Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 19 Ogos 2016

APABILA USIA MENGHAMPIRI USIA 50 TAHUN ... Saya Lah Tu ~___^

Assalamualaikum kekawan..
Salam Jumaat yg barakah, semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..




💥PESANAN PROF DR HARLINA.... ANAK BEKAS KADI SG. BESAR.


PADA YG MASUK USIA 50, 50++,


Nasihat untuk KITA yang dah umur 50 tahun lebih ni.....

PERTAMA:
MASA MENGUMPUL HARTA SUDAH HABIS. FOKUS SEKARANG UNTUK GEMBIRAKAN ORANG

Fokus pada nak menggembirakan orang lain. Sekarang bukan masa untuk cari harta saja.

KEDUA:
JANGAN TINGGALKAN APA-APA UNTUK ANAK-ANAK. MEREKA PERLU USAHA DAN CARI SENDIRI

Rancang macam mana nak belanjakan duit simpanan. Anda patut gembirakan hidup anda dan ganti apa yang tak dapat buat sebelum ini. Kalau mampu pergilah melancong.

Jangan tinggalkan apa-apa kepada anak-anak yang boleh buatkan anak-anak bergaduh. Dengan meninggalkan sesuatu akan bawa masalah bila anda sudah tiada nanti.

KETIGA:
BUAT KERJA JANGAN BERTANGGUH

Lakukan pada saat ini dan sekarang, bukan semalam dan esok. Hanya hari ini sahaja yang anda boleh kawal. Semalam telah pergi dan esok mungkin takkan berlaku.

KEEMPAT:
DIDIKLAH ANAK CUCU DENGAN AGAMA

Bergembira dengan cucu-cucu (jika ada) tapi jangan jadi "full time baby sitter". Itu bukan tanggungjawab anda untuk jaga mereka. Jangan rasa bersalah tak jaga anak sesiapapun termasuk cucu sendiri.

Tanggungjawab anda adalah terhadap anak-anak anda. Selepas mereka dewasa dan menjadi ibubapa tugas awak telah tamat. Biarkan anak-anak anda sendiri yang jaga anak-anak mereka.

KELIMA:
KALAU SAKIT BERSABARLAH

Terimalah sakit dan lain-lain kelemahan fizikal. Ia adalah sebahagian daripada proses meningkatnya umur. Bersyukur dengan keupayaan kesihatan yang anda ada.

KEENAM:
DUNIA NI BUKAN TEMPAT KAMU DAPAT APA YANG KAMU HENDAK

Kenali siapa diri anda dan apa yang anda ada sekarang. Jika anda tak dapat apa yang anda nak, ketahuilah itu semua dah terlambat.

KETUJUH:
BERSAMALAH DENGAN MEREKA YANG IKHLAS MENYAYANGI ANDA

Berbahagialah dengan pasangan anda, anak-cucu dan sahabat-sahabat anda. Merekalah yang betul-betul sayangkan anda, sayang anda seadanya.

KELAPAN:
BERLAPANG DADALAH

Memaafkan dan terima kemaafan. Maafkan diri sendiri dan orang lain. Lapangkan minda dan hati.

KESEMBILAN:
SEGERALAH MEMBINA AKHIRAT ANDA. IA PASTI BERLAKU

Berkawanlah dengan kematian. Ia kitaran semulajadi dalam kehidupan. Jangan takut akan ia. Kematian adalah permulaan hidup yg lebih baik.

Jadi bersedialah! Bukan untuk mati tetapi untuk bertemu Yang Maha Esa Allah Swt.

KESEPULUH:
BAYANGKANLAH KEGEMBIRAAN HIDUP DI SYURGA YANG KEKAL.
IA SANGAT HAMPIR

Hiduplah dengan aman bersama Yang Maha Esa. Untuk Dialah yang anda ada setelah anda meninggalkan dunia ini.

Petikan:
PROFESSOR DR. HARLINA SHIRAJ.

Sumber: WhatsApps

p/s saya lah tu.. beberapa tahun lagi umur dah masuk 50 tahun.. terasa getar juga didalam jiwa.. apakah yg akan saya bawa ke akhirat kelak.. Ya Allah, tunjuki lah aku jalan keredhaan Mu, kuatkan lah iman ku, berilah keampunan kepadaku, berilah taufik dan hidayah Mu kepada ku. Aamiin...

14 ulasan:

  1. Salam Jumaat penuh barokah.. semoga Allah memberkati setiap usahamu.. tq for the nice sharing here.. :)

    BalasPadam
  2. salam Jumaat...

    semoga dgn penambahan usia kita semua di berikan keredhaan Ilahi...aamiin

    BalasPadam
  3. SALAM JUMAAT BERTAMBAH USIA SEMAKIN MATANG BERFIKIRAN DGN TENANG

    BalasPadam
  4. Semoga baki umur hidup kita semua dihabiskan dengan redha Allah.

    BalasPadam
  5. saya suka kak entry nie..harap saya juga dipanjangkan usia untuk berbakti lebih lama didunia ini.

    BalasPadam
  6. akak tak gaya nk msk 50an pun... tp tak salah kalu dr skrg dh amalkan kan kak

    BalasPadam
  7. AMIN..SEMOGA TERUS BERBAKTI KEPADA BANGSA DAN NEGARA..

    BalasPadam
  8. Semoga diberi kesihatan yg baik untuk kearah tu

    BalasPadam
  9. Wkmsalam.
    Setuju dengan entri ini kecuali nasihat ke-dua tu.

    BalasPadam
  10. syukran berkongsi entri ni...peringatan yg baik..

    BalasPadam
  11. panduan yang baik kak, sangat memotivasikan..

    BalasPadam
  12. Bagus kak. Tips dan panduan yang baik untuk semua.. Sangat berguna.

    BalasPadam
  13. Sama je kita ni CH....
    Ada betulnya jugak apa yg ditulisnya. Moga Allah memberikan kesihatan yg baik kepada kita hendaknya.
    Tp namanya pun manusia, dlm kata gentar ke apa, ada kalanya datang jugak penyakit leka tu...huhu

    BalasPadam
  14. Pernah baca tentang ini. Rasa macam masa memang pantas berlalu, rasa macam kita lama lagi nak masuk ke angka 50 ni tapi pejam celik pejam celik, tau-tahu dah penghujung 40an aje nanti!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)