Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya.
Minggu macam nak kongsi apa yg saya masak selama seminggu anak cuti sekolah itu hari.. ini permintaan kedua anak-anak.. masa perjumpaan dengan jiran tetangga itu hari saya masak spaghetti Aglio Olio ni.. saya tinggalkan juga semangkuk utk mereka dirumah.. rupanya tak cukup buat mereka.. saya pun tak merasa bila dirumah.. di perjumpaan tu saya makan apa yg jiran masaklah kan.. disitu pun spaghetti Aglio Olio saya pun habis..
Biasalah saya ni bila cari resepi mesti yg mudah dan bahan-bahan tu ada dirumah.. saya ambil resepi tu disini tapi saya olah sikit mengikut selera kami anak beranak :)
RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO
- 500 g Spaghetti
- 1 kg Seafood campuran (sotong,udang, kupang saya guna yg ini)
- 1/2cawan minyak zaitun (olive oil)
- 3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
- 5 biji cili kering ~ gunting2 halus
- 3 sudu besar Oregano Flakes
- 1 batang karot merah ~ disagat
- 3 sudu besar parsley flakes
- 1 sudu kecil lada hitam
- 1 sudu kecil garam halus
- 1 peket bebola sayur ~ potong empat
Caranya:-
1. Cucuk spaghetti di bebola sayur (seperti gambar diatas), masukan sedikit minyak zaitun dan garam dalam air rebusan spaghetti, rebus sehingga lembut dan toskan.
2. Rebus seafood separuh masak dgn sedikit air ajer lebih kurang 1 cawan jer, dan air rebusan jangan dibuang.
3. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih dan cili kering yg gunting halus tu sehingga kekuningan, kemudian masukan air rebusan seafood tadi.
4. Masukan oregano, parsley, lada hitam, karot dan garam.Bila semuanya telah secukup rasa, masuk spaghetti yg direbus dan seafood tadi.Kacau sehingga kata.
5. Siap untuk dihidang.
Melihat kupang yg cantik,segar dan besar di pasar tani stadium shah alam tu yg tergoda nak buat lagi, sebungkus tu RM15.00. Anak-anak pulak suka makanan yg macam ni.. sakan melantak seafood yg segar bugar tu.. sotong apa lagi kesukaan najeeha.. udang tu pulak kegemaran kak Nabilah.. Nabil semua dia belasah.
Kak Ton si mummydearie , marilah CH belanja makan Spaghetti Aglio Olio kesian pulak CH tengok kejadian spaghetti Kak Ton yg dah terputus-putus tu di entri jjcm-jom-western-and-fiske-steakhouse. kemudian jenuh pulak mencari tempat parking walaupun dah 3 4 kali pusingkan ~__^
Rupanya saya tak cerita lagi perjumpaan Jiran tetangga saya ni kan.. Yang gambar pertama dan bertudung hitam berdiri tengah bercakap tu lah Admin group WA Jiran Tetangga kami.. peramah dan kelakar orangnya..
Sebelum makan2 tu kami kena perkenalkan diri seorang-seorang, nama, kerja dimana, rumah no. berapa, jalan no berapa dan lorong yg mana..
Biasalah mana nak kenal kan, lebih2 lagi yg bekerja macam saya, bila weekdays, balik kerja terus menuju kedapur dan memang tak sempat nak berhai-hai dgn jiran.
Makanan masa hari itu memang tersangat meriah.. semua mereka masak sendiri.. sedap bukan main.. perjumpaan bermula 2.30pm-4.30pm . berkelah sakan kami di tengah padang bawah pokok tu sungguh meriah sangat.. Ada perancangan nak buat group marhaban perempuan dan yasinan serta surah al kahfi setiap Jumaat. Harap2 menjadilah ye :)
Sedapnya Kak Yati..
BalasPadamMemang menyelerakan kalau bubuh segala seafood.
Makanan kegemaran kak Zai tp jarang buat sebab hubby tak berapa gemar.Tq yati kongsi resepi.
