JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 21 Mac 2016

RIANG RIA WET WORLD SHAH ALAM AJER ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Setelah menghabiskan segala homework sekolah, saya membawa mereka ke Wet World pada hari sabtu yg baru ini bagi mereka release tension sikit dengan homework tu dan menikmati cuti sekolah dengan sedikit kegembiraan T__T..
Saya macam nak memberi cadangan kepada pengurusan Wet World Shah Alam agar kaunter utk membeli tikit itu dibuka pada 9.00am dan boleh masuk kedalam tu pukul 10.00am, tak lah membazir masa beratur membeli tikit tu bila dibuka pada pukul 10.00am.. 
Tengoklah gambar tu budak bertiga tu beratur panjang kemain.. saya sampai situ pukul 9.45am.. suruhlah mereka beratur tak daya saya nak berdiri lama dek mamanya dah kilauan emas ni kan ~__^
Saya pergi disaat akhir cuti ini ingat orang kurang lah tapi punyalah ramai juga orang.. *__*

Sebelum permainan yg agak2 ekstrem itu dibuka pukul 11.00am mereka bertiga ni layanlah kolam dan slide yg biasa-biasa ni.. sekali joint dengan kanak2 kecil hahaha :D

Kemudian meluncur pula di slide yg agak panjang sedikit.. nampak kegembiraan mereka disini.. hilang stress tu.. barulah nak menikmati cuti sekolah yg sebenar.. mama dulu masa kecik slide kat batu jer tepi sungai hahhaah ;)


Pukul 11.00am baru di buka permainan yg ekstrem tu.. pertama sekali mereka  menaiki Monsoon Buster Adventure.. pergh memang terpekik terlolonglah mereka menaiki tu hahaha.. turun dari slide tu dah start terpekik hahaha :)
Saya dah pesan pegang kuat2 takut jatuh dari pelampung tu..

Oleh kerana en suami tiada hari itu kerana ada kursus terpaksalah saya melayan mereka.. saya kenalah naik dengan Nabil.. laju jantung mama yg dah kilauan emas ni naik sama Monsoon Buster Adventure ni.. tak sabar nak menunggu sampai ke akhirnya  :D

Selepas tu naik pula Thunder River.. lebih kurang macam kita merentasi air sungai jeram tu.. mereka lepas ramai-ramai adalah 4 pelampung tu..  airnya sungguh deras dan laju.. saya pesan kat Nabil pegang kuat2.. di belakang saya ada seorang bapa membawa anak perempuannya.. usia mungkin dalam 4 tahun kot.. saya pesan juga kat dia pegang lah anak tu.. tapi boleh lak sombong dengan saya.. berbeza dengan bapa yg membawa anak lelaki yg didepan saya.. sampai di satu selekoh dan air yg deras anak perempuan lelaki itu tercampak keluar dari pelampung tu.. berderau darah saya.. cepat2 ayahnya terjun menangkap anaknya yg jatuh tu.. nak sampai ke penghujung tu agak jauh juga dan dalam tempat tu.. dah lah anaknya tak dipakai pelampung keselamatan tu.. aduh geram betul saya..  

Kemudian kak Nabilah dan najeeha pulak menaiki Thunder River ni... puas saya pesan dengan mereka berdua pegang kuat2 alat pemegang dipelampung tu.. supaya tak tercampak keluar.. Nabil pun mengulang menaiki ni dgn kak jeeha nya tu :)

Yang ini lagi adventure .. Storm Rider.. naik kemain tinggi ke puncak.. mula-mula naik kak Nabilah dan Najeeha.. saya pesan juga mereka berhati-hati.. berputar laju bila berada didalam gelungan tu sebanyak tiga kali.. tengok gambar tu nampak gambar kepala kak Nabilah punya tak sempat nak ambil gambar sebab lajunya..


Kali pertama menaiki Storm Rider ini, nabil naik dengan saya, takut juga nak lepaskan dia naik dengan kakaknya saja.. apabila saya menaiki, memang takut jiddan hahahha.. sama kuat jerit saya dengan Nabil :D
Kemudian baru saya lepaskan Nabil naik dengan kak Nabilah.. itu pun pesan berkali-kali pegang kuat2.. berulang kali mereka menaiki permainan diatas.. saya dah tak larat.. menunggu dibawah ajer mengambil gambar..

