JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 29 Ogos 2016

KELONGSONG GANDUM SERAWA DURIAN... emmmm dapnya.. 😆😊 ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya :)

Gara-gara tergoda dengan entri Hainomokje tu lah saya pun membuat kelongsong gandum untuk diregukan dgn serawa durian ni.. hari khamis tu hari en. Suami gi kerja ke Ipoh.. singgah lagi kat Tapah beli durian lagi.. dah tahu semua dlm rumah ni penggemar raja buah ni.. di beli lagi satu karung.. tapi saya makan agak-agak juga.. takut weyyyy.. ke hospital nanti hahaha :D 😆😄

Ehhh.. jom balik ke pangkal jalan.. kisah si kelonsong gandum ni... sebenarnya lempeng je kekawan.. tapi bila dah digulung tukar namanya hahaha.. begitulah menurut cerita si hainom okje ..😆
Resepi saya mudah aje.. lebih kurang lempeng pekak kata kak rose blogger My Kuali tu..
Jom intai resepi..

RESEPI KELONGSONG GANDUM
Bahannya :-
- 2 cawan tepung gandum
- 3 cawan air suam (ikut agak ya cair tepung tu)
- 1/2 sudu kecil garam halus.

Caranya:-
1. Masukkan tepung kedalam bekas mangkuk. Kemudian masukkan garam halus. Selapas tu tuang air suam sedikit2 kedalam tepung. Kacau sehingga sebati dan tidak berketul2.
2. Kemudian sapu kan sedikit minyak kedalam pan non stick tu.
3. Lepas tu ambil sesenduk adunan tepung tadi. Tuang ditengah2 pan tu.. kemudian nipiskan menjadi bulat.
4. Apabila dibawahnya telah masak, terbalikan perlahan. Apabila kedua belah telah masak. Angkat.
5. Kemudian gulung dan letakan didalam pinggan.
6. Buat sehingga adunan habis.
7. Siap dihidang bersama sambal tumis bilis, sambal tumis sardin atau serawa durian.

Saya buat serawa durian tu dulu.. jadi bila masak je satu kelongsong gandum.. Nabil dah ambil.. tak sabar nak mencicah dgn serawa durian tu.. pastu dia tanya kenapa gulung pulak mama.. bukan ke mama kata nak buat lempeng 😆😆😄😄..  :)
ini nama baru pulak bila dah buat gulung nama nya kelongsong gandum.. :D.
Untuk resepi serawa durian tu.. kekawan boleh intai disini.. Resepi Serawa Durian

24 ulasan:

  1. wah..sedapnya ni ..eda tak pernah buat lagi macam ni..nanti boleh la try

    BalasPadam
  2. 1st time dgr kelongsong gandum..nmpk mcm pancake tp versi gulung

    BalasPadam
  3. kelongsong gandum cicah serawa durian sedapnya

    BalasPadam
  4. wahhh sedapppp... akak pun layan lempeng cicah serawa durian kemarin.... hujan2 pulak tu... memang heaven sgt....

    BalasPadam
  5. tak perasan ada resepi ni. nanti nak cubalah, sounds menyelerakan

    BalasPadam
  6. hihi ubah bentuk dah berubah nama yer.. rasa tetap sama

    saya tak pernah lg makan kuah durian dgn lempeng, selalu dgn roti jer, roti jala pun x pernah

    BalasPadam
  7. hamboih.... dh glamer dh lempeng di beri nama baru oleh kak nom

    beli seguni kak... perkkkh mmg pesta durian lah

    BalasPadam
  8. Kikiki...... udah glemerlah pulak kelonsong gandum sekarang ni Tie....
    Jadilah ek planning hang tu nak menyerawa durian. Bukan main ko beli tak main kilo kilo terus seguni. Bape Seguni tu Tie. Isi dia Ok ke? Tapi kalau setakat nak menyerawa, durian biasa biasa aje pun dah sedap ek.

    Mak ingat pun nak cari durian jugaklah, dari hari tu nak makan durian bukak kat kedai, tapi belum kena timing. Yelah ada ke lepas lunch nak makan durian, dah tentulah tgh kenyang..... Sudahnya asyik tak jadi jer. Semalam pun mak makan serawa durian gak Tie kat rumah mak mertua, tapi dgn pulutlah.....

    BalasPadam
  9. Singgah pagi isnin...
    hari sabtu pun nieyl makan...roti jala ngan serawa durian...

    BalasPadam
  10. Wah.. sedapnya.. makan pula dengan kuah durian..

    BalasPadam
  11. Power gak resepi Hainom OKje ni, CH.. mantop ganding ngan serawa durian..

    BalasPadam
  12. saya pun makan serawa durian Sabtu lepas. tapi makan dengan roti gandum je haha. roti gardenia.
    hari Ahad, sambung dengan pulut durian pulak.

    BalasPadam
  13. Kakak selalu juga buat gini Yati
    Tapi kakak panggil lempeng aje. Cecah sambal tumis pun sedap juga.

    BalasPadam
  14. ya Allah ya tuhanku..sedapnya...lama tak makan benda ni.duk putrajaya tak reti nak cari kat mana.mujur kak kongsi resepi, nnt bole buat kat rumah.

    jom jemput singgah sini, jangan lupa join sekali untuk menangi set Skinfood bernilai RM200 :)

    http://www.yayacendana.com/2016/08/skinfood-worth-rm200-set-korean-beauty.html

    BalasPadam
  15. CH pun buat kelongsong gandum! Saya lebih prefer guna perkataan lempenglah, CH.

    Ni dah dua kali terbaca. Rasa macam nak buat juga tapi durian dah habis kena bedal, cicahkan dengan sambal tumislah nampak gayanya!

    BalasPadam
  16. ala tak sukanya baca entri akak ni...serawa durian sedapnyaaa

    BalasPadam
  17. tenganga .kita tak pandai makan ni..kalau dapat nak jugak rase.

    BalasPadam
  18. perghhhhh...ini terbaekkk ni kak...

    first time saya dengar kelongsong ni kak...

    BalasPadam
  19. Nampak cntik gebu menarik kelonsong tu..nmpk kk sdppp

    BalasPadam
  20. Musim durian ni, Pn is3 selalu juga buat lempeng cicah serawa durian.
    Tak payah gulung2, terus ngap aje. Lempengnya pun tak payah garing2.

    BalasPadam
  21. 1st time dengar kelongsong gandum. Sedapnya serawa doyan tu.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)