BalasPadamKakak tak terfikir cucuk spaghetti di fishball bagi selari tak serabai. Lain kali kakak nak cuba sebelum rebus cucuk di fishbal macam ini:)
BalasPadamTerliur tengok spaghetti tu..sangat menyelerakan...nak buat pun anak2 tak seberapa suka..huhu..
BalasPadambestnya berkumpul sesama jiran tetangga..:)
wahhh sedapnya
BalasPadamLa ni anak2 makchaq yang masak kalau makanan2 macam ni...
BalasPadambudak2 suka makanan macam ni..
mak depa nasik lauk kampung ja..western x reti makan..masak pun x berapa nak reti...he he
MENARIKNYE .... NANTI NK TRY LA TIRU BUAT GITU ... KLU BUAT SPEGETI BIASA PUN BOLEH CUCUK KAT HOTDOG
BalasPadamsedapnyeeee... mekasih atas resipinye. nak buat jugak lah. suka lah tgk potongan sotong tuh. camner buat yer kak?
BalasPadamOoo...cucuk yer kak. Tak pernah terfikir nk buat. Nak try juga lah nnt
BalasPadamKretipppnya
BalasPadamSotong tu pun cntik
spageti paling mudah tp sgt berperisa kak lagi2 kalau ada seafood kan
BalasPadamKlau ank2 nur suka mkn spageti ni..nmpk menarik pula di cucuk dgn fishball tu..
BalasPadamSeronoknya ada perjumpaan cam gini..mkn2..borak2
Wahh sedapnyaa.. cantik laa cara potong sotong tuh
BalasPadameh bagusla buat perjumpaan mcm tu kak...saya pun mcm akak jugak...jarangggg sangat dapat jumpa dengan jiran...balik keje pulak dah malam...huhu...bila buat gathering mcm ni, boleh kenal dengan erat jiran2 yg lain...
BalasPadamwah meriah sungguh..
BalasPadamkak, tengok spegeti akak saya terus lapor..krakkruk
Sdap nmpk..xpernh buat sbb ank suka Bolognese and carbonara
BalasPadamSdap nmpk..xpernh buat sbb ank suka Bolognese and carbonara
BalasPadamSedapnyaaa...dah lama tak makan..lawa lak sotong tu buat macam tu,,kreatif :)
BalasPadamtq yati kongsi resepi..cocok spegeti camtu senang nak ambil masa makan..
BalasPadamlama dah xbuat aglio olio.. sbb buat skali tu mama kata kering.. so slalu buat carbonara je sbb mama suka..
BalasPadamkat rumah kaknoor kalau buat seafood mmg kena buat 2 jenis lah
BalasPadamsbb big boss tak suka seafood jaga kesihatan lah tu
Tapi bini dia tak faham masih jugak suka seafood hehe
Kalau buat spaghetti mesti buat yg ayammmmmmmmm je manjang sabo je lah
Salam kak yati... rinduuu nya nak mai sini..hihi
BalasPadamwahh meriah masakan akak.. smua nampak menyelerakan.. klu sy, semua rasa nak makan tu...haha
meriah perjumpaan dgn jiran2... :)
Weyh....dah mcm perjumpaan mak jugak ni hari tu. Mak bawak puding kastard jer weyh... Gasaklah ko pepagi pun haha....
BalasPadamTulah CH....kak Ton lama dah tenggelam tu. Entah bila nak muncul agaknya.
Dia kalau tengok ko punya Olio Aglio tu CH sure mlm ni terus mencari tu
Weyh....dah mcm perjumpaan mak jugak ni hari tu. Mak bawak puding kastard jer weyh... Gasaklah ko pepagi pun haha....
BalasPadamTulah CH....kak Ton lama dah tenggelam tu. Entah bila nak muncul agaknya.
Dia kalau tengok ko punya Olio Aglio tu CH sure mlm ni terus mencari tu