Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 31 Mac 2016

Belajarlah Dari AIR..

Salam petang yg ceria kekawan :)



Hebatnya air

Dahaga .. cari air..
Mandi .. cari air..
Masak .. cari air..

Kenapa tidak kita contohi air??
Dicincang tiada putus.
Di bakar tiada hangus.
Di mana duduk ikut acuan.
Mengalir ikut arus.

Ikut hukum Allah.
Ikut aliran.
Tiada mudik ke hulu.
Tiada terbang ke langit.

Belajarlah dari air.
Taat pada hukum Allah.
Nampak lemah.
Nampak cair.

Api marak .. airlah pemadam.
Pokok layu .. airlah disiram..

Berlembutlah seperti air.
Berjuanglah seperti air.
Lembut belum tentu kalah.

Lihatlah air.
Setitik demi setitik menimpa batu,
Akhirnya berlubang jua si batu...

Biar hati seperti air.
Biar sejuk biar tenang.
Tampak lembut, tampak cair.
Kemenangan tetap milik air...

Jangan seperti batu.
Keras dan kaku.
Terhempas pecah berderai.
Pecah bersepai...

Berjuanglah seperti air..
Dicincang tiada putus.
Dibakar tiada hangus.

Sumber : WhatsAppa

4 ulasan:

  1. bagus kak, sangat berinsipirasi coretan ini,

    BalasPadam
  2. hebatnya kuasa air.....hebatnya ciptaan Allah.

    BalasPadam
  3. CH....hang ambik air kat blog mak ek hihi....Allah jadikan sesuatu itu tiada yg tidak ada manfaatnya waima batu yg keras...

    BalasPadam
  4. indah...
    sungguh indah kata ni.
    sungguh kreatif.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)