Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 30 Ogos 2016

Bagaimana MUMMYDEARIE Terlebih PROTECTIVE.. Takut Kes Macam Ni....

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Sewaktu saya menerima wasap ini dari grup kawan .. bergetar jiwa raga saya.. luluh hati.. bagaimana perasaan ibubapanya..
Tu lah kekadang ni anak bergurau tak kena tempat.. akhirnya maut menemui kawan.. pas tu teringat pulak entry si Mumydearie Siapa yang lebih protective.. 


KES KEMATIAN JATUH BANGUNAN MELIBATKAN PELAJAR  DI SEKOLAH MENENGAH PRESINT 9 (2) PUTRAJAYA
-----------------

Pada jam 29 Ogos 16, jam lebih kurang  0940, satu  kemalangan jatuh bangunan  dari  tingkat  3, melibatkan  seorang pelajar lelaki telah berlaku di SMK Presint 9 (2), Presint 9.

Butir-butir mangsa-mangsa

Nama : Azim hakimi bin Abu shuja

 No kp : 010718040589

Tingkatan : 3 Elit, SMK Presint 9 (2)

 Alamat rumah : Lep  6/4 Seri Kembangan, SELANGOR;

Punca kejadian
-------

Difahamkan punca kejadian pelajar terbabit cuba untuk mengambil beg kawannya  yang telah di buang keluar oleh kawan lain. Tujuan tindakan  beliau adalah untuk membantu pelajar tersebut mengambil beg yang telah dibuang. Namun ketika pelajar tersebut melompat keluar, beliau telah gagal mengawal diri untuk  bertahan dan  seterusnya jatuh ke bawah.

Situasi terkini

Pada jam 1100 hrs pihak polis telah membawa mangsa ke hospital PUTRAJAYA untuk tindakkan selanjutnya.

Untuk makluman awal tuan2/puan2/Cik2.
Masa saya melihat gambar-gambar ini.. jatuh juga air mata saya.. terkenang anak-anak disekolah.. moga Allah lindungi mereka dari kemudaratan yg tidak disangka-sangka ini..

Kawan saya post lagi di grup tu.. mahu tak jatuh tersungkur ibunya bila dapat berita anak jatuh.. kalau saya mahu pengsan dibuatnya huhuhu :(

Ini lah gambar arwah bersama ibunya.. ibunyaPenolong Pengarah BKK KPM..
Semoga roh AzimHakimi dicucuri rahmat Ilahi di tempatkan bersama para syuhadah dan solehin..

"Allahummagh firlahu warhamhu wa'afihi wa'fu anhu"
"Ya Allah, Ampunilah dia, berilah rahmat , sejahtera dan maafkanlah dia"
Ya Allah, gantikan lah syurga sebagai tempat tinggalnya yg baru..
Aamiin ya Rabbalalamin..

21 ulasan:

  1. allahu..sedih dengar kematian yang macam ni..Moga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..amin

    BalasPadam
  2. Allahummagh firlahu (HU utk lelaki Yati, HA utk perempuan)
    Memang sedih. Kakak masa dpt WA semalam pun mentitik airmata tak terbayang apa lagi mak dia kan..

    BalasPadam
  3. Allahu.... sedihnya... tak tergambaq pilunya hati seorang ibu untuk perkhabaran yang tak disangka-sangka tu.... moga roh ditempatkan dikalangan para solehin... amin

    AlFatihah

    BalasPadam
  4. ye kak...lieya pun pagi semlm di kejutkan dgn kisah nieh.... wasap menderu2 share citer pasal ni... balik rumah terus pesan kat mia n mija mcm2.... ye la kak, budak2 skrang ni kalo bergurau mmg kasar...sorok beg...sorok botol air...sorok pensil box....mcm mia dulu pun pernah kena...mmg mak die ni singsing lengan baju dtg sekolah sound budak yg usik mia tu....ye laa takut kan kalo jadi bende2 yg tak diingini..belum lagi kes gaduhnye...kes pukul2 nye....allahuakbar...

    moga2 anak ini disyurga tempatnyer kerana niat nak tolong kawan ambil kan beg tu....al fatihah...

