JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 24 Ogos 2016

TIPS IBUBAPA DAN PELAJAR..Juga Warkah Guru Kepada Ibubapa 😆😊 ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Sumber : Google


*WARKAH GURU KEPADA IBU BAPA*

Ibu bapa yang dikasihi sekalian,

Anak-anak akan menduduki peperiksaan tak lama lagi. Saya tahu tuan puan bersemangat untuk memastikan anak masing-masing dapat menjawab dengan baik.

Namun, sentiasa ingat, ada di antara anak-anak itu, adalah seorang artis; yang tak perlu memahami matematik.

Ada juga yang berjiwa usahawan, yang tidak peduli pun tentang Sejarah, atau pun Kesusasteraan Inggeris.

Ada juga berkemungkinan ahli muzik, yang mana markah subjek Kimia, tidaklah berharga.

Ada ahli sukan, iaitu mereka yang kemantapan fizikalnya jauh lebih penting berbanding subjek Fizik.

Jika anak anda mendapat markah tertinggi, baguslah. Namun jika tidak, tolonglah jangan rampas keyakinan dan maruah diri mereka.

Katakan pada mereka, tak mengapa, itu hanyalah peperiksaan. Mereka ditakdirkan untuk perkara yang lebih besar dalam hidup

Katakan juga pada mereka, berapa pun yang mereka dapat, anda tetap sayangkan mereka, dan tidak menilai mereka.

Jelaskan juga kepada mereka, redha dengan apa sahaja ketentuan ALLAH SWT. ALLAH maha mengetahui apa yang terbaik untuk mereka.

Terangkan juga kepada mereka, apa saja pekerjaan yang mereka lakukan samada doktor, pensyarah, peguam, peniaga, jurutera, pekerja kilang, mahupun tukang cuci  atau tukang sapu atau apa saja semuanya ada nilai kejayaan bila mana mereka meletakkan ALLAH dan RASUL dalam hati mereka.

Sila berbuat begini dan setelah itu, lihat sendiri bagaimana anak anda menguasai dunia. Satu peperiksaan atau markah 90% tidak akan dapat merampas impian mahupun bakat mereka.

Jangan sangka hanya doktor dan jurutera sahaja yang bahagia di dunia ini.

Yang benar,
Guru

Utk para ibubapa.. sgt bermakna buat kami semua ibubapa yg sentiasa mengharapkan kejayaan yg cermerlang pd ank2.. moga ALLAH sentiasa permudahkan urusan ank2 kita utk mengadapi peperiksaan.. Aamiin Ya Rabbal A'lamin..
🌻🌹🌻🌹🌻🌹🌻

Sumber : WhatsApp.

p/s saya sedang BZ sungguh ni , 2 hari saya berkursus dan hari ini baru masuk ofis, entri pun yg CnP saja.. maaf saya masih tidak dapat BW ke blog kekawan.. InshaAllah saya terjah ye :D..
Nom pandai ko teka ye .. kita bz Nom :D

12 ulasan:

  1. yangni saya dapat dari grup whatsapp mula dari principal di India lepastu principal di Singapura..tu dalam bahasa inggeris yang ni bahasa malaysia dari seorang guru sahaja...
    apapun mesej yang hendak disampaikan memang sangat berbekas di hati ini...

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..itu yang saya terapkan pada anak-anak..tak kira nak jadi apa ekali pun asalkan beriman.

    contoh nak jadi doktor..jadilah doktor yang beriman, nak jadi chef jadilah chef yang alim beriman..begitulah.

    BalasPadam
  3. Tak kira siapa pun kita, berjaya cemerlang pun ttp ingat Allah n Rasul...
    Moga ank2 kita cemerlang dunia akhirat

    BalasPadam
  4. Itu yg dikatakan berjaya bukan bermakna yg stright A's aje Yati.
    Iman pun kena cemerlang juga. Nanti dpt anak cemerlang akademik tak tak mampu doakan kita ketika kita di alam sana - menyesal juga jadinya.

    BalasPadam
  5. Ingatkan CH tengah ulangkaji juga sebab anak nak ambil exam besar ni ^_^

    Betul tu, CH. Lagi kita leter, lagilah mereka buntu dibuatnya. Belajar ni bukan boleh paksa. Betul kata-kata di atas tu, apa guna Kimia kalau kita nak jadi artis. Apa guna Matematik kalau impian kita langsung takda kaitan kena lulus subjek ni. Saya memang setuju!

    BalasPadam
  6. tersentuhnya...
    kalau dana tgk trend skrg nih kak ibu bapa berebut2 share kepandaian, keputusan cemerlang anak2 kt fb kt ig... mcmna ngn anak2 yg kurang berjaya kurang cemerlang... hati mereka?

    moga dana boleh jd mama yg lbh memahami sbb dana pun bukan sempurna bukan cemerlang... mereka dh cuba sehabis baik

    BalasPadam
  7. Nak UPSR ni, ibu bapa yang kelam kabut,
    guru-guru yang tunggang langgang,
    semua nak cemerlang.
    Dengarnya taun ni dh 6 subjek,
    bertambah beban budak2 tu.

    BalasPadam
  8. Betul jugak tu kalau difikir balik ...... Ramai sekarang ni yg berjaya bukan cemerlang sangat pun dulu dulu. Tap yelah, namanya pun mak bapak, kalau boleh mmg nak tengok anak anak kita cemerlang dari awal.

    Ko tak pelah Tie, baru UPSR je pun, mak ni SPM hokey!!! Kecut perutku weyh. Kita serahkan ajelah pada Allah. Dulu masa anak sulung mmg terlebih risau, tapi dah yang bawah bawah ni mcm cool pulak...

    Betul rupanya tekaanku...

    BalasPadam
  9. Sebagai ibu bapa kita hanya perlu menyokong dan memastikan anak berada dalam landasan yang betul..
    Dia nak jadi apa, terpulang pada dia.. apa pun keputusannya adalah usahanya sehabis baik..

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)