JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Ahad, 7 Ogos 2016

Kek keju coklat

Assalamualaikum kekawan..
Nampak sedap pulak.. jom parking kat sini dulu.. asyik lalu je kat wall..




Resepi Kek Coklat Keju.
====================

Bahan-Bahan :

Kek Coklat (Bahan A)
4 biji telur
90 gram gula pasir
75 gram tepung gandum protein rendah
15 gram serbuk coklat
¼ sudu teh baking powder
75 gram margarine
75 gram dark cooking chocolate (dipotong kecil-kecil)
199 gram keju parut

Cara Membuat Kek Coklat :

1.Campurkan margarine dan dark cooking chocolate, kemudian cairkan. Angkat, dan ketepikan.
2.Pukul gula pasir dan telur sehingga kembang dan pekat. Masukkan campuran margarine dan coklat tadi, baur sehingga sebati.
3.Kemudian masukkan pula tepung gandung, serbuk coklat dan baking powder. Gaul hingga rata.
4.Selepas itu, tuangkan dalam loyang. Kukus selama 15 minit dengan api sederhana. Kemudian tabur setengah bahagian dengan keju parut.
5.Tuang adunan keju (bahan B) di atas adunan coklat keju. Kukus hingga masak. Angkat dan sejukkan. Kemudian sapu dengan ‘butter cream’ dan taburlah dengan keju parut.

Bahan Untuk Resepi Kek Coklat Keju

Kek Keju (Bahan B)
3 putih telur
4 kuning telur
75 gram gula pasir
65 gram tepung gandung protein rendah
20 gram susu serbuk
¼ sudu the baking powder
60 gram margarine
60 gram cheese spread
60 gram white cooking chocolate, cairkan dan pukul dengan margarine dan cheese spread.

Cara Membuat Kek Keju :

1.Pukul gula pasir dan telur hingga kembang dan pekat.
2.Masukkan campuran cheese spread dan white cooking coklat cair, baur hingga sebati.
3.Masukkan tepung gandum, baking powder, dan susu serbuk sedikit demi sedikit sambil dibuar rata.
4.Bahagikan kepada dua bahagian. Masing-masing dituang ke atas loyang yang berisi adunan coklat (bahan A yang telah dikukus selama 15 minit.)

Selamat Mencuba !!!

Sila SHARE Supaya Tak Hilang.
Sila Comment "Mohon Share" dan tekan Share

6 ulasan:

  1. Waalaikumussalam kak yati...

    Kek yang tak cukup sepotong kalau makan...huhu

    BalasPadam
  2. fuiyooo sedap dan temptingnya kak.. 😋😋😋

    BalasPadam
  3. Wkmsalam.
    Cuma sepotong, tak cukup nak singgah.
    Mesti sedap tu.

    BalasPadam
  4. boleh try nanti Yatie mesti sedap bangattttttt ni

    BalasPadam
  5. sedapnya kek coklat. saya ada masalah dgn kek coklat ni, kalau dah start buat, satgi tak mahu berhenti2. buat masa ni, tengok aje lah resepi. hihi

    BalasPadam
  6. Bab bab membuat kuih yang mcm leceh ni mmg malas nak mencuba. Beli lagi senang hihi

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)