Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 9 Mac 2016

NYOSA TAK RASO.... hahhaha ~___^

Salam petang yang ceria kekawan.. :)

Beli daging kambing perap panggang ni kat adik ofis ni, yg 500gm ni RM17.00.. memang sedap dan berbaloi.. sesuai sangat lah dengan slogannya tu "Nyosa Tak Raso" di buat di Negeri Sembilan patut lah cakap nogori hahahha..

Saya main panggang memanggang ni dah lama.. masa cuti CNY tu lepas tengok si lieyalatif main bakor membakor ikan keli tu hari.. jeles lah pulak nak memanggang nya.. tapi saya guna pemanggang ajaib jer huhuhu.. tak ada pemanggang macam mommies vogue tu hahaha.. bersyukur lah yati ooiii apa yg ada.. terpanggang juga kambing ko tu hahhaha..


Kami regukan dengan coleslaw juga.. buat part coleslaw ni di sediakan oleh Najeeha.. senang bangat tak payah main api hahha.. Nabil sebagai pembantunya sebab dia memang hantu coleslaw ni kalau makan kat KFC tu.. tu yg buat coleslaw ala-ala KFC ni
Resepi saya senang sangat kekawan..

RESEPI COLESLAW KFC MUDAH
Bahannya :-
- 1 batang karot merah di parut
- 1/4 bahagian kobis di parut
- 1/4 cawan susu segar
- 4-5 sudu besar mayonis
- sedikit garam
- sedikit serbuk lada sulah

Caranya :-
1. Didalam mangkuk satukan susu, mayonis dan garam, kacau hingga sebati.
2. Kemudian masukan kobis dan karot yg diparut tadi. Taburkan sedikit serbuk lada sulah dan gaul sekata.
3. Sejukan dalam petiais sebelum menghidang.


Buat CheeseWedges ni tugasan kak Nabilah apa lagi.. dia dah besar sikit.. boleh lah main api dengan dipantau oleh saya.. dia pun yg paling suka wedges ni kalau balik madrasah di buat sendiri je cheese wedges ni..
Jom intai resepi wedges ala-ala KFC jugak ~__^

RESEPI CHEESE WEDGES KFC

Bahannya :
- 5 biji kentang
- Garam sedikit
- Kiub Ayam
- Sedikit tepung gandum
- Serbuk lada hitam

Caranya :
1. Rendam kentang dalam air suam selama 2 minit, kemudian potong kentang bentuk wedges KFC tu. Lepas tu rebus dalam periuk hingga empok, jangan lembik sangat, masa merebus letak garam dan sedikit kiub ayam tu.

2. Lepas tu angkat dan toskan, biarkan sejuk seketika. Kemudian gaulkan dengan tepung gandum dan sedikit lada hitam tu.

3. Kemudian goreng dalam minyak yang banyak, sebentar sahaja sebab kentang tu dah direbuskan, bila dah kekuningan tu boleh lah diangkat dan ditoskan.
4. Lepas tu boleh dihidangkan bersama sos cheesy (ni saya beli ready made jer) dan mayonis.

Siap sudah kambing panggang saya ni.. tak payah sos lada hitam sebab dah diperap sekali.. memang nak mengulang beli lagi ni.. nak beli yg satu kilo pulak.. baru puas anak-beranak makan kan *__*

Ini pinggan saya.. mama dah kilauan emas .. kata Nabil tak boleh makan banyak.. cukup tu buat rasa hahhaha..
Dia yg sungguh2 mentedarah lieyalatif oiiii .. suka benor dengan kambing panggang.. kalau pergi rumah kenduri ada kambing panggang .. itulah yg ditujunya..

9 ulasan:

  1. Hihi..,mama kilauan emas ya Nabil...hihi...

    BalasPadam
  2. fav kambing ni...lama tk buat perap sdiri

    BalasPadam
  3. Hang beli kambing panggang tu dengan Lieya Latif ke CH....Bukan main lagi pemes dia kat entri hang kali ni hihi....

    Mak dah terliur ni tau. Mana nak mencekau kambing panggang tu. Lieya Latif jauh....hoho....

    Kambing panggang mmg gu dialah coleslow tu. Confirm terlajak sedap tu.Tak pernah weyh buat wedges sendiri

    BalasPadam
  4. Wah knor pun tumpang terliur jugalh..,

    Dppppnyeee kambing bkrr..kna plk dgn salad tu hahhh

    BalasPadam
  5. Wah knor pun tumpang terliur jugalh..,

    Dppppnyeee kambing bkrr..kna plk dgn salad tu hahhh

    BalasPadam
  6. Ala kak.... Nak jugaaakk...

    BalasPadam
  7. Hang beli kambing panggang tu dengan Lieya Latif ke CH....Bukan main lagi pemes dia kat entri hang kali ni hihi....

    Mak dah terliur ni tau. Mana nak mencekau kambing panggang tu. Lieya Latif jauh....hoho....

    Kambing panggang mmg gu dialah coleslow tu. Confirm terlajak sedap tu.Tak pernah weyh buat wedges sendiri

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)