Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 2 Mac 2016

RESEPI BAWAL CERMIN SAMBAL SERAI

Salam petang yg ceria kekawan :)

Nom.. ko masak apa dengan bawal-bawal yg ko susun gambarnya dalam entri tak-kira-anak-mami-kena-buat-buat-suka.
Apa macam .. anak mami tu suka tak.. hehehe *__*
Cer ko upload satu entri apa yg ko masak apa dengan bawal-bawal tu Nom ~___^
CH masak goreng bawal cermin sambal serai jer Nom.. tu yg laju menyuap anak beranak dalam rumah ni hahaha..
Kalau nak dimasak BAWAL CERMIN BUTTER NESTUM macam tak sesuai jer Nom.. tapi itulah Jiran Sebelah suruh ko masak kan Nom.. jadi ke @___@ 


Pergi pasar ahad tempoh hari tengok bawal cermin ni menggamit suruh di beli , cantik dan segar saya tengok..
Pastu tengok harganya.. segar jugak biji mata saya @__@
Hahaha RM31.00/kg kekawan ooiiii tu yg ambil 3 ekor aje buat lepas kempunan si Najeeha yg nak sangat .. 
"Sedap ma, kalau goreng ikan tu dengan sambal serai" itu yg disuarakannya.. 
Sebagai mama ni kita mana nak sampai hati bila anak-anak dah cakap macam tu kan.. 

Jadinya saya masak sambal serai ni masa petang isnin yg lalu, boleh buat buka puasa saya, bila saya menumis sambalnya.. harum semerbaklah dapur saya tu..
Berlari-lari Nabil ke dapur tu..
"mama apa yg sedap baunya ni?" tanya dengan teruja..
"Sambal serai goreng ikan bawal cermin ni" jawap saya..
Tiba-tiba ada yg menyampuk.. "nasi dah masak ke ma" hahaha rupanya si Najeeha.. Nasi memang sampai rumah saya masak dulu, baru masak lauk, maka petang tu , dua beradik tu lah yg merasmikan bawal cermin sambal serai saya tu.. saya kena lah tunggu waktu berbuka ehe :)

Jomlah intai resepinya yg mudah tu ~__^



RESEPI IKAN BAWAL CERMIN SAMBAL SERAI 

Bahannya :-
  • 3 ekor bawal cermin sederhana besar
  • 4 biji cili merah*
  • 8 biji cili api* (boleh kurang/tambah mengikut kepedasan masing-masing)
  • 2 batang serai (dihiris dulu)*
  • 1 inci halia*
  • 1 labu bawang besar*
  • 3 biji bawang merah kecil* (*dikisar sekali)
  • garam dan kunyit utk goreng ikan
Caranya :-
  1. Kunyitkan ikan bersama garam, kemudian goreng ikan sehingga habis, ketepikan.
  2. Tumis kan bahan yg dikisar dan letakan garam, goreng sehingga wangi.
  3. Kemudian masukan ikan ke dalam kuali gaul mesra bersama sambal tadi.
  4. Angkat dan siap dihidang bersama nasi putih panas.


18 ulasan:

  1. Apakah yg ku masak bawal cermin hari tu ek??? Ha....masak kari weyh...
    Tengok gambo ko ni CH mak jadi teringin pulak nak makan bawal cermin masak sambal serai ni. Terbayang bayang kelemakan isi dia tu...ohhh....Mak jarang masak sambal buh serai ni tp pernahlah....dan mmg tau rasanya akan jadi sedap. Bila bila nanti nak masak mcm ko nilah CH...

    Kak Ton tu kan CH mmg nak kena ketip mulut dia tu tau...saja nak ajak gusti lengan lew tu....

    Pertanyaan ko tu mak dah reply tau....meh le singgah rumah lagi kalau nak tau jawapannya hihi....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nom..
      CH dah baca pencerahannya tu..
      Baru hilang blur CH hahaha..

      Padam
    2. Eh, betullah! Kata tak tahu nak masak apa. Kita bagi suggestion aje. Itu pun nak marah ^_^ Daripada kerang butter nestum, lebih baik bawal cermin butter nestum. Sampai ke tulang boleh makan! Betul tak, CH?

      Padam
  2. aduh la kak... kalau dana pun mau hilang ngantuk tgk harga sekilo rm31 perrrkkkh...
    mmg ngn tulang2 ngn sirip2 kene mkan licin almaklum mahal hehehhe...

    anak2 suke mahal pun jd seronok msk kan kak

    BalasPadam
  3. RM31 sekilo...huhuhuh..
    jap, kalau ikan tenggiri sekilo berapa ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikan tenggiri murah sikit DZ..
      Sekilo baru RM23.00 jer..
      Gi lah beli..
      Suruh wife masak sambal serai ni hahahha

      Padam
  4. ya Allah kak..bawal cermin mmg sedsap....isi lembut ajekkk..selalu lieya buat masak pindaang ajek boh bendi boh tomato...laju budak2 ni menghirup...pas ni leh try resepi akak nie...terbayang2 gak wangi2 serai tu sambalnyer.....

    BalasPadam
  5. mahal juga ikan bawal cermin ya..sedap ikan masak serai harum bau serainya.

    BalasPadam
  6. ikan tu mahal sekarang..jadi ikan orang kaya

    BalasPadam
  7. Mak ai mahalnya yatie...tapi takpelah dah nak makan beli je lah,apatah lagi budak2 suka kan...mamanya pandai pelbagaikan masakan.
    Kat rumah akak ni kalau budak2 balik ikan masak sambal gini kejap je licin .

    BalasPadam
  8. Dato K jalan2 tgk resipi kat sini :)


    Jom Terjah! >> Review Produk Kecantikan & Kesihatan Antarabangsa Terbaik Keluaran RF3 World FirMax3 Malaysia :)


    BalasPadam
  9. apalah jiran tu..ada ke patut bawal goreng butter disuggestnya.hahaha..

    apa jenis sambal pun memang peberet sy..so tgok bawal cermin masak camni memang terliur tau

    BalasPadam
  10. Argghh, CH. Suka saya bawal cermin masak sambal serai macam ni. Asal ada serai, saya sukalah sebab bau wangi dan rasa sedap. CH ni saya rasa masak apa pun sedap. Even goreng ikan masin pun sedap ni. Hahaha!

    Eh, mana pi hari ni takda entri? Saya tengah berkobar-kobar jiwa raga nak meroyan mengomen tau!

    BalasPadam
  11. Kak Zai sekeluarga memang suka makan sambal mcm ini.

    BalasPadam
  12. Kak Zai sekeluarga memang suka makan sambal mcm ini.

    BalasPadam
  13. sedapnya..nnti nk cuba buat jgklah

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)