JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 9 Ogos 2016

Mengapa KWSP Tidak AUTOMATIS Tukar Bagi MUSLIM...😊


MENGAPA KWSP TIDAK AUTOMATIS TUKAR BAGI MUSLIM? (ULASAN PERIBADI SAYA - KEMASKINI)

Alhamdulillah selesai menukar ke Simpanan Syariah pagi tadi jam 7:30 pagi. JANGAN bimbang, saya yakin alokasi rm 100 bilion adalah mencukupi untuk peringkat awal, jika ada permintaan lebih, sudah ada peruntukan yang menanti. Setiap hari dijangka RM 3- 5 bilion simpanan pencarum akan berubah ke simpanan syariah.

Justeru tidak perlu terlalu tergesa-gesa pada hari ini kerana masih besar alokasi simpanan Syariah.

Mengapa tidak auto tukar untuk orang Islam?

TIDAK boleh auto kerana keperluan legal utk pastikan benar-benar identiti pencarum menukar sukarela. Jika tidak, bakal bercanggah dengan peruntukan perlembagaan yang tidak benarkan keputusan secara tidak pilihan sendiri dalam hal melibatkan agama. Kita tidak mahu wujudnya pertikaian kemudian hari dan sudut perlembagaan dan undang-undang. Tambahan pula simpanan syariah TIADA jaminan minima bagi dividen dan iulan itulah ciri pelaburan untuk patuh Shariah.

Kesimpulan, kenapa ahli beragama Islam tidak auto Simpanan Shariah?

1. Terdapat risiko perundangan sekiranya penentuan jenis akaun ahli dibuat berdasarkan agama dan ianya dilihat sebagai bertentangan  dengan Artikel 8(2) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan "...tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang.." . Jika kalian tidak setuju jawpaan ini, maka silakan baca jawapan seterusnya.

2. Perubahan ke Simpanan Syariah memerlukan akad Wakalah melalui ijab dan qabul secara jelas bertulis. Buat masa ini KWSP tiada kaedah yang lebih efektif dan berkesan selain secara fizikal di kaunter kerana untuk diuruskan secara patuh Syariah, ia memerlukan terma khusus dan mandat jelas kepada KWSP utk mengurus dan melaburkan secara patuh Syariah. Hal seperti ini TIDAK BOLEH secara automatik tanpa disedari pihak pencarum.

3. Kerana pihak KWSP TIDAK punyai data status agama yang lengkap bagi semua ahli pencarumnya, ini kerana dahulunya, pendaftaran tidak mewajibkan status agama ahli dinyatakan. Hanya status bangsa yang ada, bangsa semata-mata tidak mampu secara jelas menentukan agama seseorang. Dalam bahasa mudah , kwsp tidak tahu anda beragama apa, tidak ada dalam data mereka, so bagaimana boleh ubah secara automatik?

4. Saiz permulaan dana Simpanan Shariah yang perlu diuruskan oleh KWSP akan menjadi lebih besar dan ini akan menyukarkan perancangan pelaburan KWSP yang perlu memastikan pertumbuhan yang mendadak ke atas pelaburan aset patuh syariah bagi setiap kelas aset, selari dengan pertambahan simpanan ahli Simpanan Shariah.

5. Simpanan Syariah ada ciri-ciri yang penting dan sangat berbeza dari konvensional seperti tiada jaminan MINIMA dividen pada kadar 2.5 % seperti konvensional dan pulangan juga adalah berasaskan prestasi sebenar dan sebarang jaminan dividen boleh menjatuhkannya ke dalam elemen riba. Justeru, jika diubah secara automatis, dibimbangi apabila berlakunya perbezaan dividen di antara Syariah dan Konvensional, mereka yang ditukar secara automatik akan membantah dan mempertikai apabila dividen Halal lebih rendah. Perlu diingat, dividen kedua-duanya kini boleh berbeza, lebih rendah atau lebih tinggi.

