JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 8 Ogos 2016

RAIKAN CINTA ANAK GENGS SEKOLAH 😆😊😍 ~___^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..


Dari kanan, saya , Che Ta, Hawa (mak pengantin) dan Shidah..
Pada hari sabtu yg lalu memenuhi undangan perkahwinan anak gengs sekolah lagi.. ini kenduri perkahwinan anak Hawa yang ke tiga yakni anak sulongnya, sebelum ni yg dua tu perempuan, pada awal tahun itu hari pun Hawa buat kenduri kahwin anak perempuannya juga tapi saya tidak berkesempatan utk hadir kerana ada undangan perkahwinan keluarga jua. 
Berjanjilah dengan kawan sekolah lain sebab di Shah Alam pun saya ada kenduri juga, jadi saya pergi awal pada pukul 11am dah sampai di rumah Mashitah di Sg Serai Kuang tu, sebelum mak pengantin kemana-mana mari kita bergambar dulu kata kawan saya Che Ta .. hahahaha posing sakan lah mak dara ni kan :D

Nora taukeh katering tu yg bertudung coklat sebelah saya :)
Katering, Hawa dari Nora yakni kawan sekolah kami jugak, tak sangka dah jadi taukeh katering sekarang, sedap sungguh masakan Nora, hari itu ada Soto Ayam.. apa lagi Kak Nabilah yg suka soto sampai 2 kali bertambah, mujurlah orang tak ramai lagi sebab awal kan.. boleh lah mereka makan puas2.. saya sendiri pun selepas makan nasi beryani yg sedap itu, mencuba pula soto ayam tu... memang sedap... Dah lama saya tak jumpa Nora ni, hampir 30 tahun, bila hawa kata dia ambil katering Nora tu yg sakan nak berjumpa, Nora rupanya dah ada 2 orang cucu.. hahhaha nampaknya CH kena tunggu 10 tahun lagi lah.. InsyaAllah kalau panjang umur kan ...

Matahari tengah terik memancar.. memasing mata dah kecik ajer..
Dari kanan, Shidah, Saya, Hawa, Che Ta, Nora, Mashitah, Faridah dan Siti Aishah
Sebelum nak balik tu, posing juga dgn kekawan yg datang awal, Idah nak ke Meru pun kenduri kahwin , Aishah juga hendak ketempat lain juga.. Che Ta hendak ke Kuala Selangor utk jemputan kahwin juga.. pukul 12.30 kami beredar ke destinasi masing-masing...

Kami kan tak sempat menunggu pengantin datang, jadi Maryam dengan Sanisah yg pergi lewat sempat lah berjumpa pengantin, jadi gambar ni saya ambil dari group WA ladies sekolah kami lah... anak hawa yg lelaki tu, berkahwin dengan orang kelantan, masa 2 minggu lepas raya itu hari, Hawa pergi menghantar anaknya menikah, ini kira menyambut menantulah..
Selamat pengantin baru buat kedua pasangan, tahniah Hawa kerana menerima menantu lagi..

23 ulasan:

  1. Alhamdulillah... kawan Yati dah kawenkan 3 anak dah..
    Agaknya dah bercuculah sebab ini yg ke3:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah ada 1 orang cucu kak zakie..
      Seorang lagi akan menyusul hujung tahun lagi..

      Padam
  2. Kawan2 yatie dah ada yang bermenantu dan bercucu juga ke...seronok kan tengok kawan2 dah menambah ahli keluarga.
    Dapat jumpa kawan2 lama mesti meriah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu lah kelebihan kahwin muda kak saniah ..
      cepat dapat menantu dan bercucu kan..
      Kawan saya ni umur 18tahun dah kahwin..

      Padam
  3. Kawan2 yatie dah ada yang bermenantu dan bercucu juga ke...seronok kan tengok kawan2 dah menambah ahli keluarga.
    Dapat jumpa kawan2 lama mesti meriah.

    BalasPadam
  4. SERONOK KAN BERTEMU RAKAN2 LAMA SAMBIL TURUT MERAIKAN KENDURI KAHWIN ANAK2 MRK..LAJUNYA MASA BERLALU KAN YATI...KWN2 SEBAYA RAMAI YG DAH BERMENANTU N BERCUCU.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye kak PI..
      Kekawan dah bercucu..
      Saya kena tunggu 10 tahun lagi baru nak menantu hahaha..

      Padam
  5. Tahniah2..
    Tunggu yatilh pulak dpt menantu..

    BalasPadam
  6. selamat pengantin baru.. kak yatie tinggi dari yg lain ya.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi..
      Akak ni kan model SK..
      Dari sekolah lagi kurus tinggi..
      Kalau sukan pun akak masuk lompat tinggi lagi hahhaha..

      Padam
  7. woah bestnya gathering² dgn kwn sekolah...besar dh ank kwn akak tu haa...pasni bercucu lak kwn akak kan...ehh! >_<

    BalasPadam
  8. Tahniah buat pengantin n famili..
    Moga ukhwah berkekalan...
    Hr ni dpt menantu...esok dpt cucu pula

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq Nur..
      Cucu kedua akan muncul hujung tahun ni pula nur..
      Seronok kawan akak tu..

      Padam
  9. kwn sebaya akak ke? anak nya dh besar2 sampai dh ada 3 org yg dh kawin... tp mak nya nampak mcm masih muda belia lg...

    seronok dpt jumpa kwn2 sekolah kan kak... kire mcm reunion gtu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi..
      Ye lah Dana mcm reunion..
      Hendaknya dgn tokey katering Nora tu..
      Dah 30 tahun akak tak jumpa..

      Padam
  10. Itu kelebihan teknologi sekarang ni kan kak, kawan2 lama pun boleh cari dan contact2 lagi.

    dah bercucu kawan2 akak ye, mesti kawan muda.

    BalasPadam
  11. Selamat pengantin baru buat kedua-dua mempelai!

    Mak pengantin and the gangs muda-muda belaka nampak gayanya. Bergambar pun ala-ala Che Ta semua tangan melempai pegang handbag. Hahaha!

    Awat CH sorang nampak tinggi daripada yang lain ni? ~_^

    Nampak gayanya CH kita ni antara yang lambat terima menantulah gamaknya. Entah sempat entah tidak. Orang lain semua dah bermenantu. Ada yang dah bercucu. Anak-anak kita pulak comel-comel, kecil-kecil lagi. Macamana ni nak feeling mak-mak pengantin!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha..
      Semua gaya ala2 che ta kan..
      Che ta tu nama dia Ruzita..
      Tapi dlm group tu ada 2 ruzita..
      Tu yg dia suruh panggil che ta..
      Kalau dgn dia tak kering gusi gelak..

      Ye lah MD..
      Jauh rasanya nak bermenantu lagi..
      Bak kata kwn akak che ta tu.
      Anak dia yg sulong baru 14 tahun ..
      Minta2 sempatlah menimang cucu 😆😂

      Padam
  12. Alahai dah start terima menantulah pulak.....terasalah kita ni semakin kilauan kan...
    Musim cuti hujung minggu mmg banyaklah kenduri kawen. Sampai tak terkejarkan....Bukan main lagi ko CH nampaknya, bawak beg pun dah macam datin. tak lenguh ke tangan tu weyh hihi...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)