    BalasPadam
  5. Allahu sedihnya baca cerita ni di akhbar semalam.bergurau pun jangan sampai terlebih. Semoga arwah dicucuri rahmat.

    BalasPadam
  6. gurauan yg kadang kala x kene dengan tempat...semoga arwah di tempatkan dikalangan orang2 yg beriman...

    BalasPadam
  7. sedihnya..kejadian yg xdiingini berlaku dgn seba musababnya...ujian Allah semata..kesian sungguh pada mangsa n ibunya moga anak sole itu berada di sisi-Nya di kalangan solehin yg dicintai

    BalasPadam
  8. sedih bc kisah ni smlm...alfatihah utk arwah

    BalasPadam
  9. Innalillah.. daripadaNya kita datang, kepadaNya kita kembali.. semalam ada tengok kawan post gambar beg tu, tapi tak tau cerita..

    semoga roh arwah dicucuri rahmat..

    BalasPadam
  10. Berderau darah saya semalam bila menonton berita tentang kemalangan ini. Ingatkan arwah ni bermain-main sehingga hilang imbangan rupa-rupanya tolong kawan ambil beg yang dicampak dek kawan lain. Malang memang tak berbau. Kalau berbau, memang siang-siang kita dah elakkan CH.

    Berbakul-bakul pesanan penaja saya sampaikan pada Bubbly Abang. Tahu ajelah sekolah Cina macamana, lagi tinggi tahun, lagi tinggi kedudukan bilik darjahnya. Rasa macam nak pindahkan aje anak keluar dari sekolah tu bila masuk Tahun 6 nanti tau!

    Inilah CH yang buat saya bimbang tak bertempat, walaupun katanya ajal maut semua di tangan Tuhan!

    Alfatihah!

    BalasPadam
  11. Innalillahiwainnailaihirojiuuunnn...

    Allahummagh firlahu warhamhu wa'afihi wa'fu anhu"

    "Ya Allah, Ampunilah dia, berilah rahmat , sejahtera dan maafkanlah dia"

    Ya Allah, gantikan lah syurga sebagai tempat tinggalnya yg baru..

    Aamiin ya Rabbalalamin..

    BalasPadam
  12. Sedih sangat bila baca berita ni semalam. Salam takziah buat keluarga arwah.

    BalasPadam
  13. aduhai, sedih sangat rasanya. masa menghantar ke sekolah elok aja sihat, tetiba dapat panggilan anak jatuh. berderau jantung. emak manalah yg tak sedih.
    kita yg bukan emak dia tu pun dah sedih, kan kak.
    al-fatihah utk arwah.

    BalasPadam
  14. betul kak... mmg risau.... doakan yang baik2 ya.. semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yang soleh... dan semoga keluarganya juga diberi kekuatan..

    BalasPadam
  15. Yelah mau tak terkejut dapat call dari pihak sekolah.....dah tu berita buruk pasal anak pulak tu. Moga dijauhkanlah hendaknya.....takut ek Tie.

    Tulah budak budak ni kekadang bergurau tak mengingat, tu yang risau tu. Tapi yelah semuanya dah takdir Allah, benda tu semua penyebab ajekan....

    BalasPadam
  16. Smlm husband cerita..pastu baru baca berita. Tak sanggupla nak tengok. Sedih sangat.

    BalasPadam
  17. Allah kak... sedih nya kan, kalu aku lah mau pengsan gak nya...

    alfatihah bt arwah azim hakimi

    BalasPadam
  18. Innalillah wainnailaihirojiuun
    Semua yg berlaku dah ketentuan ilahi
    Kita kena pasrah dan redo
    Mmg sedih sngt apa lgi yg meninggal tu muda sngtt

    BalasPadam
  19. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
    Bila berlaku di sekolah, banyak cikgu2 kena jawab.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)