Jika kalian mampu membaca sehingga di sini, saya ucapkan tahniah kerana menjadi masyarakat yang tidak malas membaca dan mendapatkan fakta sebenar sebelum mengomen.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Sumber : Facebook

P/s Saya tengah berbaris ni.. nanti saya update ye😊😆 :)

Update pada 10.25am

Saya sampai di KWSP Klang pada pukul 7.50am. (selepas hantar anak ke sekolah terus ke mari, pergi bersama dengan en suami, smlm tak dapat pergi sebab en suami outstation ke Ipoh) tengok dah ada 30 orang yg beratur dipintu masuk KWSP.. KWSP buka pada pukul 8.15am..
Saya dapat Nombor giliran pada pukul 8.23am. Nombor giliran saya 8602 nombor terkini 8554.. tapi kaunter buka banyak.. 13 kaunter , dalam 15 minit nombor saya , nombor en suami 8601, jadi nombor dia panggil dulu, elok pulak saya sebelah kaunter dengan en suami, sebab dia tak tahu nombor poskod rumah hahhaha.. nasib baik sebelah kan.. Urusannya dalam 10 minit ajer gitu..

Inilah sijil akad kita kena buat, jadi tak boleh lah nak buat secara auto kan.. kena ada cop jari pastu baca jer akad tu disitu selesai lah.. Saya pun tak banyak tanya.. sian orang yg menunggu gilirankan.. pukul 9.00am selesai semua urusan. Terus balik ke opis.. minta waive 2 jam jer hehehe..

Jom kekewan kita Jihad .. Tukar simpanan syariah..

19 ulasan:

  1. Sebab ada akad tu yg kita kena jugak pegi KWSP untuk menukar kan..
    MJ je belum lagi berkesempatan nak p tukar, harap sempat la :)

    BalasPadam
  2. ramai yg serbu... cik suami belum lg berkesempatan pergi tukar... insyaAllah lepas ni...:)

    BalasPadam
  3. tQ share info ni..semalam pegi jugak tapi tak sempat..ramai sgt

    BalasPadam
  4. sy paling lemah nak berurusan di kaunter2 ni Kak Yati. kan bagus kalau boleh buat secara online.

    BalasPadam
  5. Belum pergi tukar lagi..... tunggu pakwe cutilah nampaknya... Mak punya KWSP pun layak buat pertukaran kan..... takkan lah tak layak, mak pun ada gak simpanan dlm tu walaupun seciput....tak gitu beb!

    Insyaallah kalau Syariah ikut Islam tak de yg salah....

    BalasPadam
  6. WAH DH SELESAI URUSAN PENTING TU BAGUSLAH

    BalasPadam
  7. tak sempat lagi nak pergi tukar...tunggu reda sikit.

    BalasPadam
  8. tu la kak..busy kwsp sejak dah lancar simpanan syariah ni..bagus laaa...ramai yg nak bertukar ke arah syariah..termasuk yg bukan muslim pun.... tapi rasenye servis kwsp okey kan kak..ramai2 pun masih dlm keadaan terkawal lagi....

    ape yg pasti pengguna perlu ilmu didada dulu pasal simpanan syariah nieh...tak la masing2 buat andaian dan kesimpulan sendiri....

    BalasPadam
  9. cpt ye kak urusan kul9 dh settle, bila buka kaunter banyak... mmg banyak urussan boleh di segerakan

    BalasPadam
  10. Akak wlpun lebih 20 thn dah tak kerja tapi tetap ada kwsp ...tapi ciput lah yatie...

    BalasPadam
  11. Kakak pun buat pagi tadi Yati. Kat JB pun boleh tahan ramai juga. Kakak pun tiba jam 7:30 pagi. Cepat siap boleh katakan cekap kakitangan KWSP - tak sampai 5 minit setiap satu.

    Sebaiknya tukarlah buat kita yg Islam ni.

    BalasPadam
  12. In sha allah nak uruskan hal ni hari Jumaat ni.. kak CH.. memang kena beratur awal ke ?

    BalasPadam
  13. Tak tukar sebab tak kene mengena dgn kwsp ;)

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum. Nak tanya bg yng pernah buat pengeluaran bole tukar ke?

    BalasPadam
  15. Saya pun nak tukar juga tapi belum berkesempatan nak jejak pejabat KWSP ni. Kena ambil cuti kalau nak pergi.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)