JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Sabtu, 20 Ogos 2016

SELOKA KIAN TUA 😆😍😋

*SELOKA KIAN TUA*

Rasa seperti baru bersanding,
Rupanya berjalan paut di dinding;
Dulu tubuh badan kurus ceding,
Sekarang gendut tiada tanding.

Masa berjalan begitu cepat,
Nyamuk kenyang pun tangkap tak dapat;
Diam tak diam cucu dah empat,
Makanlah yang lembik seperti lepat.

Bercakap tersasul perkara biasa,
Tak ingat Isnin atau Selasa;
Gigi pun kurang makan tak rasa,
Berulang ke hospital untuk periksa.

Duduk di rumah tinggal berdua,
Saling memandang sebab dah tua;
Anak-anak bekerja jarang bersua,
Rumah pun sunyi seperti gua.

Berjalan susah urat dah tegang,
Tangan kebas susah nak pegang;
Terkasar gerak tangkap di pinggang,
Terkejut kucing jatuh tonggang-langgang.

Apa nak buat dah hukum alam,
Bagaikan muda baru semalam;
Pandangan mata pun asyik kelam,
Buatlah ibadah siang dan malam.
Sumber :whatapps

10 ulasan:

  1. SELOKA INDAH DINIKMATI SAMBIL DIRENUNGKAN

    BalasPadam
  2. Buat renungan orang macam kak rose ni la...hihi

    BalasPadam
  3. Saya pulak baru nak membela anak.

    BalasPadam
  4. Begitulah perjalanan hidup kita.
    Sampai masa semua ditinggalkan.

    BalasPadam
  5. Ni ha mak nak tanya... Apa motif gambo dengan seloka tu ? Dahlah gambo tu kelam .....mata mak belum kelam lagi hokey!! Hihi...

    Cantiknya rumah hang CH.

    BalasPadam
  6. Dalam maksudnya ini seloka, CH. Pada yang dah terasa-rasa diri dah tua ni, memanglah faham segala maksud tersurat mahu pun tersirat. Hahaha!

    BalasPadam
  7. Ini seloka saya yang diciplak dan diviralkan.

    BalasPadam
  8. Ini seloka saya yang diciplak dan diviralkan.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)