Pukul 1pm semua permainan adventure tu ditutup sampai pukul 2.00pm.. masa tu baru mereka kelaparan nak makan kan.. makan disitu murah juga.. kalau yang mee rebus, mee kari, mee sup baru RM3.50 semangkuk dan air oren tu baru RM1.50/cup.. Saya beli burger ayam dan air milo panas, burger tu siap dengan air RM4.00 dan air milo panas tu RM1.20/cup kalau tak silap saya.. ada juga saya bawa nasi goreng ayam yg saya buat breakfast pagi tu sebelum ke Wet World ni walaupun makanan luar tak boleh bawa masuk hihihi :)

Rupanya kali terakhir saya pergi Wet World ni pada tahun 2012 masa tu Nabil baru berusia 5 tahun , Jeeha 7 tahun dan Nabilah 9 tahun.. itu pun bila FB kata See Your Memories 5 Years Ago hahahha..
Masa tu Nabil tak lepas dengan pelampung kereta dia tu.. tenggelam dia kalau tak pakai pelampung tu, tengok air tu pun dah paras pinggang en suami.. tapi sekarang lebih seronok dan adventure berbanding 5 tahun yg lalu..

Balik dari situ dah pukul 2.30pm.. selepas solat Zohor terus budak 3 orang ni terbungkang tido hahaha.. penat sangatlah tu :D

19 ulasan:

  1. Seronok anak2 ya yatie...taklah stress sangat ngadap homework je.Iman semlm dah mula sekolah pun dah banyak bawak balik homework..
    Murah je makanan yang dijual ya yatie,kalau kat BP ,aduhai mahalnya .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye kak saniah..
      Kesian kat dorang tu..
      Muka stress jer buat homework tu..
      Bila janji nak bawa gi Wet World tu..
      Laju jer menghabiskan kerja sekolah tu :)

      Padam
  2. Alahaiii.. tengok muka masing2 kemain hepi lagi. hehehe
    kalo Zura mmg x berani nak naik yg adventure2. selalu kalo pi water park memang main air jer. penakut. hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nampak sangat kegembiraan mereka disitu kan Zura..
      Akak pun penakut jugak..
      Anak2 jer yg berani..
      Tapi tak ada sapa nak jaga ..
      Terpaksalah akak berani jugak ;)

      Padam
  3. Boleh di katakan..
    dah lama jugak x pegi sini..
    last pegi pun time sekolah rendahhh..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuhu lama betul tu Nieyl..
      Sekarang lagi happening Neyl..
      Bawalah anak buah datang :D

      Padam
  4. Masa 2012 Nabil tak pandai menikmati betul-betul lagi Yati
    Kali ini pergi dgn kakak-kakak dah sama-sama tahu menikmati mestilah kegembiraannya berganda-ganda.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye kakzakie..
      Masa tu Nabil kecil lagi..
      Jadi takut2 lagi dgn air dan kakak2 nak cuba yg ekstrem tu pun tak berani..
      Sekarang mereka menikmati dengan bersungguh2 segala permainan tu :D

      Padam
  5. wah macam best jer wet world ni, dah lama juga tak kesini walaupun tempat je dekat saja...

    nampak sangat anak2 gembira dapat bermain air tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah bertambah best yan..
      Boleh bawa anak2 datang yan..
      Kalau dah dekat dgn tempat yan tu..
      Akak pun 10 minit jer dari rumah..
      Itu pun setelah 5 tahun baru bawa pergi lagi hahahah..

      Padam
  6. Ada juga ko bawa anak2 gi main2 air T....aku duk umah ajer lah...suruh Yana buat homeworks..dah tu pegi mandi lama2 dlm bilik air....hahahaha...bapak kejam aku kan T...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha memang bapak kejam ko Nee..
      Main air dalam bilik air jer..
      Cer bawa mandi Tasik Biru Kundang tu..
      Berbaloi jugaklah hahhahaha..

      Aku pun sebab dekat dgn rumah Aini..
      Tak sampai 10 minit gi sana..
      Melampau sangat lah aku tak bawa..
      Itu pun setelah 5 tahun berlalu..
      Adik beradik bapak kejam jugak aku ni Aini hahahha :D

      Padam
  7. wahh seronoknya mereka. mesti anak2 happy ni :)

    BalasPadam
  8. wahh seronok nyer tgk dia orang mandi manda!

    BalasPadam
  9. happy anak2 ye kak
    seriau saya baca budak tercampak keluar tu..
    tgk gambar..ingatkan nasi dlm bekas tu pun dijual
    rupanya bwk bekal..mujur lepas ye kak.

    BalasPadam
  10. Saya oernah pergi sini sekali jer CH. Masa tu yg sulung tu rasanya kecik lagi. Pas tu tak pergi pergi dah ....
    Dulu rasanya kecik jer kawasannya. Tak sangka dah semakin maju rupanya Wet World Shah Alam ni.

    Hish... berani jugak hang yek CH naik benda benda tu. Kalau mak mmg tidaklah...seram weyh ! Kang mak tercampak mcm budak kecik tu kang, tak de sapa nak tangkap hihi....

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum Kak Norhayati Mohd Isa, my name is Amirul and I'm contacting you from Wet World Shah Alam. We would like to invite you to a splashing new carnival happening very soon and would like to request you for your contact details such as your email address. Please contact me at amirulasyafi@owg.com.my with your details. Thank you.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)