , buka pulak zip yang diatas"ujarnya. (Boleh lihat gambar yg diatas sekali)
Lepas tu si hero bertanya"Nabil punya mana, mama?"
Hihihi :p
"Tak apa cuba dulu, Nabil nak warna apa, nanti mama buatkan, mama pun nak buat utk mama jugak" balas saya..
"Nak warna HIJAU"jawap Nabil.
Mudah rupanya nak buat kekawan.. jomlah cuba kos pun tak mahal.. ;)
P/s hari ini saya appointment doktor ambil darah utk check up tyroid . Semoga keputusannya yg baik-baik saja. Buat entri ni pun masa menunggu nama dipanggil. Kiranya siaran langsung dari DEMC Hospital.
Mudah juga membuatnya n belanjanya pun murah...kalau rajin semua jadi yati...semoga Allah permudahkan urusan perawatan kshtan yati...tenangkan diri.
BalasPadamcantiknye kak.... nampak cam senang je nak buat...pandai Nabila pilih kaler aunty pon berkenan kaler2 gitu...bole buat lebih2 dan suh Nabila try jual kat sekolah kak...mesti laku cam pisang goreng panas...moga semua nya ok2 je untuk akak...
BalasPadameh eh.. kreatifnyee..
BalasPadamsenang nak amik barang.. boleh buka mana2 zip jer.
hehehe
Moga result darah akak baik2 saja k~
Nampak cantiklah...boleh cuba buat ni.
BalasPadamWah yatie kreatif sungguh nabilah ya...
BalasPadamAkak nak buat juga lah ,banyak masa terluang ni.
Akak pun semalam baru buat rawatan susulan kat JB...blum dpt lgi result darah sbb nk cepat balik.Moga yatie terus sehat...
kratif betul.. worth made than buy.. zaman skrg kene bnyk berjimat cermat.
BalasPadamanak saya pun ada kotak pensel mcm ni...kalau dapat kat adiknya..dibukanya semua zip...marah tinggilah suara sikakak..
BalasPadamrajinnya buat pencil box Yatie
BalasPadamsalute lah kreatif dan cantiklah
kaknoor dah tak larat nak buat lah
mata pun kelabu hehee
adik saya pun ada buat ni, pakai sendiri dan buat jualan...
BalasPadambukan setakat pencil case jer kak,
dia buat comel sikit utk isi duit syiling.
anak2 saya pun dpt dikasinya..
semoga hasil check-up akak memberangsangkan..amin.
moga cepat sembuh....cantiknye, pndai anak dara pilih warna....rietta pown ada tgk jgk...tpi mls nk menjahit...hehehe...
BalasPadamWah cantiknya sgt kreatif
BalasPadamWah cantiknya sgt kreatif
BalasPadamCantik dan kreatif. Boleh buat business jual kat kawan2 sekolah hihi...
BalasPadamSemoga keputusannya yg baik2 aje.
kreatif dan cantik..baik DIY ye kos pun murah..klu beli on9 tu charge delivery lg kan..
BalasPadamcantik nya kak...kreatif sangat..:)
BalasPadamSubhanaallah, kreatifnya CH ,cantik sangat,boleh bisnes nii :)
BalasPadamWAhhh cantik & kreatif gitu..
BalasPadamSenang je ek buatnya CH. Haih ...nampaknya tak lama lagi kawan mak jadi tokey pencil box lerrr...hihi...
BalasPadamJgn lupa kawan tau kalau dah kaya hihi...
Senang je ek buatnya CH. Haih ...nampaknya tak lama lagi kawan mak jadi tokey pencil box lerrr...hihi...
BalasPadamJgn lupa kawan tau kalau dah kaya hihi...