Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 1 Ogos 2016

Raikan Cinta Dan Raya Lagi 😆😊

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendak nya..

Hainom .. ingat kan nak mengeram lama sikit sampai telur menetas .. tapi rupanya telur yg dieram .. tembelang Nom..:P hahahah..
 jadi mari lah kita .. kembangkan kepak di blog ni utk update entri :D

Sebenarnya Nom.. balik dari kursus tu.. terasa sangat kilauan emas CH ni masa buat aktiviti tu.. nanti CH update entri lah mengenai kursus tu..


Ni nak cerita hari sabtu punya kisah ye.. pada pagi tu saya dengan kak andak pergi menghadiri nikah Nuryantie iaitu anak arwah abg hasan dan arwah kak ita.. kira anak buah saudara lah.. arwah berdua tu anak buah arwah abah.. jadi kakak nya Nurul yg pakai baju merah tu menjemput.. kata adik saya .. jadi siapa yg berkesempatan sila pergi.. meneruskan jua ingatan ukhuwah keluarga.. saya dan kak andak mewakili keluarga kami. saya tak tunggu sampai bersanding sebab nak balik cepat utk masak hehehe..
Masak apa tu ? 

Sebenarnya hari sabtu juga kami buat open house di rumah mak kat kuang tu untuk adik beradik, saudara mara dan kawan2 sekampung..
Jadi nak balik cepat sebab nak menjala lagi hahaha..
Part saya kena buat roti jala dan serawa durian.. balik dari kenduri tu terus tukar baju dan mula menjala dengan kak nabilah.. huhuhu untung banyak ada anak dara ni.. saya tak buat dwi warna buat satu warna hijau jer.. semua tertarik dengan warna hijau roti jala tu..
Malam tu kak lang, kak andak dan adik saya uda dah mula buat part mereka iaitu memasak rendang itik, rebus ketupat, siang tu tambah lagi laksa utara... gulai ayam kampung..

Antara kekawan sekampung saya yg sempat hadir.. yang dah lama saya tak jumpa ialah Rohana yg tudung coklat.. sakan berpelukan bila jumpa.. dia lama mengajar di Batu Pahat Johor, hampir 20 tahun dia disana.. baru beberapa tahun dia pulang kesini.. sebab mak dia pun tak sihat katanya..
Yang lelaki dua di bawah tu kawan sekolah dan jiran belakang rumah juga .. yang baju belang kuning tu taukeh durian.. saya mengoder durian dari dia lah untuk di buat serawa durian..

Saya oder hampir 2 guni gula durian ni kat dia.. adalah dalam 30 biji lebih.. puas lah makan durian.. tetamu yang hadir pun kami bagi makan durian ni juga.. buah durian tu boleh tahan besarnya.. isinya tebal dan elok..


Hari ahad kak ateh pulak buat open house di rumahnya.. saya pergi selepas najeeha hampir seminar peperiksaan PSRA untuk agama.. dalam pukul 6pm saya bergerak dari rumah.. adik beradik yg lain dah sampai awal.. kak ateh mula open house 2pm-8pm.. saya puasa semalam jadi berbuka puasa di rumah kak ateh.. nak menghabiskan puasa 6 saya hehehe.. menu kak ateh buat memang banyak nasi beryani, ayam masak merah, rendang ayam, dalca, laksa utara, mee hoon sup, ketupat palas dan buah-buahan..
Itulah kisah saya di hari sabtu dan ahad :D

Kekawan kemana pula :)

18 ulasan:

  1. Baguslah adik beradik hang CH bersatu hati dan tenaga, rewang masak gitu. Bukan sikit sikit punya masak tu....menjemput satu kg, macam nak menikahkan Nabilah je tau hihi....

    Weyh semalam kita pun menjala hokey.....bawak rumah mak mertuaku. kaler pun sama hijau, sebab kaler kuning dah habis, mak pun belasah ajelah kaler hijau.

    Rajinnya Kak Ateh mengopen house, dah hilang penat ke rewang masak kat kg tu?

    BalasPadam
  2. Kita dah tutup ziarah raya sejak minggu lepas, CH. Hujung minggu ni dah mula rutin harian - jalan-jalan cari makan!

    Sedapnya roti jala dan serawa durian. Dua-dua saya suka. Kalau Nabilah dah mahir, silalah hantar ke rumah saya. Saya takda anak perempuan! Hahaha!

    Jiran saya tukan, kalau orang tak update aje dia fikir mengeram telur tau. Maybe dia kot yang suka mengeram ni. Hehehe!

    BalasPadam
  3. Amboiii durian tuuuu menggamit sangat nih!

    BalasPadam
  4. wow..macam2 jenis ada..seronok. Tapi yg paling seronok tentulah jumpa semula dgn kawan lama kan kak.

    BalasPadam
  5. Bila tengah musim durian, open house pun durian ada dihidang sama kan Yati. Makan pulak ramai-ramai memang syok tak sedar tahu-tahu dah licin:)

    BalasPadam
  6. Bergotong royong ya kak...memang rengah musim durian kot ni...saba sini sinun peniaga jual durian...

    BalasPadam
  7. Duriannnnn lama nya mkn yg fresh mcm ni yatie
    Baling mai sebijik nak makn hehe

    BalasPadam
  8. meriah... mmg kene puasa lg pasni raya nih kak... mcm2 makanan kite bedal

    durian tuh geramnya kak... msti elok2 sbb nmpak baru lg nampak fresh...

    BalasPadam
  9. Banyak nya makanan...bagus keluarga yatie buat open house jemput org kampung.Nampak meriah sangat.Akak suka roti jala tapi cicah lauk pauk lah spt kari.Akak tak minat durian tapi kalau ada serawa akak bedal je.

    BalasPadam
  10. Pelbagai majlis dan makanan sepanjang Syawal ni.

    BalasPadam
  11. Meriahnya jamuan makan-makan mcm ni. Siap ada durian lagi..

    BalasPadam
  12. perghhhhhh...durian tu yang win kak!

    BalasPadam
  13. Makn2 sampai tk boleh nak masuk dahkan..
    Tersandar terus. ..kami pun lps mkn2,bantai mkn duriannjuga...adoiyaiii. .mmg ketih mkn..esoknya kna puasa ganti..klu tk tu rasa mcm melampau plkk..

    BalasPadam
  14. slmt pengantin baru utk mempelai

    lamanya x mkn roti jalaaaaaaa

    BalasPadam
  15. CH.. Kuang kat mana tuuu.. OZ pun kat Kuang jugak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oohhhh org kampung kuang juga ye..
      Rumah CH batu 17 berhadapan dgn petronas tu..
      OZ kuang kat mana..
      Entah2 kenal hahaha

      Padam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)