Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 28 Mac 2016

RESEPI TOMYAM PUTIH IKAN SIAKAP

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya.

Minggu lepas en suami saya demam.. dia bila tak sihat , seleranya hanya benda-benda masam ajer.. tahu sangatlah tentu dimintanya saya masakkan tomyam.. dah  selalu sangat buat tomyam ayam.. jadi saya tukar selera kepada tomyam ikan.. petang tu balik kerja tengok ada ikan siakap sajer dalam peti ais tu.. marilah kita tomyam kan dia kan.. si Siakap yg elok frozen tu..

Tengok dalam kabinet dapur tu ada pes tomyam putih.. apa lagi saya gunakan pes tu dengan jayanya.. cepat saya memasaknya kan kekawan.. Jomlah intai resepi saya yg mudah ini.

RESEPI TOMYAM PUTIH IKAN SIAKAP

Bahannya :-
- 1 ekor ikan siakap sederhana besar
- 1 biji bawang besar 
- 1 peket pes tomyam putih adabi
- 2 biji tomato potong 4
- 2 batang serai dititik
- 1 Batang Karot Merah
- Kobis Bunga
- Limau
- 3 helai daun limau purut
- 10 biji cili padi kerat 2
- Garam secukup rasa

Caranya :-
1. Tumis bawang besar sedikit wangi, kemudian masukan 1 cawan air (saya guna pemagang ajaib tu senang)
2. Kemudian masukan pes tomyam putih , kacau mesra, lepas tu masukan karot merah dan bunga kobis.
3. Lepas tu masukan serai dan ikan siakap , tutup pemanggang, biar dia mendidih.
4. Masukan garam, daun limau purut, cili padi dan perahkan lemon keatas ikan tersebut.
5. Apabila ikan elok masak, siap untuk dihidang.

Dinner kami anak beranak malam tu adalah tomyam putih ikan siakap.. makan panas-panas, tengok peluh en suami , merembas keluar, dia kata baru demam dia kebah, tengok sampai 3 kali menambah nasi di pinggan, berselera sekali orang demam ni kan ~__^

18 ulasan:

  1. aww..knp mcm sedap sgt ni..

    BalasPadam
  2. sy tgk menyelerakkan kak.. iyelah musim cuaca mcm ni senang kena demam ... makan pun x selera.. tgk menu mcm ni blh jd selera...

    BalasPadam
  3. Kalau buat tomyam merah ok juga kan yatie...stok pes tomyam akak banyak,boleh lah ikut resepi yatie ni kalau anak2'balik nanti.

    BalasPadam
  4. waaaaaaaaa msti sedap nih... semerbak harum lak bau nya bila bt tomyam tuh

    BalasPadam
  5. assalamualaikum
    singgah pagi isnin

    BalasPadam
  6. Kakak suka tomyam putih Yati tapi anak-anak dgn abang suka yg merah. Pada kakak sama aje tapi itulah bila jadi tukang masak kita kena ikut selera yg nak makan..

    BalasPadam
  7. senang nyer nak buat! aaaa..suka nyer..nak buat jugak la ;)

    BalasPadam
  8. Kak Zai tak pernah buat tomyam ikan lg kena cuba ni. Nanti pergi pasar beli ikan siakap.Tq yati kongsi resepi.

    BalasPadam
  9. sy tak pernah buat tomyam putih..biasa buat merah..sedap pulak ye makan denan nasi pamas..hirup kuah mabeleslah..dan2 lapaq ni.hehe

    BalasPadam
  10. Lama dh tak msk tomyammm
    Lagi pulak dgn ikan...tgok ni mcm bgi idea jer....klu tgok thai food punya diorg msk stim asam siakap..ltk kangkung

    BalasPadam
  11. sedapnyeeeee... tetiba rasa nak makan ikan masak stim.
    senang dan mudah jer nak buat kan. sedap x payah cakap lah.. memang sedap!

    BalasPadam
  12. Tomyam putih..kat umah byk stok tomyam hihihi
    Nak try guna ikan siakap pula..

    BalasPadam
  13. Wah..berselera tu. ebah demam en suami kena tom yam siakap.

    BalasPadam
  14. saya suka tomyam putih tapi suami suka tomyam merah..emm...sabo ajelah

    BalasPadam
  15. Weyh....mcm dugong tengah mandi bunga ko haha.....
    Yelah tekak tengah pahit bila makan masam masam seeralah sikit kot. Untung jadi suami ni kan, demam ada bini nak layan selera, kalau kita demam agaknya sapa yg nak melayan CH?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuhu..
      Sendiri layan lah Nom..
      Bukan reti masak pung..
      Habaq kat hang hahaha

      Padam
  16. Weyh....mcm dugong tengah mandi bunga ko haha.....
    Yelah tekak tengah pahit bila makan masam masam seeralah sikit kot. Untung jadi suami ni kan, demam ada bini nak layan selera, kalau kita demam agaknya sapa yg nak melayan CH?

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)